Tuesday, October 23, 2012

Cara anak belajar

Cerita pasal anak-anak.

Seorang kawan Opismate KR kata susah nak cari masa untuk spend time dengan anaknya. hmmm.. aku tanya, "Ape yang susah? balik rumah selalu buat ape? "

Katanya, " sibuk mengemas.."

"Selain mengemas? " tanya ku lagi,

"Mengemas jugak... " jawabnya.

"Takkan 24 hours mengemas..? " kataku lagi sebab pelik.

"Tak boleh lah tengok sepah2,.. susu tumpah, air tumpah. " katanya.

"Orang macam kau memang sesuai ambik maid. Cuba bersederhana.. accept kekurangan yg kita tak boleh buat semua. Husband buat ape?" Kata ku lagi.

"Husband pun jenis tak boleh tengok sepah2 ni tp takkan dia nak buat semua kerja mengemas tu.. setakat basuh baju ok lah.. " jawab KR.

"So what kalau husbnd tolong buat semua kerja mengemas tu..? Something wrong? Rumah dia jugakkan? "Aku mulalah nak provoke ni...

"Tak boleh.. tak boleh.. " Dia geleng kepala.

Aku tak tahu ape yang mengemas sampai tak boleh spend time tengok anak belajar... Mana lebih penting..? I've no idea tp aku tahu dia mmg seorang yg sangat perfectionist. so kotor sikit tak boleh. deerrrr... abis kalau anak dapat markah teruk tu perfect ke tidak? kena tukar attitude dapat B sikit tak boleh.. dapat A aje boleh.. hehe... tulah dia... bila result exam anak teruk dia mula lah bising.

Bagi aku, masa dengan anak lebih penting daripada pinggan mangkuk yang penuh dalam sinki, kotor2 sikit ape salahnya. Nanti anak2 dah tidur barulah ambik masa kemas2 sekejap.. husbnd kena tolong.. macam aku memang selalu mengelat nak basuh pinggan, sbb aku lebih suka luangkan masa dengan anak sambil lipat kain. So selalu aku akan cakap dgn husband aku daripada dia melangut tengok computer/surf internet, ada baiknya dia tolong aku basuh pinggan tanpa bnyk cerita.. So selalunya dia jenis tak banyak cerita, terus aje basuh pinggan. haaa senang sikit. so baru lah hidup ni balance.

Kalau Fahda cakap exam lagi 3 minggu.. aku dah mula buat schedule untuk dia. Ajar dia buat time table sendiri, mana yg susah, mana yg senang semua aku tanya dia dan akan setkan untuk dia. Kadang2 duduk berbincang emak anak sebab nak set time table aje... Namun, kadang2 dia menunggu juga mamanya, "Hari ni nak belajar ape?" walaupun dalam time table dah tunjuk subject yang dia kena belajar untuk hari tu. Ternyata as parents, kita kena guide anak kita, walaupun semuanya dah depan mata tapi still dia nak sentuhan mamanya. Anak mama... Semoga berjaya dalam ape yang diimpikan ye..

Yes, kdg2 aku pun terpaksa belajar ape yg ada dalam buku teks, sebelum dapat ajar fahda. Tak rugi pun. knowledge. Aku siap ajar Fahda mcm mana nak ambik nota penting, buat simple note, mind map, kdg2 buat atas manila kad & tampal kat dinding. Itu semua effort yang boleh aku buat untuk memastikan anak aku belajar dengan cara yang betul. Dengan ini barulah aku tahu kelemahan anak aku dalam subject ape, bab ape dan aku boleh bagi lebih latihan, more and more sampai dia betul2 faham. Kalau buta2 kita serahkan pada dia untuk belajar sendiri, alamat tak ke mana lah jawabnya.

Sesungguhnya anak-anak memerlukan bimbingan dari ibu bapa.

So parents.. show your effforts, ok?


No comments: