Monday, December 3, 2012

lesen mati

hari ni saja belek2 purse.. 
macam lah duit banyak sangat kan. 
sebenarnya nak buat 5S. 
 sbb banyak sampah dalam purse tu. 

Sekali ternampak lesen ketobang kereta yang dah lama tidak disentuh. 

alamak...!! lesen dah mati..  
6 bulan lepas..  dangggg!!!

adoii.. cam ne boleh tak perasan ni.. 
masalah.. bila lah nak keluar renew lesen ni.. 
bukan ada kereta pun..
officeboy kat office ni bukan leh harap pun.. 
anyway bukan kerja dia pun. hehhe... 
tangguh2 ni mahu tahun depan baru aku renew.. 
hehee may be nak wat online kejap lagi... 
guna aje kemudahan yang ada.. 
tp tak survey lagi ni..

Saturday, November 24, 2012

Preview Budget FY2013

better i list down sebelum terlupa...

Berikut adalah perancangan perkara2 penting yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, yang akan menyebabkan duit keluar bak air sungai mengalir selepas hujan lebat... pastinya sangat deras dan laju!!  :-
- Yuran sekolah Fahda
- Insurance Fahda (tertunggak 2 tahun lepas my agent passed away, dah lah kena bayar lumpsum 2 tahun)
- kereta baru
- produk samsung (tak penting pun, tp saja letak sebagai target)
- Road Tax kereta

Next year expenses bulanan akan bertambah seperti berikut :-
- astro tambah RM20 ( sbb tukar ke beyond, so kena langgan extra channel selama setahun, astro lama rosak, kena petir, adik2 ku sila lah top up..)
- monthly payment kereta RM400
- monthly deduction sampai bulan August RM1000 - for operation.
- may be fahda transit nursery + van + baby nursery RM450

so total RM2000.. ? erkkk.. tercekik jugak.. actual expenses sekrg pun dah RM1000 lebih... cam ne nak arrange ni.... bnyk dapat claim, banyak jugak yang keluar. itu kalau nasib baik dapat claim, kalau tak dapat?

Tabungan next year
- simpanan bulanan tidak akan berubah, masih macam tahun ini dan mungkin akan bertambah sikit...

ape lagi...

sabtu yang tidak produktf

Hari ni hari sabtu, sepatutnya cuti. Tapi company suruh datang kerja pulak, sebagai ganti cuti masa minggu Deepavali + Maal Hijrah. So kena lah kerja.. sempoi sangat sbb pakai kasual, office lengang sebab ramai yang ambik cuti hari ni. Bosses pun ramai cuti apetah lagi anak buahnya.. memang tak produktif langsung. Sempat update blog lagi..

So untuk elak bosan aku dah target hari ni nak prepare semua dokumen untuk submit to insurance claim, & dan jugak claim dengan EPF. Alhamdulillah dah settle dah. Next week nak cuti 1 hari untuk submit semua form tu. Banyak tempat nak singgah nanti :-

ambank - submit form
mcis - pay 5k for insurance fahda
epf - submit form
maybank - transfer cash to ASB, ambik card credit.
call takaful mortage plan - cancel policy sbb rumah SA2 dah jual, so boleh claim lagi..


satu hari round klang shah alam. harap tak penat sangat..!

semuanya aku nak claim, dpt duit claim tu baru leh fikir nak beli produk samsung atau tidak..

Wednesday, November 21, 2012

Trick Art Museum, i-City Shah Alam

Trick Art Museum, i-City Shah Alam
RM5 per entry.

adik2 ku ape lagi jom...!



Every Picture Tells a Story 

Fahda kusyuk bagi dolphin makan

bagi penyu makan lak...

Oppsss.. jangan simbah saya...

See baby... batman & robin nak selamatkan kita... help us, please!!



selamat RM425

Alhamdulillah, hari ini aku telah menyelamatkan duit poket ku daripada keluar ke bank-bank yang mengeluarkan kad kredit ku..Ngam2 bulan ni sepatutnya dikenakan Gov Service Tax RM50. So kalau 2 kad dah RM100 kan..

Bank1
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 130
Bank2
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 195
TOTAL 425

Total RM425.. banyakkan.. boleh buat belanja beli beg sekolah, dan buku2 sekolah fahda.

Tapi dengan sekali call & rekod kad kredit yang baik. alhamdulillah.. tak sampai 5 minit officer tu bermurah hati untuk tolak balik amount annual fee tu, sementara govt service tax tu aku tolak saja dari point.. RM50 untuk 10,000 points. aku jarang redeem so points memang berlambak. pernah redeem RM500 untuk kupon shopping tesco, giant, etc. boleh lah shopping free.

So kenalah rajin call orang bank ni...

Kad kredit ni memang berguna pada aku sbb aku bnyk buat auto-pay semua bil2 yang penting, bil air, api, astro, hp mak, hp hubby, hp aku.. so selalunya dekat RM600 per month kena bayar kad kredit ni. Senang guna auto-pay ni, cuma kena pasti kan deduction tu sama dengan physical bill. Macam tu lah aku control 2 kad kredit ni.. shopping & emergency guna kad bank A, bil pulak kad B & aku tak senang hati kalau tengok ada balance tak berbayar.. sakit mata, hati pun tak senang. That's the first thing yg aku bayar bila dapat gaji...

Terpulang masing2, ada orang tak boleh control.. tunggu bonus baru bayar lumpsum. tp tak perasan ke interest yang banyak tu merugikan anda. aku pernah ada sejarah kad kerdit cecah RM10K.. huhuuu sakit nak bayar. tapi aku gagahkan jugak. aku guna macam2 teknik untuk hapuskan hutang kad kredit. alhamdulillah dah settle dalam masa 1 tahun. memang ikat perut. tapi puas hati sangat.. duit tulah bawak keluarga gi naik ketobang ke Kuching, makan angin. ditambah dengan tak de ilmu masa tu tiba2 total RM10K. Now, aku dah ok dah.. balance sentiasa zero... dah tahu meminjam, kena lah memulang ye..So sekarang aku memang berkira & kedekut nak shopping benda2 tak patut...

Tahun depan aku agak sakit sikit.. bulan2 tolak gaji RM1000 untuk bayar balik hutang company, masa aku operation hari tu. Total operation fee RM26K, company support 15K sahaja. so 11K kena bayar balik lah.. Actually sama aje, semalam dapat bonus, lepas tu keluar balik bayar company. tp aku ambik option amik semua bonus & deduct salary RM1K tiap2 bulan selama 11 bulan.. sakit tak, rasanya?

insurance claim belum settle lagi, baru aje ambik medical report kat hospital hari tu.. may be esok lusa nak time off sekejap pergi insurance office.

banyak benda nak settle before new year 2013. kena buat list ni...

Tuesday, November 20, 2012

sangat bermotivasi

Hari ni quite adventure, first time in my life pergi kerja naik komuter from Kg Batu, KL (7.30 AM) to Padang Jawa (8:45 AM). lebih kurang sejam 15 minit masa anggaran. huhuuu...

Sampai di Padang Jawa, ayahanda dan bonda ku sudah menunggu, mereka on the way nak pergi ziarah rumah sedara jauh yang meninggal dunia, alfatihah. Sempat beli nasi kerabu 6 bungkus yang dijual di gerai tepi komuter ni untuk jamu kawan2 office, sbb kesian tengok family yang menjual tu..

alhamdulillah. sampai di office jam 9 pagi. OK just nice. sangat bermotivasilah hari ni, sbb nak bukak Maybank2u & tengok duit bertambah berjuta2 ribu.. ps : bonus masuk hari ni yeayy!!

anyway dalam komuter tadi sangat boring,

- perut lapar tekak kering, sbb tak sempat nak teguk air langsung sejak bangun tidur tadi.

- buku pun lupa nak bawak. so tak boleh lah nak sokong kempen membaca dalam komuter..
- handphone pulak cokia aje.. bukanlah smartphone (nak tukar ke ni.. dah dapat bonuss!). nak tidur mata tak mengantuk pulak.. jadinya mengelamun aje lah..

tiba2 dapat satu idea untuk call jiran ku tersayang tu untuk misi menyelamatkan rumah lelongnya ni... Alhamdulillah, semuanya dah settle.. bagus. mcm tu lah jiran. jgn ngelat2 tak bayar lagi ye.. kalau tidak nanti saya akan dapat jiran baru yg tak tahu bangsanya, agamanya... lkalau dapat penyewa foreigner depan rumah.. OHH nooo..!

walaupun hari ni sangat bermotivasi tp penyakit malas pun datang juga ye...

huuuu... mengantuk lepas makan nasi kerabu..!


Monday, November 19, 2012

Fantastic Monday

Another reason for fantastic Monday...



Great Mornings start with a FREE breakfast from McDonald's!


Pagi ni dengan gigihnya aku drive dari rumah mak mertua di KL ke office di shah alam. Jalan tak jammed, tapi kereta banyak. Bila jenguk lane sebelah from klang to KL, memang sangat jammed. agaknya macam nilah yang my hubby terpaksa tempuhi setiap pagi.. tak larat rasanya kalau aku yg kena redah jammed pagi2 mcm tu...

Masa drive tu dengar pulak iklan kat radio pasal McD free breakfast!! Ape lagi, sebelum sampai office, sempat singgah di McD.. Benda free siapa tak nak kan..Mulanya nak drive thru aje.. sbb staff McD yang tunggu kat depan tu kata boleh drive thru jugak. tp tengok panjangnya kereta q. mesti lama menunggunya. Tak naklah membazir minyak petrol ni kan, semata2 nak ambik free breakfast. You earn free breakfast but you lost duit minyak.. what's the point?

bukan selalu dapat peluang mcm ni...

So bila nampak parking kosong je cepatlah aku menyelit... Nasib baik orang tak ramai, sbb staff dia control kat satu pintu. Cuma 20 orang dibenarkan masuk buat satu2 masa & cuma mereka yang lalu pintu tu aje yg dapat kupon breakfast free. siapa yang lalu pintu lain, tak dapat lah... nak tak nak kena Q jugak..

Kat kaunter pun kena q sekejap, sbb ada yg order additional meal, air lah.. aku ambik yang free aje, tak keluar sesen punn... Minum air kat office aje laaa..  tak lebih 5 minit pun dr aku parking, berjalan ke kaunter, amik burger, masuk kereta balik... best day in my life.. chewaahhh!! hope dari pagi ni sampai ke petang, ke malam nanti semuanya besttttt aje ye... McD really make my Monday morning OK!!

kalau tak Monday morninglah yg tak best.. ape tah lagi lepas seminggu cuti yang panjang kan...

Benda free walau harganya tak seberapa boleh membuat hati orang yang menerimanya berbunga2 sepanjang hari.. insya-Allah...

tiba-tiba terbaca ni pulak...gulpp..!!

http://zulfikarhazri.blogspot.jp/2012/11/sarapan-percuma-benjo-mcd-dan-gaza.html


Siapa yang kerja kat organisasi besar, korang boleh imagine kan process nak wat satu2 event kat office bukannya ambik masa yang sekejap. Banyak procedure, budget untung rugi, media, promosi, print iklan, iklan tv, radio, shift staff setiap cawangan lagi... semua kena ambil kira. Benda2 mcm ni mesti dah planned awal tahun lagi.. so for me no big deals...

Pray for Gaza.
Pray for Palestinian.
Pray for all..

Friday, November 16, 2012

Rumah lelong buat hatiku susah...

ape nak buat ye...? semalam masa tengok postbox, ada iklan rumah lelong di apartment aku ni. aku tak tengok alamanya, sbb sibuk tengok surat2 lain yang ada. Bila sampai rumah baru belek. tp tak perasan lagi.. cuma dalam hati berkata2.. rasa macam nak belilah rumah ni, reserved price125K tak mahal lah kan..... so aku cuma imagine di mana letaknya rumah tersebut. STill tak perasan lagi... tp bila aku rasa macam tak kena aje dengan alamat rumah tu, cepat2 aku tengok balik kertas tu. lepas tu siap keluar rumah kejap & jenguk no rumah jiran, untuk memastikan aku tak salah imagine letak no rumah tu...



Masya-Allah... mengucap panjang aku.. rupanya... jiran aku aje... adoi... kesiannya.. ape dah jadi ni.. so aku cuba masuk internet cari iklan lelong tu... wahh ternyata semua iklan rumah lelong ada alamat jiran aku ni.. tarikh lelongan 27 Nov ni.. ada seminggu aje lagi...

Fahda awal lagi dah perasan sbb dia yg ambik surat2 tu dalam postbox. aku rasa macam fahda ada cakap tp masa tu aku leka sangat tengok surat bank.. huuu...

aku tahu jiran aku tu memang ada masalah kewangan, berenti kerja, lepas tu tukar2 kerja berapa kali ntah...  tp aku tak sangka sampai rumah nak dilelong... aku kesian kan anak2nya nanti.... macam mana ni...? walaupun aku ada plan nak beli rumah kat apartment ni jugak, tp aku tak sampai hati  nak beli yg neighbour aku punya ni.. tp kalau aku tak beli org lain akan beli.. Aku harap jiran aku ni cepat2 lah bincang dengan bank ye. Mungkin boleh call-off the auctions. Patutnya masa ada problem lagi cepat2 lah contact AKPK.. Ni kalau dah masuk lelong, maknanya dah taraf bankrupsi kan?

Lagi satu aku musykil sama ada dia tahu rumah tu akan dilelong.. sbb aku tengok status FB nya macam happy aje... aku try call dia, tp tak pick up. aku call dia kat rumah tapi tak berjawab walaupun aku boleh dengar suara anak-anaknya di rumah....

sebagai jiran ape aku nak buat ye...? ada idea tak?



Felda Sungai Klah Hot Springs

Cuti Deepavali lepas kami sekeluarga, 4 kereta bergerak dari shah alam ke Sungkai, Perak. Destinasi kami ialah Sungai Klah Hot Springs. Drive about 1 hours 30 minutes, baru sampai. okay sangat tempatnya... Everyone havng fun and puas hati. yang aku tak puas hati ialah tak dapat nak lama2 dalam air panas... detox loorrr...



Baby ku takut air... tp lama2 dah ok...!

ke mana2 pun nak bawa botol susu...!

Kami bermalam di Homestay CT, Sg Klah. Sebuah banglo 4 bilik.. sangat best. esoknya sempat menuai tanaman di kawasan sekeliling rumah...
macam balik kampung pulak. berderet kereta depan rumah..!

kalau nak booking, boleh gi url ni ye...

CT HOMESTAY

Boleh call dan bercakap dengan Tuan Haji Halim...



Wednesday, October 31, 2012

Shooting drama di kilang

Hari ni pelakon Nabila Huda datang office/ kilang aku untuk shooting drama TV3. Tadi nampak Nabila sangat sempoi pakai uniform office ni.. hehhee.. anyway dia sangat petite.. kecik aje orang. sama tinggi dengan aku kot.. ramai bebudak office ambik peluang bergambar. Aku malas nak join.. kalau Amy search yang datang nak lah jugak bergambar..

UPDATE : tadi turun ke bawah sebab nak gi toilet. tiba kat bawah tangga tu nampak Nabila & one of our staff. So aku tegur nak bergambar boleh tak? dia cakap jom lah.. tiba2 kat belakang pintu lagi satu semua budak assembly keluar ramai2.. alamak aku kacau diorang shooting.. Rupanya ada camera kat kawsan smoking area... last2 terpaksa join diorang kononnya tea break time, semua keluar nak gi kantin. heheh.. Masuk TV nampaknya.. itupun kalau lepas edit..  huhuuu

tp tak sempat lak ambik gambar sbb tadi terlampau ramai... Fiza Omar pun ada, ramai tergila2 kan Fizo Omar sbb tengok dia live lagi hensem dari dalam TV...

Esok pulak Ako Mustafa pulak, untuk satu lagi drama. Kali ni untuk drama RTM. sure lagi havoc dari hari ni...


Famous gak kilang ni sebab menjadi pilihan untuk shooting drama.

Teringat tahun 1999, masa aku datang interview kat office ni, tengah shooting filem PASRAH lakonan Erra Fazira, AC Mizal, Abby abadi & hero nya aku tak ingat sape.. Awie ke? ntah lah...

Lepas tu bila masuk kerja aje tengok ada gambar kakak2 office dgn Erra Fazira kat atas meja diorang.. huhuuu.. nostalgia betul. 1999 - 2012. tahun depan dah masuk 14 tahun aku kerja sini.. huuu.. di sinilah sumber rezeki ku, tempat cari makan. i'm happy here... Hopefully next can achieve better position than this year... targettt...!

Raya Haji di Kelantan

Salam..!

Post kali ni nak cerita pasal pengalaman beraya di Kelantan. Kali ni kami balik kampung naik bas aje sebab malas nak drive. 12 jam drive memang tak tahan bontot duduk kat dalam kereta. Jammed giler. Anyway naik bas pun ada cabarannya, the most challenging kalau naik bas dengan baby. tp alhamdulillah semuanya ok. sbb mak aku sudah siap sedia tak bagi baby tidur siangnya, so bila naik bas tu, dari shah alam dia dah tidur. yg tak oknya mama sbb batuk sepanjang perjalanan. mengganggu orang nak tidur.

Raya haji di Kelantan memang sangat meriah tp simple. Oh yaa.. Ini adalah my raya haji pertama beraya di Kelantan. selama ni raya puasa aje balik Kelantan. Tp sebab raya puasa yang lepas aku baru aje lepas operation so tak de lah balik kampung. So kat sana memang sempoi sangat, malam raya boleh rileks depan tv sambil kupas bawang merah/bawang putih untuk persediaan memasak gulai kawah lepas sembelih lembu. kalau kat shah alam ni, mesti tengah sibuk nak masak ketupat rendang pada malam raya, kemas2 rumah. Kat Kelantan aku tengok most rumah tak de nak kemas2 sangat sempena raya. ape yang ada aje. tak de sibuk2 nak tukar langsir kusyen bagai...

Pagi raya pulak lagi sempoii.. hehehee.. mak mertua masak nasi lemak..!!! Makan nasi lemak pagi raya? macam tak kena kan... aku sangat pelik, sebab tak ada nasi impit, ketupat rendang bagai. Rupanya memang mcm tu rutin diorang, pagi raya makan ape-ape aje, macam hari kebiasaan. rasanya ada kot rumah yang makan nasi goreng pagi raya? So funny kalau difikir-fikirkan. Ape pun semuanya rezeki, jad aku makan aje lah... tak nak cerita panjang.

lepas sembahyang raya, dan lepas makan nasi lemak baru lah acara yang sebenarnya bermula. Barulah kemeriahan tu terasa sbb semua sedara mara dan jiran2 berkumpul belakang rumah opah sebab nak sembelih lembu. macam satu pesta. macam2 ragam rasanya. Satu lembu dalam 7 bahagian. so semua yang ambik bahagian kena pegang badan lembu tu atau tali ikat lembu tu masa sembelih. Ada akad tertentu antara penjual lembu dengan orang yang ambik bahagian. Ini pun first time aku tengok lembu kena sembelih..

Baby sangat berani sebab dia nak pegang lembu tu.. huhu... masa sembelih pun baby tengok macam tak de perasaan. mama ni jugak yang takut. Fahda pun macam ngeri aje. lepas ni mesti tak nak makan daging lembu lagi..

lepas sesi sembelih, semua berkumpul buat depan rumah untu sesi melapah daging oleh kaum lelaki. Aku tengok memang tak tinggal satu ape pun. semua di koreknya. kepala lembu, dengan mata & otak2 lembu diorang lapah. tak tahu sape yg dapat otak lembu, lidah lembu.. tp ada aje yang nak tu... so setiap sorang yang buat korban dapat 11kg selepas tolak daging2 untuk para pelapah daging. Banyakkan 11 kg. Mak aku cakap kalau shah alam, cuma dapat 2-3kg aje... sbb semua disedekahkan.. Macam kami pulak, takkan nak bawa balik daging 11 kg naik bas..? huhuu.. so sebahagiannya disedekahkan ke kawasan kampung. sebahagian lagi buat gulai kawah.. aku bawak balik ke shah alam pun dalam 2kg aje rasanya.

Habis melapah, baru lah sibuk rewang untuk memasak lauk-pauk. Bayangkan berapa banyak lauk yg dapat? sbb kat rumahh opah saja dah 5 orang ambik bahagian. tak silap ada 4 lauk, semuanya daging saja. daging singgang, gulai daging, ape lagi ntah aku tak tahu sebab aku tak boleh nak pandang pun. sebab aku tak lalu nak makan, lagi2 semuanya lauk kelantan. aku ambik masa nak adjust anak tekak. kalau buat sup, nak jugak aku makan...

lepas sesi memasak, tengahari sampai ke petangnya ada sedara mara yang tak buat korban datang ziarah & diorang dihidang makan nasi dengan lauk pauk tadi.. Ooohh.. macam tu rupanya. siapa yang buat korban, siap memasak & panggil sedara mara datang makan. Masa ni memang meriah, macam hari raya, macam kenduri kawin pun ada gak sbb makan nasi berlauk. Barulah aku faham kenapa diorang cakap Raya Haji kat Kelantan lagi meriah dari raya Puasa. Sebab itu public holiday untuk hari raya aidiladha 2 hari, so 2 hari tu diorang pergi ziarah rumah2 orang yang buat korban.. kalau raya puasa tak meriah pun, tak de ketupat rendang ni. kalau ada pun tak banyak rumah.  & kalau 2nd day raya semua tak de dah. tinggal kuih raya aje... tak macam kat shah alam.. 

Tp 2 hari kat sana aku memang tak boleh nak makan lauk kat rumah tu sbb semuanya daging. aku kureng sikit daging2 ni. ikan & ayam aku OK. so 2 hari kat sana, aku makan nasi lemak aje, itu aje yg dihidangkan. daging lembu yang aku makan boleh dikira, tak lebih 5 ketul agaknya.. huu... hari ke-3 aku dah tak boleh makan sebab perut dah sebu. Tak berapa enjoy makan2 di Kelantan kali ni...

Fahda pulak boleh cakap, fahda tak makan daging lembu. fahda makan daging ayam saja. Semuanya gara2 tengok lembu kena semeblih, terus dia tak nak makan daging lembu. Tapi bila balik shah alam, elok aje dia makan daging tu... :-)

begitu lah raya kami di Kelantan tahun ni.. Insya-allah raya haji tahun depan pun nak raya di Kelantan jugak... Raya puasa boleh raya di shah alam saja.. yahooo...!!

harap mr Hubby tak bising dengan muslihat mrsnya kali ini... shhh...

Tuesday, October 30, 2012

Farah @ 1 year 10 months

Baby milestone :
Nampak macam baby dah nak mula bercakap. dia dah mula tangkap sebutan kita yang hujung2..

dah pandai nak susu.. tp dia sebut shesheuuu..
tumpahh.. mpaahhhh
atuk.. totok..
kakak.. tatak.. (kadang2 ada bunyi mcm katak jugak)
wash hand.. shennn
kasut.. shoottt

senang sikit dia dah pandai cakap ni.. kalau tak dulu bila nak susu aje, dia mcm menangis mengamuk. skrang ni datang kat mama n cakap sheshhhooo, dah paham lah tu.

lagi satu dia suka buat aksi kenyit2 mata kalau kita tanya dia.. mana mata?
mata mulut - dia akan jelir lidah

suka tiru aksi kanak2 dalam iklan, especially :-
- iklan ayam nuggt,
- iklan roti - susu dutch lady.
- iklan oreo.

kalau naik lift, dah pandai nak picit2 no lift...

Thursday, October 25, 2012

Eid al-Adha 2012

Will be off for a while. 


Selamat Hari Raya Adha...

Selamat Menyambut Hari Raya Haji..

Selamat berkorban ke jalan Allah..

Selamat berkorban demi ibu bapa, anak-anak dan seluruh keluarga..

Selamat berkorban untuk bangsa dan negara... 

Semoga pengorbanan tulus ikhlas itu diterima Allah swt.

Semoga segala pengorbanan kita dibalas Allah swt dengan kejayaan dan kebahgiaan yang berkekalan.


Aamiin... 

Tuesday, October 23, 2012

Cara anak belajar

Cerita pasal anak-anak.

Seorang kawan Opismate KR kata susah nak cari masa untuk spend time dengan anaknya. hmmm.. aku tanya, "Ape yang susah? balik rumah selalu buat ape? "

Katanya, " sibuk mengemas.."

"Selain mengemas? " tanya ku lagi,

"Mengemas jugak... " jawabnya.

"Takkan 24 hours mengemas..? " kataku lagi sebab pelik.

"Tak boleh lah tengok sepah2,.. susu tumpah, air tumpah. " katanya.

"Orang macam kau memang sesuai ambik maid. Cuba bersederhana.. accept kekurangan yg kita tak boleh buat semua. Husband buat ape?" Kata ku lagi.

"Husband pun jenis tak boleh tengok sepah2 ni tp takkan dia nak buat semua kerja mengemas tu.. setakat basuh baju ok lah.. " jawab KR.

"So what kalau husbnd tolong buat semua kerja mengemas tu..? Something wrong? Rumah dia jugakkan? "Aku mulalah nak provoke ni...

"Tak boleh.. tak boleh.. " Dia geleng kepala.

Aku tak tahu ape yang mengemas sampai tak boleh spend time tengok anak belajar... Mana lebih penting..? I've no idea tp aku tahu dia mmg seorang yg sangat perfectionist. so kotor sikit tak boleh. deerrrr... abis kalau anak dapat markah teruk tu perfect ke tidak? kena tukar attitude dapat B sikit tak boleh.. dapat A aje boleh.. hehe... tulah dia... bila result exam anak teruk dia mula lah bising.

Bagi aku, masa dengan anak lebih penting daripada pinggan mangkuk yang penuh dalam sinki, kotor2 sikit ape salahnya. Nanti anak2 dah tidur barulah ambik masa kemas2 sekejap.. husbnd kena tolong.. macam aku memang selalu mengelat nak basuh pinggan, sbb aku lebih suka luangkan masa dengan anak sambil lipat kain. So selalu aku akan cakap dgn husband aku daripada dia melangut tengok computer/surf internet, ada baiknya dia tolong aku basuh pinggan tanpa bnyk cerita.. So selalunya dia jenis tak banyak cerita, terus aje basuh pinggan. haaa senang sikit. so baru lah hidup ni balance.

Kalau Fahda cakap exam lagi 3 minggu.. aku dah mula buat schedule untuk dia. Ajar dia buat time table sendiri, mana yg susah, mana yg senang semua aku tanya dia dan akan setkan untuk dia. Kadang2 duduk berbincang emak anak sebab nak set time table aje... Namun, kadang2 dia menunggu juga mamanya, "Hari ni nak belajar ape?" walaupun dalam time table dah tunjuk subject yang dia kena belajar untuk hari tu. Ternyata as parents, kita kena guide anak kita, walaupun semuanya dah depan mata tapi still dia nak sentuhan mamanya. Anak mama... Semoga berjaya dalam ape yang diimpikan ye..

Yes, kdg2 aku pun terpaksa belajar ape yg ada dalam buku teks, sebelum dapat ajar fahda. Tak rugi pun. knowledge. Aku siap ajar Fahda mcm mana nak ambik nota penting, buat simple note, mind map, kdg2 buat atas manila kad & tampal kat dinding. Itu semua effort yang boleh aku buat untuk memastikan anak aku belajar dengan cara yang betul. Dengan ini barulah aku tahu kelemahan anak aku dalam subject ape, bab ape dan aku boleh bagi lebih latihan, more and more sampai dia betul2 faham. Kalau buta2 kita serahkan pada dia untuk belajar sendiri, alamat tak ke mana lah jawabnya.

Sesungguhnya anak-anak memerlukan bimbingan dari ibu bapa.

So parents.. show your effforts, ok?


Thursday, October 18, 2012

What happened to me?

I have a data field in database, called PhyJoindate

Now after Korean pop star Psy got his breakout hit "Gangnam Style", 
I accidentally write down my script with the data field PsyJoindate.

Worst thing...

Now all i got is my program hits banyak sangat error .. huhuuuu !!
system cannot find data field PSYJoindate...
Off course dear!!!

kena find & replace in 1000 lines of scripting.....!   
Nasib baik bukan macam menarik benang didalam tepung..
PSYco-lah kalau macam tu... 

Wednesday, October 17, 2012

Waiting for Your Call - Irfan Makki feat. Maher Zain

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
 “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarikalaka labbaika, innal hamda wan nikmata laka wal mulka la syarika laka.”

(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)
Semalam tertengok music video lagu ni kat channel al-Hijrah. Masya-Allah.. lagu ni mendayu2 macam memanggil aku untuk duduk diam depan TV dan menghayati lagu ni. Indahnya.. Ya-Allah... 

Habis saja lagu ini terus aku berpaling pada Anakanda tersayang, yang turut sama terdiam sambil kusyuk tengok music video tu. Rasanya dia pun sudah ada minat nak tengok rancangan2 TV mengenai umrah dan haji ni. Berjangkit dengan mama lah ni....

"Fahda, tahun depan mama ni nak pergi Mekah tau, mama  nak buat haji macam orang dalam TV tu. " kata ku sambil berdoa dalam hati. Semoga dimakbulkan..

"Berapa kali mama nak bagitahu? "  katanya.  Memang betul, itu bukanlah pertama aku berkata padanya yang aku akan naik haji tahun depan. 

"So bila mama pergi nanti, Fahda tinggal dgn baby, dgn wan atok or tok fish ye... Tak lama kalau haji 40 hari, kalau umrah dalam 10 hari..  " kataku lagi. Saja nak mengujinya, nak tengok reaksi Fahda. hmm seperti diduga.. terus matanya bergenang dgn air mata... syahdu.


Mungkin itulah antara dugaan yang aku harus tempuhi. Ramai yang menasihatkan aku supaya jangan fikir benda2 yang akan menghalang aku ke sana.  Serahkan segalanya di tangan Allah. Namun perasaan itu masih ada, naluri seorang ibu susah hendak berpisah lama dengan anak-anaknya, apetah lagi baby kecil.. 



Waiting for Your Call 
(Irfan Makki feat. Maher Zain)

Miles away, oceans apart
Never in my sight but always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tear rose down my eye

I am thinking of the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwah
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day everyone will get the chance

To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwah
 Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall

Buat mereka yang pergi menunaikan haji nanti apa yang saya minta ialah doakan saya supaya saya juga dipilih untuk menjadi tetamu Allah serta sampaikan salam saya buat kekasih juga junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wassalam.


 

Monday, October 15, 2012

Anti-Lost Bag - Bab 2 @ Setia Mall

Nampaknya macam dah jadi rutin pulak, every weekend mesti nak keluar bawak anak ke mana-mana. Selalunya atas alasan aku malas masak :-) , sbb seminggu sekali kemas rumah, memang pulun abis. Penat tak sudah lah jawabnya. Alasan kah itu..? huhuuu... sendiri faham sudah...

So last week bawak anak ke Setia Mall pulak. Seronok, tempat ni memang happening sangat... environment sesuai untuk budak2 sbb ada playground and park untuk budak2 berlari ke sana-ke mari. Kalau kat jalan nak masuk mall ni, you all akan nampak banyak kereta parking tepi jalan... punyalah banyak berderet kiri dan kanan... padahal parking kat dalam Mall pun bnyk lagi. I guess diorang tu mesti parents yang datang bawak anak2 diorang ke playground / park sahaja.. Abis main terus balik... tak masuk mall pun.. tp aku selalunya nak makan & layan anak main...
Seronok budak2 dapat main kat sini...

Aku prefer lepaskan anak aku kat park, sbb padang nya luas.. suka hati baby nak lari ke mana pun. Kalau kat playground tu terlampau ramai budak2.. dari kecik sampai ke besar, senang2 aje diorang tolak anak aku nanti.
Ada padang luas

Anyway, Farah sangat berkerjasama kali ni... hehhe.. skema tak word "berkerjsama"? Sebelum turun kereta aku dah membebel-bebel my 2Fs, jangan lari2 nanti jatuh, nanti hilang, blaa.. blaaa..Farah mcm faham, cepat2 dia ambik anti-lost beg tu... bijak2.. masa nak pakai pun beg tu pun, dia memang memberi kerjasama yang baik. tak de lah meronta macam selalunya.. agaknya dia faham kot.. kalau pakai beg tu dia bebas berlari.. tak payah kena dukung macam selalu..:0

So aku lepaskan dia sambil fahda pegang tali beg tu.. berlari cepat, berlari slow.. berhenti bila dia nak.. belek sana, belek sini, mana aje dia nak pergi, kita ikutkan. Cuma bila dia nak turun tangga/eskalator baru lah didukung. haaa.. suka nya macam ni... mama pun best nak shopping, belek itu ini...

Tetapi, aku sangat perasan mata-mata yang memandang, yang cuit2 partner kat sebelah, yang cakap2 belakang, yang tertoleh2.. bila tengok farah bertali macam tu.. hehhe.. it's so fun tengok reaksi orang macam tu.. Hubby cakap orang malaysia memang pelik kann.. kat UK benda tu normal aje... Aku pulak kesian tengok parents dukung anak.. penat tau..

Ada sekali tu masuk MPH, staff MPH senyum & terus tegur aku. " wahh bagusnya ada beg tali. beli kat mana? berapa RM ? "

So aku pun sembang kejap dengan dia, bgtahu yang anak aku ni memang jenis yang sangat lasak. kalau lepaskan tp tak kejar, alamat hilang lah dia...

lepas tu dia jawab balik "haa tengok gaya pun dah tahu ni..  "

OOppsss.. lupa pulak... ada satu peristiwa dalam MPH yang buat aku nak tergelak.. Baby terjumpa satu buku biografi One Direction. Terus dia ambik & genggam buku tu sampai tak nak lepas.. huhuu.. baby kenal sangat dengan 1D tu...cuma may be dia tak tahu nak sebut lagi, macam bila dia nampak buku Boboi Boy atau upin ipin... Bila nak keluar pun dia masih pegang lagi. Fahda pulak mengharap yang mama dia beli buku tu... jangan harap ok...? Terpaksalah mama rampas buku tu.. menangis dia sampai tak nak jalan lagi dah.. kesian... lain kali ok?

Lepas tu kitorang round lagi setia alam tu... sbb 1st time pergi dulu tak lama pun, sbb baby meragam asyik nak dukung aje. Kitorang yang penat... So kali ni ambik peluang round dari atas sampai bawah... Sampai satu masa dia dah penat berjalan, barulah minta didukung...

bila balik dalam kereta lagi dah tidur.. penat sangat kot..

mama yang suka sangat!

Gambar dari web http://www.setiacitymall.com/

Sunday, October 14, 2012

Subhaanallah, inilah rahsia jantung manusia

Subhaanallah, inilah rahsia jantung manusia

 Oleh: DetikIslam

"Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?

Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. "(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.
 
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.


Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.
 
Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu. "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]


Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
 
Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.


Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ...Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari. Sumber islampos.com

http://detikislam.blogspot.com"

Saturday, October 13, 2012

Tengok full movie dari youtube

Sekarang ni tengah gila tengok movie dari youtube. sbb itu aje lah masanya nak tengok movie.. sambil menyelam minum air.. sambil bersauna tengok movie from pc.

Malas nak tengok drama bersiri korea lagi... sebab lama sangat dah ambik masa 15-18 jam.. so the alternativenya ape lagi... tengok movie from youtube aje lah.. sbb selalu bersauna pun dalam masa 30 - 1 jam.. ngam2 abis satu movie..

so hari ni nak share tengok movie barbie... hehhee.. sampai sekarang ai love Barbie movie. sampai Fahda pun pelik.. Mama ni mengalahkan Fahda pulak..

Barbie: The Princess and the Popstar (Full Movie)

 memang tak pernah tengok ni... the latest kot..




Barbie: Princess and the Popstar Full Movie
"There's a star that's right inside you
So come on and let it out
Find out what you're about and just shout
Here I Am"
—Barbie

ada satu comments dari youtube :-

my mom's no longer getting younger but 
still she watches Barbie movies with me and BTW im 19 :)

heheh macam saya jugak...!

Memang banyak magic yang tak masuk akal dalam cerita ni.. tp itulah yang menjadi angan budak-budak perempuan.. termasuklah emak budak.. sikat magik boleh tukar style rambut, microphone boleh tukar2 baju.. baju2 cantik pulak tu.. seronok nyaaa...! memang suka berangan..!

Selalu nya cerita Barbie ni memang happy ending.. so sangat lah suka... Tengok barbie ni selalu happy, baik hati, dan selalu aje nak tolong orang.. Walaupun ramai orang macam tu dalam dunia ni tapi nak cari memang susah kann..

Oklah.. enjoy the show sambil bersauna ye.... 

Friday, October 12, 2012

My Weekend Menu (Plan)

Plan nak masak western aje... terasa penat asyik makan nais.. nasi.. nasi..

easy and delicious baked chicken breast


Spaghetti and Meatballs

Bakes Pasta 

Spaghetti goreng.. 

Yeay.. petang ni gi kedai jap.. 
mlm ni dah boleh start kuah spaghetti... silap2 malam ni jugak abis...




Checklist - Untung Penjualan Rumah

Aku suka baca mengenai pelaburan hartanah atau property flipping... & banyak ilmu yang ku dapat jugak, walaupun tak mungkin aku nak masuk ke arena property flipping... Semuanya knowledge kann.. senang sangat nak dapat ilmu sekarang ni.. masuk internet macam-macam ada. Cuma terpulang kepada kita untuk filter ilmu2 yang sangat berguna atau pun ilmu yang memesongkan dan tidak berfaedah...

Anyway, aku baru jual rumah Puncak Alam. So bila terbaca blog property flipping  - Flipping For Dummies - Tips, Ideas and Secret ni...baru lah aku sibuk2 nak check ape yang aku dapat masa jual rumah hari tu.. Kalau bro ni tak letak, aku pun tak tahu aku boleh claim deposit2 tu... So check list kat bawah ni aku tiru his previous post: Hari Yang Makin Ceria - Mood Bertambah Happy. Tiru benda baik tak pe kannn.. 

Check list :-
1. Untung Penjualan Hartanah (IN PROGRESS - lambatnya nak dapat)
1a. Duit deposit (OK sangat)
2. Duit lebihan MRTA bagi mereka yang mengambil MRTA (IN PROGRESS)
3. Duit lebihan daripada Pinjaman Perumahan (OK - 1.4K dah habis pun bayar hutang kad kredit)
4. Duit lebihan RGPT (OK)
5. Duit lebihan Cukai Tanah & Cukai Taksiran (OK kan aje, sbb tak bnyk different. RM 30 aje).
6. Duit deposit api air (IN PROGRESS)
7. Duit lebihan Maintenance Fees - For Apartment/ Condo (NA sebab landed)
8. Kes jual rumah lebih daripada harga pasaran (NA)
9. LAD (NA)
10. Sewa semasa dalam proses belian (NA)

So tinggal 3 items saja lagi in progress.. money.. money... Once settle semua ni aku pun nak set target baru.. A BIG one. Insya-Allah. Semuanya dalam perancangan.. Sekarang ni observe aje dulu kay?

Kalau nak tahu details ape ke benda check list kat atas tu.. sila rujuk sini ye...

Flipping Checklist - Untung Penjualan Hartanah



Thursday, October 11, 2012

lupa...

lupa dah nak tulis ape..... 




pics from :
http://www.quickmeme.com/meme/357l4q/

Wednesday, October 10, 2012

Ambil PMR umur 50

Tabik sangat kat pak cik ni... Aku pun teringin jugak. tp just for subject math and add math. Nak tengok ada kah ada improvement atau makin drop... anyway ini adalah angan yang tak akan aku buat... dah namanya pun berangannn...kannn??


JOHOR BAHRU: “Sejak berbulan lalu, saya mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Hari ini (semalam), saya rasa seram sejuk dan berdebar-debar ketika membuka kertas soalan. “Bagaimanapun, kerana ingin mencabar diri sendiri, semua itu diketepikan malah saya tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan.” Itu kata calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, 50, ketika ditemui di pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini, semalam.

Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.

Dia yang bekerja sebagai tukang kebun berkata, usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR, sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Bermula semalam, Nordin bersama rakannya itu mula menguji keupayaan diri dengan menjawab kertas soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Islam pada sebelah petang.
Selain dua mata pelajaran itu, secara keseluruhan, calon PMR akan menjawab enam lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Sains serta Matematik.

“Memang gementar kerana persediaan dibuat hanya ala kadar, paling merisaukan saya mata pelajaran Matematik kerana ia memerlukan kecekapan untuk mengira.

“Agak kekok dan segan kerana kami dikelilingi ratusan murid yang jauh lebih muda. Bagaimanapun, saya berasa lega apabila terjumpa seorang lagi calon hampir sebaya,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu turut berharap dia lulus semua mata pelajaran.

Selain Nordin dan rakannya itu, seramai 166 pelajar tingkatan tiga yang lain turut menduduki PMR di pusat peperiksaan sama. Sementara itu, seorang guru dikenali sebagai Yahya, 40, berkata, dia terharu apabila mendapati dua calon yang menduduki PMR ialah individu seusia dengannya. 

Farah @ 1 year 9 months

1. Baca buku..
Suka baca buku atau paksa orang lain baca buku untuk dia... bukan baca sangat lah. tp selak-selak buku tu. & cerita ape-ape yang menarik pada Farah. Sikap ni sudah dikesan sejak dia dah pandai duduk & kami dah start bg buku pada dia... So pantang nampak buku mesti nak suruh kita baca untuk dia... so banyak buku2 lama fahda yang dah keluar balik..

asalnya dulu pantang nampak buku nak koyak, tp kita keluarkan buku yang banyak warna.. selalunya majalah Pa@Ma yang lama jadi mangsa. sbb buku tu banyak warna & banyak gambar2 baby comel-comel & berbagai aksi.. lama2 memang jadi rutin dia pantang nampak buku, semua dibeleknya.

2. Takut air atau tak suka mandi?
Memang susah nak mandikan farah. kadang2 sampai surrender aje.. tiap kali nak mandikan dia, dia akan berppaut pada kaki kita.. sambil menangis sekuat hati. So Mama suspect Farah takutkan air since dia jatuh dalam swimming pool, masa trip kitorang ke Universal Studio Singapore last June 2012. Sebelum ni ok aje... any time nak mandi kan dia no problem. air sejuk ke air suam ke tak kisah...

3. Susah nak makan ubat..
Susah nak makan ubat.. sure berperang.. rasanya ni man-mana budak pun sama.. kalau yang suka sangat makan ubat tu.. maka, haruslah dikagumi ok?

4. Sudah pandai bergangnam style...
Suatu malam, farah berlari ke sana ke mari, sambil buat aksi yang pelik.. Mama macam perasan something, sampai tertanyakan fahda.. " Baby tu... macam bergangnam aje? ye ke " .

lepas tu terus fahda kata.. " ye lah mama.. dua tangan kat depan tu ala gangnam!!.. "


Ni fahda lah rajin tengok gangnam video kat Youtube... adik terikut dah...

5. Rajin tegur orang dalam lif, pak cik guard..
Tak kira sesiapa, orang tua, budak2 sebaya, minah2 vietname, mat indon, pak cik, mak cik.. semua ditegurnya.. bukan takat tegur.. siap pegang tangan orang tu macam nak ikut balik.. Nasib baik kita tingkat 5, so kita selalu keluar lif dulu. So selalunya Farah yang akan babai orang dalam lif tu. Kalau orang tu keluar dulu sure dia nak ikut keluar lift jugak.. naya aje.. Anyway, budak2 peremppuan vietnam yang tinggal sama level dengan kami pun dah kenal Farah. & diorang suka sangat main dengan Farah..

Pakcik guard yang jaga pintu pun dah kenal Farah.. sbb Farah asyik tegur dia, tiap kali kitorang keluar masuk apartment.

Pekerja kedai runcit bawah apartment pun dah biasa sangat dengan Farah... selalu menjerit2 dalam kedai dia.. :-)

6. Kuat lari... tak terkejar ok?
7. Suka buli Fahda..
8. Kalau nak tidur mesti nak cari / main rambut mama.. kalau mama tak de, rambut kakak lah ye..
9. Apa yang mama nampak ialah Farah ni happy go lucky orangnya, peramah, bersikap sangat agressive, sentiasa nak menang & tak boleh kalah. Competitive sangat, sangat berbeza compare dengan Fahda. Fahda sangat lady like, pemalu, tidak peramah, reserved. Tapi kadang2 Farah pun boleh jadi pemalu... ada lah masa-masanya..

What i remember most is bila Farah senyum or ketawa... lesung pipit di pipi, gigi yang sangat comel, mata yang bulat, bulu mata lentik, macam mata artis k-pop.