Friday, October 28, 2011

Cuti panjang to do list...

Cuti panjang ni aku tak buat ape-ape pun sebab baby demam, birthday fahda, penat picnic kat ulu yam, & blaa.. blaa seribu alasan. hehehe.. Ini lagi 3 hari nak habis cuti baru nak buat to do list. Tak de motivasi langsung...! but then +ve dear...


Pagi ni aku akan list kan perkara2 yang harus kubuat & disempurnakan sebelum habis cuti panjang ku ini..
1. Kumpul baju kurung lama & baru yang aku tak nak pakai lagi. Pack untuk didermakan.
2. Kumpul majalah lama & letak di satu tempat.Sekarang ni bersepah di banyak tempat. Aku pun tak tahu nak buat ape dengan majalah lama ni..
3. Clearkan meja computer, penuh dngan barang kraft Fahda sampaikan aku nak menaip pun susah.
4. Pack buku sekolah Fahda tahun ni. Exam dah habis.. so sekarang pergi sekolah pun berlenggang aje. baik aku siap2 kemas...

tu aje kot buat masa ini. kalau bnyk2 list pun belum jamin boleh sudah semuanya... So tinggal 3 hari aje untuk aku settlekan semuanya... Bukan ambik masa bnyk sangat. Walaupun cuti panjang, tapi nak curi masa mengemas tu pun susah sbb ada baby yang asyik nak mengadap mamanya ni.... so kalau tak set target macam ni sure aku lepak2, layan baby, belek2 baby aje sampaaaiiii habis cuti. Sedar2, esok dah kena pergi kerja.. tak ke rugi masa emas yang berlalu pergi....

Thursday, October 27, 2011

rumah kecik pun problem ke?

Kelebihan tinggal di rumah yang kecil aka apartment yang berkeluasan kecil... I'm tryng to figure out kelebihan & kekurangan tinggal di rumah yang berkeluasan kecil. Kenapa..? adalah sebabnya...

advantage :
1. Bil api/ air semestinya less. tetapi terpulang jugak pada isi rumah tu. Kalau rumah kecil tp orang ramai cam ner pulak? anyway as for me, bill api air tak sampai RM50 pun sebulan....

2. Kalau nak beli furniture tu fikir 10x mana nak letak perabut2 baru tu. atau mana nak dicampak perabut2 lama ni. So selalunya takkan beli selagi perabut lama boleh digunakan.. again.. we save the $$$$. It's true. aku dah semakin kurang membeli barang2 tak perlu.

3. kalau nak cat rumah tu, everyyear pun boleh, sbb keluaasan rumah tak seberapa.. tak dpat tukar perabut, kita tukar cat rumah pun jadilah.. for me, selalu tukar cat ruang tamu aje. less RM100 pun...

4. Less to maintain & clean.. yappp.. ini sangat setuju!

5. Less is more..

Disadvantage :

1. teringin nak rumah bertanah sebab aku tak larat nak turun naik tangga. ada lif pun malas nak naik lif sbb malas tunggu lif..

2. kalau buat birthday party or open house, rumah ku packed giler. ada ruang untuk berjalan sahaja itupun kena cakap tumpang laluuu... hehehe..

3. tak de ruang untuk bercucuk tanam.. ceehh ape benda yang aku nak tanam tu.. terpaksa minta adikku tolong semai kan pokok2 cili, & sayur dalam pasu bunga kat rumah mak.. hehee
anyway, segala yang di atas ni adalah atas buah fikiran ku sahaja. Orang lain mungkin lain pulak caranya.

4. pintu rumah terpaksa sentiasa tutup. sebab orang lalu lalang depan rumah. kalau nak bukak sliding door aje lah...

actually bnyk lagi tapi aku malas nak fikirkan yang -ve. hidup mesti selalu berfikiran +ve. so kena satisfied dengan ape yang kita ada sekarang, buat adjustment to fix and suit with the environment.. rumah kecik pun problem ke? For me, not at all...


dapur kecik...

living room pun kecik..

Boleh ke macam ni... ??

Tuesday, October 25, 2011

Farah's 10 months

Baby 10 months
  • dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah. Kecik & comel aje
  • suka menjerit
  • dah tahu merajuk kalau orang sergah heppp!!.. ambbbboooiiiii.. tiba-tiba aje kang menangis. Hehe very sweet.
  • dah pandai nak melekat dengan mama. Susahnya nak pergi kerja. So selalunya atuk kena dukung farah, tunggu depan pintu, babai mama sampai mama gi kerja. OK pulak tuh.. tak nangis pun.
  • tak duduk diam. Ligat explore satu rumah… tp kalau mama hilang dari pandangan dia terus nangis..
  • Susah nak tidur malam… lampu dah padam pun masih nak merayau. Terpaksa kakak angkat letak atas tilam. Lepas tu merangkak lagi ke sana ke mari, ikut bilik mana yang lampu masih ON. Bila lampu semua dah off baru lah dia nak tidur.
  • Tidur paling nyenyak antara puku 5 pagi hingga 8pagi. Time tu memang susah nak kejut dia…
  • menjadi perhatian walau kemana-mana pun pergi. Sebb muka nya bulat, bulu mata lentik dan bibirnya yg kecik tu.. Semua orang akan tegur.. eee comelnya baby. Semua org akan ambik peluang nak dukung baby. Diorang tak tahu mama ni pun memang penat dah dukung baby. 10kg ke sana ke mari.
  • Gaduh dengan Arief, anak along. Heheh finally dua-dua nangis.. garang budak kecik ni…

Wednesday, October 19, 2011

Azura.. you are too nice!!

Azura,

Don't be too nice to people..
I don't want any scapegoat again,
or do you wanna be a scapegoat?



I dont want this to happened...
You really make me upset!
Mistake is mistake buuuuttttttttt..
there's a way to recover.
Cover is not just keep quite and keep it to yourself.
Cover by doing follow the procedure dear..!!!


after all,
what is right is right
what is wrong is wrong
so why keep hiding?
face up and fix it.. follow the procedure..

This is may be his last advice too me. he will resign soon but i really regret that i make him upset for what happening today. I've made mistake that like he will never forgive me.

I will remember him.. He's the one who make me realize that I am too nice that orang senang pijak kepala i. By the way, I hope my boss will give me so extra point for bonus for my kindness...Penat cover mistakes orang lain.. last2 aku pulak yang kena.. huhuuuu... sakit mata dah menangis! Tak pernah lahnya aku menangis pasal kerja.. Take it positively dear... Amiinn...

Friday, October 14, 2011

Appile in a family..

I'm waiting for my turn... bila my 2F dah besar panjang nanti..
bila dah pandai meminta itu dan ini...

I guess this is how my hubby looks...

Tuesday, October 11, 2011

Jika ia sebuah cinta...

ia tidak akan menyiksa,
tapi mengisi..
ia tidak akan memaksa,
tapi mengerti..
ia tidak akan datang dengan kata,
tapi menghampiri dengan hati..
ia tidak akan datang karena permintaan,
namun senantiasa hadir karena ketulusan hati..
ia tidak akan hadir karena kekayaan,
tapi akan hadir karena pengorbanan dan kejujuran..
bukan mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
tapi.....
belajar mencintai orang yang tidak sempurna,
dengan cara yang SEMPURNA !!!!!!!

Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012

Berikut adalah nota-nota penting pada Belanjawan 2012 kali ini :-

Yuran sekolahKerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Simpanan persaraan – KWSPCaruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Wednesday, October 5, 2011

Salam...

Entry kali ni tak de tajuk. MALAS! kepala berkecamuk banyak sangat benda nak buat. kat office, kat rumah..

Di office, project sedang peak season, migration data, confirmation on SRS, Bonus evaluation, tecnical skill, etc. Everything in one shot! tak tahu nak bahagikan diri  ni mcm mana. aduhai.. Tengahari tadi pulak, bro Khalid call tanya pasal backpay. What??.. adoi rasa nak patah pinggang ni. Takkan bulan ni kot... really fedup pulak rasanya. waaaaa... Oleh sebab itu, aku melarikan diri ke project room. tak mahu dengar all the rumors.. last2 aku yang kena buat. tak mahu.. tak mahu...! Pas tu ada org tu nak resign pulak.. dah.. ke mana kah tempat ku mengadu nanti.. oh boss please...

Di rumah mmm.. seperti biasa tak de lain rumah bersepah. Yang ini aku redha.. memang tak daya lagi. Nasib baik last Monday dapat balik awal sikit so sempatlah menyapu, vacuum & mop lantai. Yang lain2 tu aku surrender. nak panggil weekly maid pun tak sempat.. cam ner nya kalau tiap hari sampai rumah pukul 9.30mlm and keluar rumah 7 pagi setiap hari.... I guess anak2 aku pun membesar di luar rumah nampaknya.

Next week pulak fahda dah nak start final exam. next gak aku ada system verification. mahu balik lambat ni. Ya-Allah, bagaimanakah caranya ingin aku mencuri masa sekejap untuk anak-anak ku.... I dont know will happened to me soon. I'm so tiredd.... dalam kepala da mcm2 perancangan. tp semuanya hanya menjadi rancangan yang kekal di kapala ku.. yang tak mampu aku zahirkan lagi. Sesungguh nya di kala ini 24 jam memang tidak mencukupi bagi ku.....

Ya-Allah
Permudahkan urusan seharian ku..
Permudahkan jua jalan untuk ku mencari redha Mu.
Berkatilah perjalanan hidup ku...
Amiinnn...

Monday, October 3, 2011