Friday, October 29, 2010

Happy Birthday Fahda..!

Semalam sambut birthday Fahda @ Sri Pintar, dengan kawan2 sekelasnya.. Fahda seronok tapi malu2.. ada ke bangun tidur pagi tu terus cakap tak nak pergi sekolah... malu nanti kawan semua ucapkan selamat hari jadi. kena potong kek depan kelas, kena bagi goodies kat kawan2.. adoyaii.. itupun malu..

Anyway mama ni malas nak layan sangat. So diamkan aje. sampai masa dia tahu jugak dia kena hadapi semua tu dengan rileks.. aiii ni baru nak sambut birthday aje ni.. belum nikah kawin lagi.. eiii lambat lagi maknya..!! heheh..

Fahda Potong kek..

Kek birthday beli di http://feinazcakes.blogspot.com/. Terima kasih kak Ina..! sangat comel si Ana Muslim tuh..! Cantik sangat. Coklat kek pun sedap... Ini link dari blog kak Ina..


 

Happy birthday Fahda, semoga jadi anak yang solehah... Amiinn..

Monday, October 25, 2010

Pregnant @ 30th weeks

Being pregnant is a very scary (dengan diabetes.. off course scary..!) yet fun experience. I'm looking forward to getting to the end of it so I can see my sweet little girl.

Just ten more weeks to go!

Oh yaaa.. berat baby 1.5kg... Jangan besar-besar sangat ye nak.. susah mama nak meneran nanti macam kakak Fahda ~ 3.75 kg.. Anyway Mamanya pulak dah naik 10kg, baby baru 1.5kg.. yang selebihnya tu ape??

Keputihan semasa Hamil.
Dah tanya doktor hari tu, she said itu normal. Cuma kena take precaution kalau berbau dan rasa gatal, itu maknany dah ada bakteria. Lagi satu kalau keputihan tu tak berwarna putih lagi dah, sebaliknya berwarna kehijauan.. cepat2 jumpa doktor..


So far i'm OK. alhamdulillah. Really it's like my first pregnant. Dah lupa segala ilmu yang dituntut semasa mengandungkan Fahda 7 tahun lepas.

Doa Nabi Noh dalam perut ikan Nun;
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Friday, October 22, 2010

BSP (Blood Sugar Profile)

Semalam letihh wooo.. kena buat BSP. BSP tu Blood Sugar Profile untuk ibu2 hamil yang kena kencing manis. Ni my first time kena BSP. Anyway good experience. dari sini baru aku tahu yang nampak sedap di mata tu tak semestinya elok untuk badan kita.. so kena tahu dari mana sumbernya.. karbo ke protein ke...

Processnya 4 kali kena report ke klinik untuk ambik darah. Malam sebelum tu kena puasa, dari pukul 10 mlm. Esok pagi2 gi klinik, untuk amik darah yang pertama ~ cek gula dalam darah aku 5. Lepas tu terus breakfast. catat time korang start masuk makanan tu dalam mulut pukul berapa. macam aku semalam pukul 8.20am so amik darah 2jam selepas tu pukul 10.20am.

Pukul 10.20 ambik darah - bacaan gula dalam darah aku 8.3. Mak aiii tinggi tu... aku punya lah risau..ape yang aku makan? 2 biji karipap, 1 sandwch, 2 cawan air suam = 8.3.. so aku suspect roti atau inti karipap tu yang buat gula naik..

Amazing epal hijau!!!
Pukul 12 makan - 1 biji epal hijau + ikan selar masak asam pedas + 2 portion sayur + air masak 800 liter

Pukul 2 cek darah ~ alhamdulillah bacaan turun 4.7! amazing.. epal hijau? atau air masak 1 botol yang terpaksa aku telan, sampai 5-6 kali gi toilet kat office tu yang jauh.. sampai rasa senak menahan nak terkencing. Ape pun aku akan continue epal + air masak bnyk2 ni...

Pukul 6 petang dinner aku makan 2 potong epal hijau + ikan bakar + air asam + ulam2 termasuk peria selamba aku telan + air masak 500 liter.

Pukul 8 malam cek darah ~ bacaan turun 5.2, naik skit tp still tahap normal....

Alhamdulillah, semuanya ok.. tp penat wooo... ulang alik ke klinik + office. tak boleh cuti sbb tengah kritikal buat payroll. Hubby yang jadi driver pun penat.. So kesimpulannnya aku kena amalkan epal hijau.. tak nak naik mendadak.. nanti everyweek kena buat BSP lagi. aku harap ni yang terakhir aku buat BSP. serik laaa.. letih. kalau tak okay jugak kena cucuk insulin kat perut sampai nak beranak nanti. Adeehh.. macam bunuh diri namanya tuhh..!

So kena jaga makan aje lah.. masa Fahda dulu aku main bedal aje ape aku nak makan.. maklumlah makan untuk 2 orang.. tapi kali ni may be sbb faktor umur dan berat sebelum pregnant pun mmg dah naik so aku senang kena kencing manis... Nurse cakap, kalau plan for next one, make sure BMI badan dalam tahap normal, bukan obes... good advise...

Esok ada review dengan doktor pulak.. ape langkah seterusnyaa.. aku dah bincang2 dgn hubby.. kemungkinan besar aku gi Hospital Sg Buloh aje nanti, disebabkan aku ada rekod kencing manis ni.. Doakan semuanya selamat yeee...

Wednesday, October 20, 2010

Diagnosis Kencing Manis

Oh dear.. tak sangka.. tidak ku sangka.. aku di diagnosiskan dengan kencing manis.. Mengandung dengan kencing manis sungguh berisiko. Lagi pulak aku diconfirmkan kencing manis masa nak masuk minggu ke 30. Apakah maknanya itu..?


Kata nurse, doktor.. Risiko nya kalau aku tak jaga diet ialah seperti berikut :-
  • Baby besar ~ boleh diadjust samada aku deliver normal ataupun c-sect.
  • Komplikasi masa beranak
  • Baby boleh cacat, effect buah pinggang, etc ~ Ya-Allah jauhkan lah..
  • Baby boleh mati dalam perut semasa kandungan cecah ke minggu ke-36
Ya-Allah selamatkanlah kandungan ku ini.. sihatkan lah dia dan permudahkanlah kelahirannya ke muka bumi ini Ya-Allah....

baca untuk rujukan :
http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/138-kencing-manis.html
http://www.hamidarshat.com/mengapa-perlu-induction-informasi-82.html
http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2008/06/bayi-mati-dalam-kandungan.html
http://ratuhati.com/index.php?option=com_kunena&Itemid=100004&func=view&catid=90&id=764&limit=15&limitstart=75


So tadi aku pergi consult dengan dietician klinik seksyen 7, shah alam. Dr Anuar.
  • Diet utk aku tak de adjust bnyk sangat. sbb aku memang control makan. Kurang makan nasi. Dah diberitahu oleh Dr Siti kat SALAM supaya aku control makan, jangan naik mendadak sangat.
  • Bab mengunyah gula2 tidak dibenarkan lagi, aku mengunyah gula2 sbb dalam mult ni selalu rasa payau.. 1 hari sampai 3 biji gula2 aku kunyah.. Nampak macam no big deals kan..? tp dr kata TIDAK!
  • Banyak minum air masak / suam ~ 2 liter sehari.. diakui aku kurang minum air. aku asyik cari air manis aje.. air sirap, air kordial, air kotak..tidak lagi ok?
  • Haramkan Gula dalam masakan..
  • Teh / kopi / milo diharamkan jugak... Kalau nak teh panas masa minum petang aje.
  • Boleh minum susu biasa (tak semestinya susu ibu mengandung) orang kita ni kolot sangat... susu kotak rendah lemak pun boleh, janji kurang guula... yang penting ialah kalsium yang masuk dalam badan kita.. bukannya gula. ni susu perisa madu lahh.. susu perisa coklat lahh semua tu utk lakukan produk diorang aje...  kata doktor.. baru kutahu.. huhuuu.. 

Aku rasa pasal makan ni aku tak de masalah sangat. tp pasal minum air ni masalah. sbb aku pntang tengok air manis.. air kosong tu tak boleh telan lahhh...tak pe.. akan ku cuba jugakk.. paksa juga demi kesihatan aku & baby.. Ini jadual aku yang telah diconfirmkan oleh doktor sbb kat office tu aku malas gi kantin masa lunch. panas, lauk pun tak fresh dah. aku prefer makan teabreak pukul 10 pagi.. so dr kata jadual aku OK.
  • Breakfast 8 Pagi : 45 gm karbohidrat = Oat 8 sudu + susu + madu 1 sudu tea / kismis 1 sudu tea
  • Minum pagi 10 pagi : 45 - 60 gm karbo = lauk ape2 aje.. ayam ikan + nasi 1/2 cawan  + buah + sayur
  • Lunch 45 gm karbohidrat : makan 2 keping roti + salad, timun , buah
  • Minum petang 3 pm 15 gm karbohidrat  : Dr tak advise amik mee hoon goreng, nasi goreng... kuih seketul je cukup tp jgn manis2.. goreng2 ok laaa
  • Dinner 8 mlm 45 -60 gm karbohidrat : oat + roti...

Oh ya.. esok kena buat BSP.. (BSP tu ape?) so malam ni kena puasa start dari pukul 10 mlm sampai esok pagi lepas ambik darah baru boleh makan... ingat esok nak check kat shiela sekali..

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.... Amiinn..

Monday, October 18, 2010

Sesak Nafas Ketika Hamil

Sekarang ni aku selalu sesak nafas terutamanya ketika di office. tak pasti sebab environment ke atau sebab keadaan perut aku yang semakin membesar. Anyway aku pun search internet, ternyata sebab keadaan perut semakin membesar. Keadaan ni normal bagi pregnant woman.

Ni antara info yang aku dapat, Kebanyakannya dari website indonesia : -
Tip Sesak Nafas
http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/05/tip-sesak-nafas.html

Keluhan Ibu Hamil
http://elmo.artiku.com/2008/06/18/keluhan-kala-hamil-trimester-tiga/

Semakin besar kehamilan memang semakin besar tekanan janin sehingga memungkinkan ibu hamil mengalami sesak nafas. saya juga mengalaminya ketika usia kehamilan masuk 7 bulan. biasanya jangan makan terlalu banyak, biar sedikit tapi sering. kalo tidur ambil posisi bersandar tapi jangan terlalu tinggi karena akan menyebabkan sakit pinggang. gunakan bantal sebanyak yang diperlukan untuk menyangga punggung. IMHO..

Saturday, October 16, 2010

Counting days... 77 days..

Hahhh..!!! My due date is about 77 days lagi.. dup dap dup dap. Banyak benda tak prepare lagi. Fizikal dah ready kot, tak sabar nak meringankan badan (Sangat berat OK!!) Cuma mentally not yet ready.. Ya-Allah permudahkanlah urusan ku nanti...

adoii tiba-tiba berserabut pulak kepala ni...
Kerja kat office
- Transfer Job to Sok Ju (Payroll)
- Transfer Job to Roger (Attendance)
- Transfer Job to xxxxx (Web)
- Process Bonus

Kerja kat rumah
- packing baju gi spital ( mama & baby)
- beli baju baby.. (bila nak sales lagikk ni...)
- persiapan fahda back to school
- packing baju fahda & baba gi Bali
- Renew roadtax/ insurance Myvi
- kemas buku2 sekolah fahda Tahun 1.
- packing baju mama, fahda, baby nak berkampung kat rumah mak.
- beli tilam kat rumah mak.

ape lagi.....

Monavie untuk anak anda

I have several people who have asked me if MonaVie was ok for their children.. Jawapannya. OK sangat-sangat.


Sekarang ni aku bagi fahda MonaVie Original, berwarna purple ~ about 10 oz per day, minum sebelum tidur. Yang aku boleh nampak perubahan dia ialah, Fahda ni senang bangun tidur pada keesokkan harinya. Kalau tidak memang susah nak bangun. Dengan malas, kena kejutkan pimpin ke bilik air.. kekadang berdukung pulak tuh.. kena bukak kan baju, siap mandikan, gosokkan gigi.. adoii macam layan budak 4-5 tahun pulak. Sakit2 badan aku dibuatnya...

Tapi lepas minum Monavie ni, kejutkan 2-3 kali.. mata dah terbungkang, guling2 terus masuk bilik air. Tak payah cakap banyak dah. She's more alert, fresh katanya. Her energy level memang superb. Kadang2 aku saja skip 1-2 days tak bg Monavie, memang ketara sikap dia..

Okay, skrang ni minggu exam, aku still continue bagi Monavie, supaya dia sihat sepanjang minggu ni, cergas dan cerdas, belajar pun lebih alert & fokus. Tak payah minum Milo pagi2.. hehee..

Aku malas nak copy paste ingredient MonaVie kat blog ni. korang boleh search banyak kat internet, dgn segala macam terstimonial. What i want to share here in my blog is my experience with Monavie. Siapa berminat, kawasan Shah Alam boleh call aku 0132096008 or email iamazue@gmail.com.

Daaa..!

Friday, October 15, 2010

Monavie Original untuk ibu mengandung


Hari ni nak citer pasal Monavie. Sejak sebelum pregnant lagi aku dah ambik Monavie tu. Sangat bagus untuk ibu bekerja, hilang kepenatan, tak jugak.. it give you more energy to do kerja rumah, kerja office..

Masa preggy ni pulak aku ambik Monavie sbb aku susah sangat nak tidur malam. May be sebab perut semakin besar baby bergerak sangat ligat, menendang, side kick, left kick, righ kick, menumbuk perut aku ni.. so aku tak boleh nak tidur lena sangat. Kalau boleh tidur pun aku akan terjaga semula tengah malam. tak kisah lah aku start tidur pukul berapa pun aku tetap akan terjaga tengah malam. So aku amik Monavie ni untuk bagi aku energy pada esok pagi nya... kena kerja maaa...

So kepada kawan preggy sana.. boleh lah amik Monavie ni. actually good for your baby skin jugak.. ni according to upline aku lah.. nak tahu resultnya nanti tunggu lah baby aku keluar  nanti ye.. Minta2 kulitnya halus, sihat, antibodi kuat.. Amiinnn...

JUS PATI BUAH2AN MONAVIE
Untuk mereka di Shah Alam, boleh order dgn aku... email me iamazue@gmail.com.
Oh ye.. Monavie ni ada 3 jenis mengikut warna.. So untuk wnita mengandung macam aku, hanyalah sesuai untuk Monavie Original, berwarna purple. Sebelum pregnant hari tu aku ambik Monavie active.

MonaVie Original
- Mengandungi 19 jenis buah-buahan
- Boleh diminum oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan juga wanita mengandung & menyusukan anak.
- menawarkan antioksida yang berpotensi untuk melawan radikal bebas
- khasiat pelbagai nutrisi dalam satu botol untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optima


Cubalah dulu baru tahu...! 

Tuesday, October 5, 2010

Pregnant @ 28 weeks

Dah masuk minggu ke 28. adoii... terasa baby kicking here & there. Last week checkup, doktor kata baby girl again.. hmm.. actually tak kisah girl ke boy, asalkan baby sihat. Tapi pelik jugak sbb setakat nihh ramai yg agak2 baby boy, berdasarkan bentuk perut aku yang melonjong ke depan. memang berbeza dengan Fahda. Masa fahda dulu aku serba bulat, dari kaki, tangan, muka, perut, pinggang. Tapi kali ni aku bulat perut ke depan. kalau dari belakang tak nampak aku ni pregnant.. ni kata orang lahh.. aku iye aje...

Hari ni tak kerja.. EL sbb sekolah fahda ada buat TNB maintenance.. so aku pun EL lah. kebetulan tengah sakit2 badan nih. amik kesempatan berehat.

hmm.. tak de ape lah nak citer.. bosan..