Friday, December 23, 2011

Fahda belajar Quran..

Hari ni cuti.. yeayy...!

Tapi bukan cuti sesaja. Ada majlis penutup program sebulan bersama al tahfiz di sekolah Fahda. Fahda akan join untuk khatam Muqaddam. Aku tak pasti orang lain mcm mana tp according tu adik-adikku yang belajar mengaji guna pendekatan Iqra', ( bukan macam aku yang belajar mengaji cara manual.. hehe manual? mengeja lah tu.. alif dia atas a, alif di bawah i... ). Katanya lepas iqra' terus masuk quran. tp program tahfiz ni, lepas habis iqra, masuk muqaddamm dulu, then baru masuk Quran. 

Alhamdulillah, Fahda dah masuk Quran. Malukan.. dah masuk darjah 3 baru nak masuk Quran. ishh.. ape nak malunya.. belajar tak perlu malu-malu kata mualimah yang ajar Fahda tu. It's ok. dia lambat catch-up. tp lama2 okaylah. Insya-allah... Mengaji ni kena pratise selalu baru lancar. betul tu Mualimah.... buktinya, dalam masa 1 minggu fahda naik Quran, sekarang dah masuk juzuk 2. mana taknya setiap hari 4 kali sesi mengaji, dr pagi sampai petang. huuhu.. mama pun tak  mampu buat mcm tu. cuma aku takut habis program ni fahda tak dapat lagi belajar mengaji dgn ustazah yang dia suka...

So sebagai hadianya aku belikan dia al-quran baru, warna kuning diraja. Fahda suka sangat.. aku belikan jugak envelope file untuk letak al-Quran tu, so that tak de air sembahyang pun boleh pegang. Sebabnya, nanti bila bukak sekolah, setiap hari Fahda kena bawak al-Quran tu ke sekolah. Tak tahu boleh tinggal kat sekolah ke quran tu nanti. berat jugak nak bawak tu... + buku2 teks nanti.

Sesekali aku test fahda baca quran, alhamdulillah, not bad. lancar jugak. tak macam masa dia iqra' dulu.. teragak-agak, tersekat... sampai menangis dia aku kerja kan.. heheh... aduhh.. memang kurang kesabaran aku ni, ya-Allah.


alhamdulillah terisi masa cuti sekolah ni. Memang tak ke mana-mana langsung kali ni. Just pergi dekat2 aje.. i-city, wetworld, muzium negara tengok upin&ipin. Fahda pulak cuma free minggu pertama & minggu terakhir, yang mana my 2F telah dan akan menghabiskan masa cuti di rumah toknya di KL. berulang alik lah mama.. berkorban sekejap, bagi peluang tok & nenek bermain dgn cucu, sementara wan & atok berehat.. Fahda pulak tak cerewet minta cuti ke sana ke mari...

tinggal seminggu sebelum cuti sekolah... semua dah ready kecuali baju sekolah & buku2 sekolah. registration pun belum buat lagi.. adoii.. busynya. kena busy lah.. nak cari duit lebih...

aku terasa yang education sekarang semakin mahal.. untuk dapat yang berkualiti dan sesuai untuk anak kita, kita kena usaha lebih. maksud aku.. aku kena kerja lebih kuat, menjadi lebih busy??...  so that aku dapat memenuhi impian untuk anak2ku.. ini pilihan aku, mengeluarkan sejumlah wang setiap tahun untuk memastikan anakku mendapat pendidikan yang terbaik. sekolah berbayar vs sekolah kerajaan.. memang sakit jugak..

ini pilihan kami sekarang, tak tahulah masa depan nanti...Allah saja yang menentukan...

Wednesday, November 16, 2011

I am grateful

Today I am grateful...
for my job...
which is about to get crazy busy...
exciting...
fun...
...
...
...
...
and...
I’m looking forward
to
every moment of that!

Friday, October 28, 2011

Cuti panjang to do list...

Cuti panjang ni aku tak buat ape-ape pun sebab baby demam, birthday fahda, penat picnic kat ulu yam, & blaa.. blaa seribu alasan. hehehe.. Ini lagi 3 hari nak habis cuti baru nak buat to do list. Tak de motivasi langsung...! but then +ve dear...


Pagi ni aku akan list kan perkara2 yang harus kubuat & disempurnakan sebelum habis cuti panjang ku ini..
1. Kumpul baju kurung lama & baru yang aku tak nak pakai lagi. Pack untuk didermakan.
2. Kumpul majalah lama & letak di satu tempat.Sekarang ni bersepah di banyak tempat. Aku pun tak tahu nak buat ape dengan majalah lama ni..
3. Clearkan meja computer, penuh dngan barang kraft Fahda sampaikan aku nak menaip pun susah.
4. Pack buku sekolah Fahda tahun ni. Exam dah habis.. so sekarang pergi sekolah pun berlenggang aje. baik aku siap2 kemas...

tu aje kot buat masa ini. kalau bnyk2 list pun belum jamin boleh sudah semuanya... So tinggal 3 hari aje untuk aku settlekan semuanya... Bukan ambik masa bnyk sangat. Walaupun cuti panjang, tapi nak curi masa mengemas tu pun susah sbb ada baby yang asyik nak mengadap mamanya ni.... so kalau tak set target macam ni sure aku lepak2, layan baby, belek2 baby aje sampaaaiiii habis cuti. Sedar2, esok dah kena pergi kerja.. tak ke rugi masa emas yang berlalu pergi....

Thursday, October 27, 2011

rumah kecik pun problem ke?

Kelebihan tinggal di rumah yang kecil aka apartment yang berkeluasan kecil... I'm tryng to figure out kelebihan & kekurangan tinggal di rumah yang berkeluasan kecil. Kenapa..? adalah sebabnya...

advantage :
1. Bil api/ air semestinya less. tetapi terpulang jugak pada isi rumah tu. Kalau rumah kecil tp orang ramai cam ner pulak? anyway as for me, bill api air tak sampai RM50 pun sebulan....

2. Kalau nak beli furniture tu fikir 10x mana nak letak perabut2 baru tu. atau mana nak dicampak perabut2 lama ni. So selalunya takkan beli selagi perabut lama boleh digunakan.. again.. we save the $$$$. It's true. aku dah semakin kurang membeli barang2 tak perlu.

3. kalau nak cat rumah tu, everyyear pun boleh, sbb keluaasan rumah tak seberapa.. tak dpat tukar perabut, kita tukar cat rumah pun jadilah.. for me, selalu tukar cat ruang tamu aje. less RM100 pun...

4. Less to maintain & clean.. yappp.. ini sangat setuju!

5. Less is more..

Disadvantage :

1. teringin nak rumah bertanah sebab aku tak larat nak turun naik tangga. ada lif pun malas nak naik lif sbb malas tunggu lif..

2. kalau buat birthday party or open house, rumah ku packed giler. ada ruang untuk berjalan sahaja itupun kena cakap tumpang laluuu... hehehe..

3. tak de ruang untuk bercucuk tanam.. ceehh ape benda yang aku nak tanam tu.. terpaksa minta adikku tolong semai kan pokok2 cili, & sayur dalam pasu bunga kat rumah mak.. hehee
anyway, segala yang di atas ni adalah atas buah fikiran ku sahaja. Orang lain mungkin lain pulak caranya.

4. pintu rumah terpaksa sentiasa tutup. sebab orang lalu lalang depan rumah. kalau nak bukak sliding door aje lah...

actually bnyk lagi tapi aku malas nak fikirkan yang -ve. hidup mesti selalu berfikiran +ve. so kena satisfied dengan ape yang kita ada sekarang, buat adjustment to fix and suit with the environment.. rumah kecik pun problem ke? For me, not at all...


dapur kecik...

living room pun kecik..

Boleh ke macam ni... ??

Tuesday, October 25, 2011

Farah's 10 months

Baby 10 months
  • dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah. Kecik & comel aje
  • suka menjerit
  • dah tahu merajuk kalau orang sergah heppp!!.. ambbbboooiiiii.. tiba-tiba aje kang menangis. Hehe very sweet.
  • dah pandai nak melekat dengan mama. Susahnya nak pergi kerja. So selalunya atuk kena dukung farah, tunggu depan pintu, babai mama sampai mama gi kerja. OK pulak tuh.. tak nangis pun.
  • tak duduk diam. Ligat explore satu rumah… tp kalau mama hilang dari pandangan dia terus nangis..
  • Susah nak tidur malam… lampu dah padam pun masih nak merayau. Terpaksa kakak angkat letak atas tilam. Lepas tu merangkak lagi ke sana ke mari, ikut bilik mana yang lampu masih ON. Bila lampu semua dah off baru lah dia nak tidur.
  • Tidur paling nyenyak antara puku 5 pagi hingga 8pagi. Time tu memang susah nak kejut dia…
  • menjadi perhatian walau kemana-mana pun pergi. Sebb muka nya bulat, bulu mata lentik dan bibirnya yg kecik tu.. Semua orang akan tegur.. eee comelnya baby. Semua org akan ambik peluang nak dukung baby. Diorang tak tahu mama ni pun memang penat dah dukung baby. 10kg ke sana ke mari.
  • Gaduh dengan Arief, anak along. Heheh finally dua-dua nangis.. garang budak kecik ni…

Wednesday, October 19, 2011

Azura.. you are too nice!!

Azura,

Don't be too nice to people..
I don't want any scapegoat again,
or do you wanna be a scapegoat?



I dont want this to happened...
You really make me upset!
Mistake is mistake buuuuttttttttt..
there's a way to recover.
Cover is not just keep quite and keep it to yourself.
Cover by doing follow the procedure dear..!!!


after all,
what is right is right
what is wrong is wrong
so why keep hiding?
face up and fix it.. follow the procedure..

This is may be his last advice too me. he will resign soon but i really regret that i make him upset for what happening today. I've made mistake that like he will never forgive me.

I will remember him.. He's the one who make me realize that I am too nice that orang senang pijak kepala i. By the way, I hope my boss will give me so extra point for bonus for my kindness...Penat cover mistakes orang lain.. last2 aku pulak yang kena.. huhuuuu... sakit mata dah menangis! Tak pernah lahnya aku menangis pasal kerja.. Take it positively dear... Amiinn...

Friday, October 14, 2011

Appile in a family..

I'm waiting for my turn... bila my 2F dah besar panjang nanti..
bila dah pandai meminta itu dan ini...

I guess this is how my hubby looks...

Tuesday, October 11, 2011

Jika ia sebuah cinta...

ia tidak akan menyiksa,
tapi mengisi..
ia tidak akan memaksa,
tapi mengerti..
ia tidak akan datang dengan kata,
tapi menghampiri dengan hati..
ia tidak akan datang karena permintaan,
namun senantiasa hadir karena ketulusan hati..
ia tidak akan hadir karena kekayaan,
tapi akan hadir karena pengorbanan dan kejujuran..
bukan mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
tapi.....
belajar mencintai orang yang tidak sempurna,
dengan cara yang SEMPURNA !!!!!!!

Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012

Berikut adalah nota-nota penting pada Belanjawan 2012 kali ini :-

Yuran sekolahKerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Simpanan persaraan – KWSPCaruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Wednesday, October 5, 2011

Salam...

Entry kali ni tak de tajuk. MALAS! kepala berkecamuk banyak sangat benda nak buat. kat office, kat rumah..

Di office, project sedang peak season, migration data, confirmation on SRS, Bonus evaluation, tecnical skill, etc. Everything in one shot! tak tahu nak bahagikan diri  ni mcm mana. aduhai.. Tengahari tadi pulak, bro Khalid call tanya pasal backpay. What??.. adoi rasa nak patah pinggang ni. Takkan bulan ni kot... really fedup pulak rasanya. waaaaa... Oleh sebab itu, aku melarikan diri ke project room. tak mahu dengar all the rumors.. last2 aku yang kena buat. tak mahu.. tak mahu...! Pas tu ada org tu nak resign pulak.. dah.. ke mana kah tempat ku mengadu nanti.. oh boss please...

Di rumah mmm.. seperti biasa tak de lain rumah bersepah. Yang ini aku redha.. memang tak daya lagi. Nasib baik last Monday dapat balik awal sikit so sempatlah menyapu, vacuum & mop lantai. Yang lain2 tu aku surrender. nak panggil weekly maid pun tak sempat.. cam ner nya kalau tiap hari sampai rumah pukul 9.30mlm and keluar rumah 7 pagi setiap hari.... I guess anak2 aku pun membesar di luar rumah nampaknya.

Next week pulak fahda dah nak start final exam. next gak aku ada system verification. mahu balik lambat ni. Ya-Allah, bagaimanakah caranya ingin aku mencuri masa sekejap untuk anak-anak ku.... I dont know will happened to me soon. I'm so tiredd.... dalam kepala da mcm2 perancangan. tp semuanya hanya menjadi rancangan yang kekal di kapala ku.. yang tak mampu aku zahirkan lagi. Sesungguh nya di kala ini 24 jam memang tidak mencukupi bagi ku.....

Ya-Allah
Permudahkan urusan seharian ku..
Permudahkan jua jalan untuk ku mencari redha Mu.
Berkatilah perjalanan hidup ku...
Amiinnn...

Monday, October 3, 2011

Wednesday, September 28, 2011

I am getting bored..

I am getting bored.
I have lots of work to do, but ain’t feel like doing it.
Is it better if I have really nothing to do?

Monday, September 26, 2011

LatihTubi.com - Gaya Pembelajaran Online Masa Kini


Setelah blogwalking here and there, tiba-tiba ternampak satu link kepada LatihTubi.com. Wah.. bagusnya. Inilah saingan program Score-A. Yang mana fee’s nya agak murah kalau dibandingkan dgn Score A. Cubalah check sendiri package & bayarannya di sini…


Thursday, September 22, 2011

Mo..mo..motivate..!

“Learn from yesterday, 

live for today, 

hope for tomorrow.”

Quote from Albert Einstein

Burung Hantu lagi... edisi mengemas pulak!

Macam biasa terjaga pukul 2.30 pagi, baby menangis  nak susu.. Bila dia dah tidur mata mama pulak tak boleh nak lelap. Dah agak, mesti jadi burung hantu malam ni.

SO ape lagi operasi mengemas lah jawabnya. Pinggan mangkuk periuk belanga kat dapur tu terletak aje dalam sinki. Tak sempat nak membasuhnya. Yelah semalam memasak untuk Fahda, sempena Hari Raya kat sekolah. dapat turn makanan berat pulak. Udah penat mama memikirkan nak masak ape? nak order & keluar duit aje ke? kan senang...! heheee..

Tapi sebab nak release tension mama keraskan hati nak masak jugak kali ni. Memasak ni a part of therapy gak. Penat mcm mana rasa puas kalau memasak. Jadi tak jadi belakang kira... kadang2 hangus pun boleh rasa puas hati gak sebab berjaya mentensionkan diri.. hehehe.. so despite of busy melayan baby yang asyik nak minta dukung aje lately & melayan fahda buat kerja sekolah. humble.. sampai rumah aje terus sinsing lengan ke dapur. alaa.. masak simple aje. Spaghetti kesukaan mu anakanda!

Take note untuk bekas yang besar tu:
2 bungkus daging hancur
1 bungkus Spaghetti
yang lelain cincai lah.. campak2 aje. Macam pro aje...

Selesai mama masak, terus masuk dalam bekas besar tu & masuk fridge. Esok paginya bangun, kuah Spaghetti tu dipanaskan dalam periuk. Spaghetti tu pulak mama celur aje dalam air panas. Done! Terus pergi kerja meninggal kan periuk belanga dalam sinki.. aduyaii..!

Alhamdulillah, licin 2 bekas besar tu. Hilang rasa penat memasak tu. Tapi tak tahulah cukup tak untuk semua student tu. Fahda sendri tak dapat rasa katanya. Banyak sangat makanan...

oklah saja nak update blog ni kejap. nak masuk tidur dah.. dah satu setengah jam mama jadi burung hantu malam ni... hehehe :-)

Good night sayang, anak-anakku.

Wednesday, September 21, 2011

Perkahwinan Nabil & Zira Konsep Cerita Dongeng.

Ada orang nak kawin..
bertuah badan...
lagi-lagi kad kawin lain dari yang lain..
one in a million.....
Ape pun Tahniah to Nabil & Zira.
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..!

Majlis di i-city.. mesti pergi..!!
che..chewahh.. suka-suka aje..




mari kita lihat kad kahwin RAJA LAWAK NABIL...
















saje-saja je nak citer pasal artis yang sorang ni.

Monday, September 19, 2011

You are...not here (Anata Ga Inai)

Nice song... Beautiful, makna yang mendalam.. love it.
I hope u'll like it too.

English translation

My smile trembles
And my voice shakes
In this blurring scenery.

I talked to you because I wanted to know you better.
Your pure eyes are so bright.
I want to to be closer to you, so more and more
I pretend to forget the tiny achings.

When did you finally get the person you love?
You seem lively and more talkative than usual.
I am in pain as I face this reality.


My smile trembles
And my voice shakes
I look down and pretend I'm alright.
You are...not here.
Not by...my side.
Though we understood each other,
There exists an unfillable gap between us.

Just exchanging a few words with you makes me happy.
Embraced by your gentle eyes,
I trembled at my real feelings.
But still I quietly offered you all my heart.

I want to slowly develope
Our truly precious meeting.
I want reach you, but I can't.
And before I know it, only my fear grows.

I've always believed,
That we were never meant to be.
You are...not here.
Not by...my side.
I couldn't accept this, so I kept on searching.

The words told through tears are disppearing.
The teasing emotions won't leave me alone.
You are...not here.
Not by...my side.
With nowhere else to go, I let out a sigh of solitude.


I will continue to smile...so please let me love you.

Anata ga...Inai


Lyrics: Ikuko Ebata
Compose/Arrange: Masaaki Iizuka
Vocal: Minami Kuribayashi

Original / Romaji Lyrics


egao ga yuragu
koe ga furueru
nijindeku keshiki

nakayoku naritakute koe kaketa no
junsui na hitomi mabushikute
chikaku ni itai kara   motto motto
chiisana itami wa shiranai furi

hontou ni taisetsu na hito wo
itsunoma ni te ni ireta no?
hashaideru   itsumo yori oshaberi ne?
tsukisasaru genjitsu

egao ga yuragu
koe ga furueru
kidzukarenu youni utsumuku
anata ga...inai
koko niwa...inai
wakariaeta noni umaranai kyori


kotoba kawasu dake de ureshiku naru
yasashii hitomi ni tsutsumarete
hitamuki na kimochi ni obienagara
seiippai no omoi   sotto sasageta

hontou ni taisetsu na deai
yukkuri to hagukumitai
todoketai   todokanai   itsu kara ka
fuan dake fukuramu

hanareru koto ga unmei nante...
zutto kono mama to shinjiteta
anata ga...inai
koko niwa...inai
ukeirerarezu ni sagashitsudzuketa

namida ga tsutau
kotoba ga kieru
karamaru omoi   hodokenai
anata ga...inai
koko niwa...inai
yukisaki nakushita   kodoku na tameiki

egao de iru kara...suki de isasete

Monday, September 12, 2011

Koleksi Resepi Makanan-Makanan Anak-Anak


Penyediaan makanan untuk anak kita memang amat penting. Sebagai panduan untuk ibu dan bakal ibu, berikut adalah beberapa resepi yang Chetam ambil dari Restoren Pak Amir.

Dari Puan MaliniDevi

Apabila baby mencecah 5-6 bulan, kamu boleh beri dia cereal atau bubur nasi...sekali-sekala anda boleh beri dia bottled strained fruits. This is baby's favourite food...

Sepertimana diketahui strained fruits amat mahal dan merupakan makanan kesukaan baby, 1 botol harganya sekurang-kurangnya RM2.30 hingga RM2.50...sekali anda buka botol mesti habiskan dalam 24 jam..dan kuantitinya amat sedikit...

Ok Sekarang I ada recipe untuk membuat strained fruits...hanya ambil masa selama 5-8 minit..Cepatkan dan paling penting senanggg...

Applesauce

1 buah apple merah manis.....buangkan kulit dan bijinya..potong ikut sesuka hati...

Masukkan ke dalam pot dan masukkan air...sekurang-kurang separuh drpd pot Biarkan ia mendidih and tutupkan api..Masukkan kedalam blender dengan sedikit air sahaje..dan kisarkan ia hingga
halus..jangan kisar dengan terlalu banyak air..Nanti ia jadi jus pulak...

So recipe ini sudah complete..boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hari saje...Kalu nak beri pada hari yang kedua...panaskan betul-betul..


Cereal Carrots & Sweet potato

1 biji lobak merah & 100 grm ubi keledek yang warna oren yang rasa manis
sedikit susu baby
3 camca besar cereal

Kukuskan lobak merah dan lobak merak hingga lembek
Kisarkan sehingga halus (gunakan blender)
cereal mesti dicairkan dengan susu secara asing
kemudian masukkan cereal + susu kedalam kisaran lobak merah dan ubi keledek.

Gaulkan serata-ratanya
Pastikan ia bukan terlalu pekat..sekadar boleh dimakan oleh baby

Dari Madam Khim

When my son was 4 months old. I used to make chicken essence/beef essence to cook with porridge. He was a fussy-eater and does not like anything else in his porridge. To make the chicken/beef esence :-

1) Fill one big pot with some water and place a smaller pot or soup bowl inside (this bowl should be empty).

2) Roughly mince the chicken/beef.

3) Place a plate upside down on the inner pot/bowl. The plate should rest on the rim (or about 1-2 inches lower) of the inner pot so that the essence will drip into it.

4) Arrange the minced meat on top of the over-turn plate and start to boil for 2-3 hours. Use this essence to cook porridge as normal.

I usually make about 1 kg of meat and store the rest ot the essence in the freezer in ice cube trays.

Dari Puan Siti Salwa

Umur 5 Bulan- lapan bulan
As a start baik U jangan add terlampau banyak benda dalam makanan baby U. The best is bubur nasi plain or choices of mashed potatoes or mashed sweet potatoe or mashed peas etc. Ade stages of food type depending on the baby's age. Kalau U beli Gerber/Heinz baby food dalam jar ade tulis. Ade mashed carrot/sweet potatoe/peas/peach etc. Baik la kalau U buat sendiri je lagi berkhasiat & fresh. Cuci sayur-sayur tu and rebus lepas tu lenyek.Jangan add ape-ape garam @ gula. Tak sesuai untuk sistem penghadaman baby yang masih belum matang. Tapi bagi one type at a time. Bagi mashed carrot saje ke etc. Jangan campur adukkan banyak-banyak jenis.

Semakin baby besar bolehlah gradually add jenis-jenis makanan yang sesuai ngan baby. Tapi jangan campurkan garam, gula @ bahan perasa dalam makanan baby tu sampai at least umur dia setahun. Itupun sikit bukan terasa macam makanan orang dewasa.

Bila dia dah sembilan bulan antara menu:

1- Beli Rangka ayam, masukkan sekali beras, carrot, brokolli @ bayam rebus sampai masak. Boleh Buat asing atau campurkan semua sekali. I suka buat sekali rase lebih sedap.

2- Rebus ikan bilis then ambik stok dia buat sup sayur(carrot/brokolli/bayam).campur sikit isi-isi ayam atau fish ball(better buat sendiri).Goreng bawang then tabur dalam sup & add in daun sup daun bawang.

3-Buat sup ikan merah ,tumis sikit bawang2 then add ikan & sayur. Make sure segala makanan baby ade sayur so that dia kekal suka makan sayur sampai sebab most babies takmau makan sayur bila dah masuk umur 2 tahun sebab tak biasa dari awal-awal pemakanan

Dari Puan Suhaily Hasnan

Bubur kentang with kismis
3/4 cup of beras (beras direndam semalaman so tommorow morning boleh terus basuh and ramas bagi hancur sikit, so memang cepat masak)
1/2 biji kentang kecil
21 biji kismis (very good for brain)
air secukupnya

Bubur carrot with brocolli
3/4 cup of beras
15 ekor ikan bilis
1/4 carrot
sedikit brocolli (agak-agakle...)

Mashed potato with milk
Rebus potato sampai masak....lepas masak...basuh cepat-cepat ngan air sejuk sebab insyallah.. senang nak kupas....pastu grind (blend ngan blended) sampai halus....and campur ngan sedikit susu formula.. memang sangat sedap...

For bubur nasi....you can exchange the sayuran very often so that..adalah varity...contoh sayuran yang very good for baby is green sayuran (cos have a lot of iron) cth: sawi and bayam. And than bunga kobis...baby corn, sweet potato, lentils, etc.



Berikut pula resepi dari Melayu.com

Dari Kak Liza

mee/pasta sup
rebuskan mee atau pasta sehingga lembut dan buat sup ayam. Bila nak suapkan makan barulah dicampurkan so taklah mee tu kembang..pelbagaikan warna dalam sup tu..

sup ayam
ayam direnehkan dengan kentang dan carrot..taburkan daun bawang dan bawang goreng...

sup sayur
tumiskan sayuran saperti carrot, brokoli, tahu lembut/udang [ dibuangkan kulit]/ayam/daging sikit..masukkan bawang goreng..

mee hailam [jgn masuk cili lansung]
tumiskan mee, kuatiaw dengan sayuran hijau [potong kecil] dan kicap..

scrabble egg..
mcampurkan susu segar dan telur + garam..masakkan dalam kulai/non-stik pan dan hancurkan...pastu diced carrot/celery/kentang yg dah dikukus/rebus lembut...

kueh2 jenis kukus yg kurang manis
saperti kueh lapis/talam..puding roti /apa-apa pun...

yogurt
campurkan yogurt ngan buah2 lembut yg di potong dadu kecil

gorengkan ikan/hati ayam
goreng bawang besar dengan hati ayam, makan ngan plain bubur nasi ..bukan kata anak.. sure mak dia pun terlioq sama...

Puan Haryani Liana

Boleh cuba resipi yg disyorkan oleh doktor utk baby saya.
1. Kentang rebus yg sudah diblend (macam yg jual di KFC, tapi tanpa sos) + sedikit butter,
2. Bubur nasi + tauhu yg siap direbus + udang/daging/ayam/ikan bilis,
3. Sup ayam/daging + sebiji bawang besar (boleh beri dia minum) note : ayam boleh dicarik kecil2 + bubur nasi.
4. Telur merah + bubur nasi + lauk udang/ayam/daging/ikan bilis,
5. Pisang rebus (kemudian lenyek pisang tersebut).
6. Mushroom soup (buat sendiri seakan-akan Champbells soup).
7. Makanan lain yg biasa; bubur + sayur bayam / carrot / sawi + lauk
8. Untuk minuman, kita boleh bagi dia minum air kotak soya bean (most prefered Bonus). Kalau masa dia demam pulak, boleh buatkan dia air barley tanpa gula.
Nota : Semua makanan tak perlu letak garam. Kalau dia ada alahan pd seafood atau telur, boleh offer slowly, kalau tak boleh juga; hentikan dulu. Makanan & minuman ini semua dpt dari Paediatrician baby saya, so don't worry pasal ok ke tidak, sebab semua dah pernah buat utk baby saya. Selamat mencuba.

Petua dari Puan Puti Mazura

For your info. kentang tu makanan berangin is totally wrong. There is no such thing. Yang membuatkan angin tu is slow fermentation of certain types of food in your tummy e.g. kekacang. Untuk baby below age of 7 mths, nasihat saya, jangan bagi any food apart from breast milk and formula. Ini untuk jaga perut dia yang tender tu. Lepas 7 months boleh lah mula, but mix with lots of milk/water. Plant based is best. Jangan bagi complex protein (meat based food)until baby is 10 mths. Sebenarnya solid food ni differ from baby to baby. But it is best to stick
to milk until dia dah tumbuh at least 6 batang gigi.

Petua dari Suhaily Hasnan

so for babies under 6 months old tu dinasihatkan janganlah kasi makan kentang dulu okay...carrot (a lot of Vit. A which is good for eyes) and sawi are the permulaan untuk dicampurkan dengan bubur nasi diorang...satu lagi...telur tidak dinasihatkan utk diberi pada babies under 1 year old esp. the yolk (eventhough telur is very high in protein)...bukan apa...takut allergy pulak...and one more thing...jangan sesekali letak garam, gula and serbuk perasa (cth: Ajinamoto)...becos the serbuk perasa is very bad for their brain development...cepat jadi pelupa nanti.... (for your info. memang ada mothers yang letak serbuk perasa ni dalam food babies...kesian sangat kat baby tu...). Gives honey sekali sekala pada anak you...cos honey banyak vitamins dalam tu...Rasullulah pun kata honey tu penawar segala penyakitkan....Hmmmm...for your info. since I pregnant for my first baby lagi...saya memang suka sangat investigate pasal babies development ni..tak kira lah through net, books or magazines...I find it so fun....Hope we can exchange ideas (especially recipe for babies food) okay... Bye!

http://chetambiz.blogspot.com/2005/07/koleksi-resepi-makanan-makanan-anak.html

Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi



Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.




Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.





Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...



Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan




Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.



Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.



Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.




Ini resipi Hanna pulak.
Masakkan bubur nasi macam biasa dengan kentang atau carrot. Masukkan semuanya sekali. Ikan bilis pula digoreng dan ditumbuk. Masa nak bagi Najwan makan hidangkan bubur nasi, dan taburkan ikan bilis goreng yang ditumbuk tadi. Pasti menarik selera. Insya Allah.
Ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehla kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...

Friday, August 26, 2011

selamat hari raye..

Just a simple hari raya wishes :-

anak ayam pasang pelita,
kucing ketawe bagai nk giler,
ayam n kucing 2 xde kene mengene,
sje nk ucap selamat ari raya.

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadzan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekan,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan

selamat hari raye,
maaf zahir dan batin

Tuesday, August 23, 2011

hujan yang turun...

Mari belajar melukis...

Salam..
Mari belajar melukis ye anak-anak ku. Dalam kepala mama ada macam2 idea nak ajar Fahda & Farah. One of it mestilah melukis. walaupun mama ni tak seterer baba. Anyway melukis ni one of my favorite hobby. Cantik atau tidak sesuatu lukisan/drawing tu sebenarnya adalah satu subjektif, pada mata yang melihatnya.

ok ni lukisan yang mudah untuk anak-anakku cuba...