Sunday, July 24, 2011

Malaysia Vs Singapura 3-5

Hmm.. rasanya semua dah tahu pasukan bola sepak malaysia kita tewas 3-5 kepada pasukan singapura untuk perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan zon asia piala dunia 2014. Isyy.. tak syok.

Tp bangga jugaklah Team Malaysia boleh kejar balik dari 1-4 ke 3-4. tp Singapore lebih handal ( ye ke?) tak lah... aku rasa biasa aje.. cuma defend Malaysia yang kureng... tak fokus... 4 gol bolos dalam separuh masa pertama! Tp tak pe, Malaysia masih ada peluang 3 gol yg kita bawak tu kira bekalan yang mencukupi dgn harapan kena lah main betul2 kat laman sendiri..

Points yang aku dapat sikit masa watch the game  :-
  • lawa padang singapore.. tp Team Malaysia mcm tak dapat sesuaikan diri...
  • Team Spore mcm cacamerba.. melayu ada, cina ada, india ada.. indon ada, mat salleh pun ada?
  • Safiq rahim yang juga kapten malaysia kena kad merah..
  • Keeper Salbani mcm terpaku masa free kick oleh Singapore...
  • Safee sali lagi sekali jadi hero....


Eerrkkk... apehal citer pasal bola pulak ni.. hehee.. agak2 boleh teka tak kenapa post yang mengarut2 nih.. Ye betull....Sebenarnya tak tidur lagi ni.. dari malam tadi. sekrang ni dah pukul 552pagi. Dengar azan berkumandang. Kenapa mata tak nak lelap. mlm2 buta dok mengemas bilik Fahda. hmm.. banyak sungguh harta karun yang dia sembunyikan dari mama ni...mcm2. ni mesti mengetuk abis dengan atuk dia ni...

abis kemas bilik Fahda, kemas living room pulak. sapu sampah, tukar position sofa, mop lantai. Gi dapur lak, mop sekali lantai dapur.. siap berus & tenyeh lantai lagi. Tak cukup tu, kat luar pintu rumah pun aku mop, susun2 kasut cantik2.. lepas tu rasa badan dah tak selesa, nak mandi lah... dalam bilik air pun aku cuci.. adoi mcm setahun tak cuci toilet depan ni.. lepas dah puas mata memandang baru lah mandi, pukul 4 pagi.. lepas mandi pun tak boleh tidur. masuk internet.. baca news, dengar lagu, update blog..

ohh Amy winehouse tu mati dah.. ni mesti sebab dadah. hari tu tengok youtube dia nyanyi kat konsert mana ntah dalam keadaan high... siap mabuk2 lagi..

ok nak solat subuh & prepare breakfast, gosok baju-baju-baju-baju... selagi mata ni tak mengantuk, banyak benda aku nak buat lagi... My Life Me.. tak syok lah bangun lambat!

Finally majulah sukan untuk negara... All the Best Team Malaysia!

Norway Attacks - ramai orang gila...

Sedih... dunia ni dah ramai orang gila. Di Oslo, Norway dimana banggunan kerajaan dan pejabat Perdana Menteri Norway di bom. Berapa orang mati dah... tadi baca 7 orang.. mesti angka tu meningkat. ramai pulak yang tercedera. Mesti orang ingat terrorist & kalau bom-bom ni mesti Islam.. tak patut betul.

Kejadian tidak berhenti di situ, berpuluh-puluh lagi mati di youth camp apabil aseorang yang berpakaian seperti police membuat tembakan rambang. Death toll setakat ini 91 sudah meninggal dan ramai lagi cedera parah. Cuba tengok gambar bawah ni rasa sadisnya... Muda-mudi harapan bangsa! Most of them terlibat dalam tembakan rambang orang gila tu...


This Thursday July 21, 2011 photo shows young people on the Labour Youth League summer camp on Utoya island, Norway when Norwegian Foreign Minister Jonas Gahr Stoere made a visit. lagi gambar boleh jengah ke sini...
http://news.yahoo.com/comics/norway-utoya-tragedy-1311453712-slideshow/


Saja nak tahu pasal Norway. Kita selalu make fun no way.. no way...  tp tak banyak cerita tahu pasal Norway. Rupa2nya antara terkaya di dunia sebab banyak sumber minyak.. baru ku tahu.. Negara demokrasi, beraja berperlembagaan macam Malaysia gak. Antara Negara Teraman di dunia.. masih aman kah sekarang?
 
Baru terdengar berita TV3 semalam, Malaysia tangga 19 dalam GPI. Kira top 20 ek.. peace. tak sangka, dah huru-hara kat KL hari tu pun boleh masuk top 20 peace country. Harap keamanan itu semakin baik dan dapat dikekalkan..


Interesting Facts about Norway 
http://lifestyle.iloveindia.com/lounge/facts-about-norway-1486.html

  • The official name of Norway is 'Kingdom of Norway'.
  • Norway is counted amongst the wealthiest countries of the world.
  • Norway was rated the most peaceful country in the world, in a survey conducted by Global Peace Index in 2007. 
http://factoidz.com/quick-facts-about-norway/ 
  • Norway is rank as the third wealthiest country in the world in monetary value, with the largest capital reserve per capita of any nation.
  • Main source of Norway’s wealth comes from oil and natural gas from North Sea and Norwegian Sea.
  • Norway is the 5th largest oil exporter in the world.
  • Norwegian krone, the country’s currency unit, is one of the most solid currencies in the world.
  • Norway maintains a Scandinavian welfare model with universal health-care, subsidized higher education, and a comprehensive social security system.
  • Norway was rated as the world’s most peaceful country in 2007 based on a survey by Global Peace Index.
  • Norway has a king that acts as the head of state making the country a constitutional monarchy. As a parliamentary democracy, Norway’s government is run by a prime minister.
World peace...!!

Tuesday, July 19, 2011

Semalam...

Semalam...
buat kerja sambil download lagu MP3.. kalau kena tangkap ni mati aku.. abuse the internet! Sekarang aku sangat minat dengan Germany band named StanFour. They have a great song and tangkap feeling ~ Into Your Arm. Youtube lah ye kalau nak tahu lagu tu.. lepas tu bnyk lagi lagu dia yg aku download. heii.. apehal aku minat dgn lagu2 cam ni.. tak sesuai langsung dengan jiwa aku. but then that's what i love to hear now..

Semalam...
Abah balik dengan cerita mengenai sesuatu yang terjadi kepada beliau. He got a passenger from Russia and one of his Chinese friend. Masa turunkan Russian tu, one accident happened. Sebaik aje pintu kereta passenger (belakang driver) dibuka, BANGGG..!!! ada lori lalu & langgar pintu kereta tu... sampai tercabut pintu tu.... Errkk kira mcm lawaklah abah bawak kereta tak de pintu... :-) Lori tu pulak punyalah laju sampai tak sedar dia dah langgar somethng.

SO i'm curious here.. salah sape ek.. nak salahkan lori, ( off course lah kann..) dia dah cabut. so salahkan passenger sebb bukak pintu belakang without watched out the traffic?? Really... ? Well kebetulan masa tu ramai geng bas sekolah taxi yang watched the accident, ape lagi semuanya support abah to blame the passenger!! adoii.. kesian. Pada aku memang salah passenger tu pun.. heheee.. So Russian tu bayar RM250 instead of RM400 yg geng bas sekolah tu mintak. I'm sure bukan abah yang mintak RM400 tu..

Well it must be a tragic for Russian tu.. mesti lepas ni takut nak bukak pintu kereta lagik, tak nak bukak pintu, keluar ikut tingkap aje ok? BTW, workshop cuma charge abah about RM200 aje untuk sambungkan balik pintu tu. Cuma nya body kereta dah dented & tak cantik lagi. I guessed RM400 yang geng taxi mintak it's for total loss for sambung & polish pintu tu sampai tak nampak cacat lagi...

Semalam..
Emak cerita baby dah round satu rumah dengan meniarap aje.. wahh she is very skillful, hardworking and determination to complete the mission. Dia suka duduk bawah kerusi.. bawah meja.. bawah sofa.. that's her favorite spot.. x de tempat lain ke nak? She's very friendly, suka tersenyum, tersngih & rajin tegur orang sekeliling. Mulut dah start membebel. Bila menangis, dia suka sebut mama mama mumu, maba, maba, baba, bubu, ibu, abu.. mabu.. itu antara beberapa suku kata yang dia suka guna.

Well she's totally different with Fahda. Fahda kategori sopan santun, lemah lembut, soft spoken, pemalu. Farah pulak sangat lasak, agresive, aktif, peramah..  The girls both are love of my life. you give me an amazing and life-changing experience! You are so special to me. I absolutely adore being a mum, being your mum. I hope our best years are still to come.

“While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.” ~Angela Schwindt

Monday, July 18, 2011

Kokoro No Tomo

Soon i will be in Nihongo (Japanese Language) class. Insya-allah next month kot. Excited nak belajar new languange but at the same time terfikir jugak ada masakah aku ni.. Next week will be kick-off my new project, 1st phase schedule until end of this year. Kenapakah HR menyibuk nak buat class tu di saat aku tengah nak busy ni... masa free dulu tak nak kacau pun...

Susah ke nak belajar bahasa Jepun ni? My chinese friends said susah for malay, sebab you have to start from abc. The word in japanese is similar with chinese so they got advanatge to guess most of the words. Well cuba dan cuba mencabar diriku... belum cuba belum tahu.

Nak belajar bahasa Jepun kann.. kena hafal lagu ni dulu.. simple word, nicee song. Penyanyi Indon Zivilia..

Kokoro No Tomo Lyrics

anata kara kurushimi o
ubaeta sono toki
watashi nimo ikiteyuku
yuuki nga waite kuru

hidupku hampa tanpa dirimu
sepi merasuk dalam jiwaku
peluk diriku genggam tanganku
rasakan cintaku

* ai wa itsumo rarabai
tabi ni tsukareta toki
tada kokoro no tomo to
watashi o yonde

senyumanmu bahagiaku
tangisanmu itu lukaku
kan kusimpan dalam hatiku
rasa ini takkan mati

shisuka ni mabuta tojite
kokoro no doa o hiraki
watashi o tsukandara
namida huite

** melayang cintaku kan selalu
temani saat engkau lelah
karena aku ada untukmu
sebagai teman hatimu wooo
sebagai teman hatimu wooo
sebagai teman hatimu wooo

repeat *, **

karena dirimu kesedihanku
tiada lagi ku rasakan

Monday, July 11, 2011

i need helppp...!

Penatnya tak terkata..
i'm sorry for the untidy house..
such a mess... here & there..
Rumah bersepah setiap sudut ada benda.
tak larat lagi nak tengok.
rasa nak blow up dah...

My baby little girl..
going to 7 months.. adoii.. makin lasak.
1 day leave, take care of her dah cukup memenatkan.
so what's my plan to 5s d house..?

She will roll & roll satu living room. what i can do that time is...
lipat kain while watching her rolling & watching TV!
Penat.. penat..
lipat kain pun tak abis lagi..

adoi..
ape lah aku membebel dalam blog ni..
malassss...
whatever...
really i need helppp...!

Tuesday, July 5, 2011

Si Burung Hantu Mencari Harta Karun...

burung hantu.. tak boleh tidur gamaknya..
ape dia buat malam2 ni..

itulah mata ku malam ni.. aduhai.. 
masuk tido 10.30pm, terjaga pukul 1.40am..
pejam celik.. pejam celik.. tak boleh tido jugak..

Ape lagi.. wake up girl.. mcm tahu ape nak buat... 
hahaa.. heeeee...tengah2 malam mengemas bilik Fahda..
actually bukan mengemas pun.. lebih kepada menyelongkar bilik..
bilik tu memang sedia bersepah..
tengah cari masa nak kemas lah ni..
tapi takkan at 2am? Selongkar aje lah ek...

Well, selongkar punya selongkar.. banyaknya harta karun..
dari fahda kecik sampai la sekarang..
banyak yg boleh pakai lagi..
tp nak tunggu baby 4-5 tahun lamanya...
tiba-tiba teringat cash converter..
kumpul2 dapat gak 1 kotak...
harta karun yang akan di'cash'kan..
anyway kebanyakannya barang free..
tak pernah guna pun.. simpan2 buat semak rumah aje..
singgah dapur pulak, bukak kabinet bawah sinki
alamak.. aku nampak RM $$$$ aje.. hehehe
hadiah kawin kategori no purpose..
cawan & gelas2 yang aku takkan guna..
so ape lagi.. next projek kemas dapur

oklah ni nak tido dah..
masuk bilik kejap tengok my little 2Fs tido nyenyaknyaaa..
comel.. comel.. siap bersilang tangan lagi...
kakak F with her cute nose..
baby F bulu mata tak boleh blah...
nampak sangat melentik dari tepi.. hehee..

harta tak ternilai di dunia.. no cash can buy it..

Selamat malam anak-anakku.. 
semoga lena hingga ke pagi 
mimpi yang indah-indah..
berada di taman syurga..
Amiiin...

Mama loves you both!



5th July 2011
4.30am

Friday, July 1, 2011

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Just reminder for myself.. nanti shopping raya baju2 anak, jangan lupa beli sekali untuk yang tidak bernasib baik  terutamanya untu program ini :-

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Organizernya orang Shah Alam... sangat dekat, jadi jangan lepaskan peluang ini ok..!

Bagi menjayakan program ini pihak kami amat berharap sumbangan dari anda walaupun hanya sehelai (sepasang baju) melayu atau baju kurung baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang mampu menjelang Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Kempen dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bagi tahun ke 2 ini diharap akan memberi harapan kepada lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung.

Program ini bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2011 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan bersedia untuk menyumbang. Dari sumbangan andalah kami mampu salurkan kepada mereka yang sentiasa menanti untuk tahun ini. Terima kasih kerana sudi dan terima kasih kerana terus memberi.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat sumbangan baju Melayu/Kurung bagi program ini, anda boleh hubungi kami  seperti alamat dibawah dan setiap sumbangan boleh di pos ke alamat ini:

TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email:
ahmadsaabun@sehelaibaju.com
info@sehelaibaju.com

Random...

Farah's Development
My beautiful girl Farah sudah 6th Months. dah mula bagi dia makan bubur bayi Nestle oat + prune. Mama juga semakin rajin prepare baby's frozen food. Antaranya yang ada dalam stok ialah Puri apple & puri pisang. Seronok tengok baby makan hasil tangan mama sendiri. and she really enjoy it.. tak sabar2 nak telan..

Ganti puasa
Alhamdulillah, dengan jayanya mengganti puasa... ! yeayy..! walaupun pregnant tahun lepas sepatutnya boleh dapat full month, namun aku tidak berdaya. Anyway this is my first experience pregnant dalam bulan puasa. First 2-3 days mcm baru belajar puasa.. asyik tak larat aje.. It's Quiet hard i can say.. Nak ganti puasa is harder!!

Diet & Detox
Diet & detox ku tidak berjalan lancar. Terlalu banyak program makan.. !!

Handphone baru
Selepas sekian lama, aku menguatkan hati untuk melaburkan $$ untuk membeli handphone baru. kalau hp lama tak rosak, aku masih perlu menguatkan hati mendengar adikk2 ku kutuk hp lama ku.. hehe.. dik, biar nampak papa asalkan ada kredit dlm hp.. Finally Nokia X2 menjadi milikku.. ape yang special. Ntahlah masih jakun & tak reti nak guna daaaa...

Acara Shopping Baju raya
bila nak shopping baju raya ni...? budget sedia ada for my 2F girls. Tak banyak tp boleh lah.. Mama & baba pakai baju raya tahun lepas. Yang penting anak2..