Wednesday, October 31, 2012

Raya Haji di Kelantan

Salam..!

Post kali ni nak cerita pasal pengalaman beraya di Kelantan. Kali ni kami balik kampung naik bas aje sebab malas nak drive. 12 jam drive memang tak tahan bontot duduk kat dalam kereta. Jammed giler. Anyway naik bas pun ada cabarannya, the most challenging kalau naik bas dengan baby. tp alhamdulillah semuanya ok. sbb mak aku sudah siap sedia tak bagi baby tidur siangnya, so bila naik bas tu, dari shah alam dia dah tidur. yg tak oknya mama sbb batuk sepanjang perjalanan. mengganggu orang nak tidur.

Raya haji di Kelantan memang sangat meriah tp simple. Oh yaa.. Ini adalah my raya haji pertama beraya di Kelantan. selama ni raya puasa aje balik Kelantan. Tp sebab raya puasa yang lepas aku baru aje lepas operation so tak de lah balik kampung. So kat sana memang sempoi sangat, malam raya boleh rileks depan tv sambil kupas bawang merah/bawang putih untuk persediaan memasak gulai kawah lepas sembelih lembu. kalau kat shah alam ni, mesti tengah sibuk nak masak ketupat rendang pada malam raya, kemas2 rumah. Kat Kelantan aku tengok most rumah tak de nak kemas2 sangat sempena raya. ape yang ada aje. tak de sibuk2 nak tukar langsir kusyen bagai...

Pagi raya pulak lagi sempoii.. hehehee.. mak mertua masak nasi lemak..!!! Makan nasi lemak pagi raya? macam tak kena kan... aku sangat pelik, sebab tak ada nasi impit, ketupat rendang bagai. Rupanya memang mcm tu rutin diorang, pagi raya makan ape-ape aje, macam hari kebiasaan. rasanya ada kot rumah yang makan nasi goreng pagi raya? So funny kalau difikir-fikirkan. Ape pun semuanya rezeki, jad aku makan aje lah... tak nak cerita panjang.

lepas sembahyang raya, dan lepas makan nasi lemak baru lah acara yang sebenarnya bermula. Barulah kemeriahan tu terasa sbb semua sedara mara dan jiran2 berkumpul belakang rumah opah sebab nak sembelih lembu. macam satu pesta. macam2 ragam rasanya. Satu lembu dalam 7 bahagian. so semua yang ambik bahagian kena pegang badan lembu tu atau tali ikat lembu tu masa sembelih. Ada akad tertentu antara penjual lembu dengan orang yang ambik bahagian. Ini pun first time aku tengok lembu kena sembelih..

Baby sangat berani sebab dia nak pegang lembu tu.. huhu... masa sembelih pun baby tengok macam tak de perasaan. mama ni jugak yang takut. Fahda pun macam ngeri aje. lepas ni mesti tak nak makan daging lembu lagi..

lepas sesi sembelih, semua berkumpul buat depan rumah untu sesi melapah daging oleh kaum lelaki. Aku tengok memang tak tinggal satu ape pun. semua di koreknya. kepala lembu, dengan mata & otak2 lembu diorang lapah. tak tahu sape yg dapat otak lembu, lidah lembu.. tp ada aje yang nak tu... so setiap sorang yang buat korban dapat 11kg selepas tolak daging2 untuk para pelapah daging. Banyakkan 11 kg. Mak aku cakap kalau shah alam, cuma dapat 2-3kg aje... sbb semua disedekahkan.. Macam kami pulak, takkan nak bawa balik daging 11 kg naik bas..? huhuu.. so sebahagiannya disedekahkan ke kawasan kampung. sebahagian lagi buat gulai kawah.. aku bawak balik ke shah alam pun dalam 2kg aje rasanya.

Habis melapah, baru lah sibuk rewang untuk memasak lauk-pauk. Bayangkan berapa banyak lauk yg dapat? sbb kat rumahh opah saja dah 5 orang ambik bahagian. tak silap ada 4 lauk, semuanya daging saja. daging singgang, gulai daging, ape lagi ntah aku tak tahu sebab aku tak boleh nak pandang pun. sebab aku tak lalu nak makan, lagi2 semuanya lauk kelantan. aku ambik masa nak adjust anak tekak. kalau buat sup, nak jugak aku makan...

lepas sesi memasak, tengahari sampai ke petangnya ada sedara mara yang tak buat korban datang ziarah & diorang dihidang makan nasi dengan lauk pauk tadi.. Ooohh.. macam tu rupanya. siapa yang buat korban, siap memasak & panggil sedara mara datang makan. Masa ni memang meriah, macam hari raya, macam kenduri kawin pun ada gak sbb makan nasi berlauk. Barulah aku faham kenapa diorang cakap Raya Haji kat Kelantan lagi meriah dari raya Puasa. Sebab itu public holiday untuk hari raya aidiladha 2 hari, so 2 hari tu diorang pergi ziarah rumah2 orang yang buat korban.. kalau raya puasa tak meriah pun, tak de ketupat rendang ni. kalau ada pun tak banyak rumah.  & kalau 2nd day raya semua tak de dah. tinggal kuih raya aje... tak macam kat shah alam.. 

Tp 2 hari kat sana aku memang tak boleh nak makan lauk kat rumah tu sbb semuanya daging. aku kureng sikit daging2 ni. ikan & ayam aku OK. so 2 hari kat sana, aku makan nasi lemak aje, itu aje yg dihidangkan. daging lembu yang aku makan boleh dikira, tak lebih 5 ketul agaknya.. huu... hari ke-3 aku dah tak boleh makan sebab perut dah sebu. Tak berapa enjoy makan2 di Kelantan kali ni...

Fahda pulak boleh cakap, fahda tak makan daging lembu. fahda makan daging ayam saja. Semuanya gara2 tengok lembu kena semeblih, terus dia tak nak makan daging lembu. Tapi bila balik shah alam, elok aje dia makan daging tu... :-)

begitu lah raya kami di Kelantan tahun ni.. Insya-allah raya haji tahun depan pun nak raya di Kelantan jugak... Raya puasa boleh raya di shah alam saja.. yahooo...!!

harap mr Hubby tak bising dengan muslihat mrsnya kali ini... shhh...

No comments: