Monday, October 15, 2012

Anti-Lost Bag - Bab 2 @ Setia Mall

Nampaknya macam dah jadi rutin pulak, every weekend mesti nak keluar bawak anak ke mana-mana. Selalunya atas alasan aku malas masak :-) , sbb seminggu sekali kemas rumah, memang pulun abis. Penat tak sudah lah jawabnya. Alasan kah itu..? huhuuu... sendiri faham sudah...

So last week bawak anak ke Setia Mall pulak. Seronok, tempat ni memang happening sangat... environment sesuai untuk budak2 sbb ada playground and park untuk budak2 berlari ke sana-ke mari. Kalau kat jalan nak masuk mall ni, you all akan nampak banyak kereta parking tepi jalan... punyalah banyak berderet kiri dan kanan... padahal parking kat dalam Mall pun bnyk lagi. I guess diorang tu mesti parents yang datang bawak anak2 diorang ke playground / park sahaja.. Abis main terus balik... tak masuk mall pun.. tp aku selalunya nak makan & layan anak main...
Seronok budak2 dapat main kat sini...

Aku prefer lepaskan anak aku kat park, sbb padang nya luas.. suka hati baby nak lari ke mana pun. Kalau kat playground tu terlampau ramai budak2.. dari kecik sampai ke besar, senang2 aje diorang tolak anak aku nanti.
Ada padang luas

Anyway, Farah sangat berkerjasama kali ni... hehhe.. skema tak word "berkerjsama"? Sebelum turun kereta aku dah membebel-bebel my 2Fs, jangan lari2 nanti jatuh, nanti hilang, blaa.. blaaa..Farah mcm faham, cepat2 dia ambik anti-lost beg tu... bijak2.. masa nak pakai pun beg tu pun, dia memang memberi kerjasama yang baik. tak de lah meronta macam selalunya.. agaknya dia faham kot.. kalau pakai beg tu dia bebas berlari.. tak payah kena dukung macam selalu..:0

So aku lepaskan dia sambil fahda pegang tali beg tu.. berlari cepat, berlari slow.. berhenti bila dia nak.. belek sana, belek sini, mana aje dia nak pergi, kita ikutkan. Cuma bila dia nak turun tangga/eskalator baru lah didukung. haaa.. suka nya macam ni... mama pun best nak shopping, belek itu ini...

Tetapi, aku sangat perasan mata-mata yang memandang, yang cuit2 partner kat sebelah, yang cakap2 belakang, yang tertoleh2.. bila tengok farah bertali macam tu.. hehhe.. it's so fun tengok reaksi orang macam tu.. Hubby cakap orang malaysia memang pelik kann.. kat UK benda tu normal aje... Aku pulak kesian tengok parents dukung anak.. penat tau..

Ada sekali tu masuk MPH, staff MPH senyum & terus tegur aku. " wahh bagusnya ada beg tali. beli kat mana? berapa RM ? "

So aku pun sembang kejap dengan dia, bgtahu yang anak aku ni memang jenis yang sangat lasak. kalau lepaskan tp tak kejar, alamat hilang lah dia...

lepas tu dia jawab balik "haa tengok gaya pun dah tahu ni..  "

OOppsss.. lupa pulak... ada satu peristiwa dalam MPH yang buat aku nak tergelak.. Baby terjumpa satu buku biografi One Direction. Terus dia ambik & genggam buku tu sampai tak nak lepas.. huhuu.. baby kenal sangat dengan 1D tu...cuma may be dia tak tahu nak sebut lagi, macam bila dia nampak buku Boboi Boy atau upin ipin... Bila nak keluar pun dia masih pegang lagi. Fahda pulak mengharap yang mama dia beli buku tu... jangan harap ok...? Terpaksalah mama rampas buku tu.. menangis dia sampai tak nak jalan lagi dah.. kesian... lain kali ok?

Lepas tu kitorang round lagi setia alam tu... sbb 1st time pergi dulu tak lama pun, sbb baby meragam asyik nak dukung aje. Kitorang yang penat... So kali ni ambik peluang round dari atas sampai bawah... Sampai satu masa dia dah penat berjalan, barulah minta didukung...

bila balik dalam kereta lagi dah tidur.. penat sangat kot..

mama yang suka sangat!

Gambar dari web http://www.setiacitymall.com/

No comments: