Thursday, August 30, 2012

Bahaya Jantung Terhenti Tiba-tiba

Bahaya Jantung Terhenti Tiba-tiba
Oleh Ummi Nadiah Rosli

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Para peminat bola sepak Liga Portugis di Guimares teruja apabila kelab bola sepak Lisbon, Benfica, mendahului lawannya Vitoria S.C 1-0.

Dalam perlawanan yang juga disiarkan secara langsung di televisyen pada 25 Jan, 2004, pemain Benfica, Miklos Feher menerima kad kuning semasa waktu kecederaan.

Semasa semua kamera menumpukan perhatian kepada pemain Hungary ini di padang dengan tiba-tiba beliau menunduk ke depan, wajahnya berkernyut kerana kesakitan dan beliau terus rebah di atas padang.

Perlawanan itu terhenti dengan rakan-rakan Feher meluru ke arahnya untuk membantu dan kakitangan perubatan juga mula mengerumuni striker itu dan melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Rakan-rakannya di padang itu begitu terkejut. Tidak lama kemudian diumumkan bahawa Feher, pada usia 24 tahun, mati kerana 'cardiac arrhythmia', iaitu fungsi jantung terhenti dengan tiba-tiba (SCA).

Kematian mengejut Feher, yang sebelum itu kelihatan begitu sihat bukan kes terpencil. SCA berlaku apabila jantung terhenti tiba-tiba, dan merupakan antara punca kematian paling lazim di negara-negara maju.

Ia merupakan satu masalah perubatan dengan 350,000 kematian setiap tahun di Eropah dan menjejaskan lebih 400,000 orang di Amerika Syarikat, dan mewakili 63 peratus daripada kesemua kematian yang berkaitan dengan jantung di Amerika Syarikat.

Dan menurut Dr Razali Omar - Pengarah Unit Elektrofisiologi & Perentakan, Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, SCA membawa ancaman besar kepada semua.

BUKAN SERANGAN JANTUNG

Di sebalik tanggapan lazim, Dr Omar menunjukkan perbezaan penting antara SCA dan penyakit kardiovaskular lain.

"SCA BUKAN serangan jantung, yang dilihat sebagai masalah saluran darah tersumbat yang seterusnya menghalang aliran darah ke seluruh badan. Kekurangan darah menyebabkan otot jantung dan tisu granulasi (scar tissue) mengalami kerosakan kekal.

"Arrhythmia di sebaliknya berlaku kerana kepincangan sistem elektrik jantung. Jantung mempunyai sistem elektrik yang terbina di dalamnya, dan jika jantung itu tidak dikenakan kejutan elektrik dalam tempoh beberapa minit, kematian akan berlaku, dan hanya 10 hingga 20 peratus daripada mereka yang mengalami SCA terselamat," katanya.

Beliau menambah kata dalam sebuah jantung yang sihat perentak (pace-maker) semulajadi menyebabkan denyutan jantung, kemudian impuls elektrik melalui laluan tertentu dalam jantung, dan seterusnya menyebabkan jantung mengecut secara berkala untuk mengepam darah.

SCA berlaku apabila isyarat elektrik yang mengawal denyutan jantung terlewat atau terhalang.

IRITMA

Kegagalan fungsi jantung lazimnya berlaku kerana otot jantung rosak atau sudah regang, yang seringkali menjejaskan fungsi sistem elektrik yang mengawal pemasaan biasa denyutan jantung.

Apabila tubuh menyedari yang jantung gagal mengepam jumlah darah normal, jantung akan cuba percepat aktiviti mengepam untuk memampas kekurangan yang berlaku. Otot jantung yang rosak boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah perlahan (bradycaria) atau bertambah cepat (tachycardia) atau tidak lagi secara berkala. Oleh itu, bukanlah luarbiasa untuk melihat pesakit jantung untuk mengalami SCA.

Lagipun, punca paling lazim serangan jantung dalam bentuk 'arrhythmia' dikenali sebagai 'ventricular fibrillation' (VF). Dalam VF, isyarat elektrik yang mengawal fungsi pam jantung bertambah cepat dan tidak lagi terkawal. Oleh sebab itu, ruang di bahagian bawah jantung iaitu ventrikel, mula bergegar (fibrilisasi) di sebalik mengecut.

Ini menyebabkan darah tidak lagi dapat dipam ke seluruh tubuh, yang memutuskan bekalan oksigen ke otak dan menyebabkan orang yang terbabit tidak sedarkan diri. Selagi tidak dikenakan kejutan segera untuk mengembalikan ritma berkala (menggunakan mesin yang dikenali sebagai defibrillator), kematian boleh berlaku dalam beberapa minit.

PEMBUNUH SENYAP

Bukan seperti kebanyakan masalah jantung yang boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom lazim, SCA merupakan pembunuh senyap. Saringan fizikal atau kecergasan lazimnya tidak dapat mengesan ciri-ciri yang boleh menyebabkan SCA, oleh itu ia juga boleh berlaku kepada individu yang sihat dan aktif tanpa sebarang rekod penyakit jantung.

Tetapi Dr Omar menjelaskan bahawa SCA bukanlah kejadian rambang dan kebanyakan mangsa tidak menunjukkan komplikasi berhubung kesihatan atau jantung mereka, walaupun mereka mungkin tidak mengetahuinya.

Beliau berkata apa-apa masalah jantung yang menjejaskan sistem elektrik jantung boleh menyebabkan 'arrhythmia'. Ini termasuk tabiat merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, penggunaan dadah tertentu dan sehinggakan tekanan emosi.

"Sebanyak 80 peratus daripada pesakit arteri koronari (keadaan di mana arteri yang membekalkan darah bertambah sempit atau tersumbat), 15 peratus daripada mereka dengan otot jantung berpenyakit dan 5 peratus daripada mereka dengan penyakit sel jantung menghadapi risiko tinggi terhadap penyakit ini. Sebanyak 75 peratus daripada mereka yang mati kerana SCA menunjukkan tanda-tanda serangan jantung pernah berlaku sebelumnya."

Dan tanpa sebarang amaran awal, 95 peratus daripada kesemua mangsa SCA akan mati di tempat kejadian, dan di Amerika Syarikat lebih 70 peratus daripada mangsa VF mati sebelum sempat sampai di hospital.

KEJUTAN PENYELAMAT

Melihatkan ketiadaan simptom, pencegahan merupakan pilihan berkesan dalam mengurangkan statistik bagi kematian SCA.

Terdapat beberapa pilihan, kata Dr Omar, antaranya ialah 'automatic external defibrillator (AED)' yang merupakan sebuah peranti elektronik bimbit yang menghentikan 'arrhythmia' dengan mengejutkan jantung. Ada negara yang menyediakan AED bagi kegunaan awam, khasnya di tempat-tempat awam seperti taman, sekolah dan pusat sukan.

Cardioverter defibrillators (ICD) yang boleh diimplan, sangat berkesan dalam mencegah SCD bagi mereka yang berisiko tinggi. ICD yang ditempatkan di bawah kulit, memantau jantung untuk mengesan apa-apa ritma luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik untuk mengembalikan ritma jantung. Ia juga boleh berfungsi sebagai perentak jika jantung berdenyut terlalu perlahan.

Bagi kegagalan jantung kongestif yang disebabkan oleh komplikasi berkaitan otot jantung, terapi penyerantakan semula kardiak digunakan. Terapi ini menggunakan sebuah perentak khusus untuk menyelaras semula fungsi ventrikel kiri dan kanan pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

PERLU BELAJAR CPR

Setiap saat penuh bermakna bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami SCA.

Sementara lebih 70 peratus daripada semua mangsa serangan jantung diselamatkan oleh 'defibrillator', Dr Omar menasihatkan supaya setiap orang belajar CPR yang boleh membantu jika tiada defibrilator berdekatan.

"Sudah pasti, CPR boleh menyelamatkan nyawa, dan penting untuk mengekalkan integriti otak bagi mangsa-mangsa SCA. Tidak kira anda pelajar sekolah atau warga emas, CPR harus dipelajari oleh semua. SCA boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja."

Dengan demografi pesakit pada Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan menunjukkan bahawa usia minimum bagi kegagalan jantung di negara ini ialah 18 tahun dan yang tertua ialah 100 tahun, adalah wajar kita memberi perhatian kepada masalah ini.

-- BERNAMA

love of my life...


Hanya satu enjin...


Jantung mengawal seluruh sistem peredarah darah kita ....

Untuk menjadi cergas dan menepati tugas mengepam tanpa henti, jantung kita perlu

* Berdegup sebanyak 70 kali seminit, 100,000 kali sehari
* Mengangkut 7200 liter darah sehari

copy from http://www.jagadiri.com/

Saturday, August 18, 2012

Berat bahu memikul...

Sebaik saja selesai operation, doktor memanggil suami & anak sulungku masuk ke operation theater. Doktor merangkan ape yang telah terjadi sepanjang operation tu.. bagaimana pacemaker dan 2 wayar sambungan ke jantung ku.. dari screen xray memang nampak jelas 2 wayar, macam menari2 mengikut degup jantung ku.. 2 wayar tu kini berada di pembuluh darah ku & bersambung di jantung... scary.. tp aku tak rasa ape-ape ketika itu. bius masih lagi menahan aku dari merasa kesakitan.. dan aku teramat lemah ketika itu. 

Sebaik saja dibawa keluar ke bilik wad, barulah seksaan bermula. mungkin bius sudah hilang sedikit demi sedikit. Dr kata aku akan boleh berjalan selepas rehat sebentar,.. ya alhamdulillah aku boleh berjalan selepas 4-5 jam pembedahan. tp aku berjalan senget. bahu aku semacam memikul satu beban.. seberat lesung batu. menyebabkan rasa tidak selesa sangat. di atas katil pun aku tak boleh bangun sendiri.. harus dipapah agar dapat duduk di atas katil. namun duduk pun tak lama sbb beban yang aku katakan tadi. sudah lah berat.. sakit pulak tu. tak putus2 aku berzikir minta pertolongan daripada Allah. Minta yang Maha Berkuasa permudahkan segalanya...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..  ya.. memang sangat berat. bayangkan meletak lesung batu di atas tulang selangka di bahu.. beratkan?

Wednesday, August 15, 2012

Allah merancang segalanya..

Sesungguhnya Allah merancang segalanya..
Yang terbaik itu datang daripada Allah..
Yang buruk itu datang dari kelemahan & kekhilafan diri ku sendiri...

Tuesday, August 14, 2012

Kubur

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Bukan mimpi yang indah..

Ianya berlaku begitu pantas.. Kuasa Allah yang mengubah segalanya, mengubah segala perancangan ku dalam masa terdekat ini.. dann jugak effectnya sehingga ke hujung nyawa aku... seakan aku bermimpi dan bila tersedar ternyata ini bukanlah satu mimpi yang indah, dan juga bukan mainan tidur ku..

Tak pasti apakah perasaan ku ketika ini...

Tuesday, August 7, 2012

Pengsan or blackout?

Pengsan 

or 

blackout?

cardiac arrest? seizure? heart attack?

Baru jumpa doktor hari ni kat klinik kilang.. doktor check blood pressure.. quiet low katanya. But really i'm OK. lepas pass out hari tu terus buat kerja macam biasa mcm tak ada ape-ape yg berlaku..

Doktor cakap may be your heart skipped beat, oksigen tak sampai otak. I bg surat you pergi hospital ok? dont wait.. do you know what is it means of blackout / collapse? meaning your heart disfunction, your heart failure! It is serious! You go to hospital. explain as what you've explained to me.. they should know what to do..

hmm.. aku terdiam.. OK..

ada few term yg dr cakap aku tak faham... cardiac arrest.. seizure.. heart attack aje aku tahu.. heart attacke ke?  Whatever it is, it's not good to hear that.. jauhkanlah.


A cardiac arrest happens when the heart suddenly stops pumping blood around the body.
A seizure is the physical findings or changes in behavior that occur after an episode of abnormal electrical activity in the brain.
A heart attack occurs when blood flow to a part of your heart is blocked for a long enough time that part of the heart muscle is damaged or dies. 



Doktor cakap sangat serius.. sampai aku jadi takut... memang terfikir gak.. kalau semalam jantung terus berhenti, maknanya aku dah arwah. Tinggalkan anak-anak aku.. keluarga.. duniawi.

Is it sign for me?

Anyway hari ni tak pergi jugak, sbb ada meeting dgn vendors. so esok baru plan nak pergi hospital.

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

Semalam tiba-tiba terajin pulak nak buat puding.. alaaa puding aje.. small the matter.. 
Cubalah ye.. sangat sedap... resepi ambik dari blog AlongRoz@HomeKreation.

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo) 
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Monday, August 6, 2012

Pengsan?

Something strange happened to me this morning.

Sedang tunjuk ajar fahda buat revision sains. lepas tu suruh dia buat exercise dalam buku. While waiting for her to finish the exercise, bacakan buku teddy bear untuk baby. tiba2 rasa sakit dada........ [ blank... ]

sedar-sedar, aku terbaring atas tiles yg sejuk tu & baby tengah main-main dengan rambut mama.. kepala rasa sakit sangat, bukan sakit sebab pening. sakit kepala sebab benjol terhantuk lantai. Aku cuba ingat ape yg dah berlaku.. fahda pulak masa tu baru aje habis exercise..terus aku tanya fahda.. ape yang dah berlaku? Fahda cakap mama tiba-tiba tidur lah..

Oh ye ke..? bila masa pulak mama plan nak tidur.. weird..!


walaupun dari sahur tadi tak tidur tp aku tak mengantuk lagi. Cuba ingat lagi... last sekali yg ku ingat...
1. sakit dada
2. ----- ape dah jadi? --- 
3. sedar2 terbaring dah...

what happened..? ape yg terjadi in between 2 kejadian tu... adakah aku pengsan? pitam? what happened?

kepala aku bengkak.. kalau pegang memang sakit sangat.. tu yg pelik tu.. dari mana datang bengkak tu.. so conclusion yang aku buat.. aku memang pengsan.. sakit dada terus jatuh kesebelah kiri dan kepala terhentak ke lantai...Since fahda may be tak faham pengsan tu ape.. dia ingat aku tidur so aku tanya.. lama ke mama tidur? sekejap aje katanya selamba.. mcm tak faham kenapa mama ni pelik sangat.

peliknya... kenapa dgn aku ni.. too tired? No, i'm ok.. darah tinggi ke? ?? nak kena check darah esok kat klinik office..

so aku continue ajar fahda sains. tp sakit kepala aku ni tak tahan rasanya. terus suruh fahda ambik kain + air batu. lama jugak aku bertempek dgn air batu tu.. sampai aku tertidur. Bila sedar... sennyap aje.. rupanya baby dah tidur dalam buaian.. aikk.. bila pulak naik dlm buaian tu.. aku pengsan lagi sekali?

Tak lah... fahda yang tidur kan baby dalam buaian...

alhamdulillah.. boleh diharap fahda sekarang..

Ya-allah kau berkatilah aku dan keluargaku.. anak-anak ku.. lindungilah mereka...

Tapi misteri tu tak terjawab.. Hanya Allah yang tahu ape yang berlaku padaku. aku bukan dalam keadaan stress.. aku happy sbb main2 dgn baby, bacakan buku teddy bear... Hanya Allah yang tahu....

anyway.. kepala ku kini benjol di sebelah kiri.....