Saturday, November 24, 2012

Preview Budget FY2013

better i list down sebelum terlupa...

Berikut adalah perancangan perkara2 penting yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, yang akan menyebabkan duit keluar bak air sungai mengalir selepas hujan lebat... pastinya sangat deras dan laju!!  :-
- Yuran sekolah Fahda
- Insurance Fahda (tertunggak 2 tahun lepas my agent passed away, dah lah kena bayar lumpsum 2 tahun)
- kereta baru
- produk samsung (tak penting pun, tp saja letak sebagai target)
- Road Tax kereta

Next year expenses bulanan akan bertambah seperti berikut :-
- astro tambah RM20 ( sbb tukar ke beyond, so kena langgan extra channel selama setahun, astro lama rosak, kena petir, adik2 ku sila lah top up..)
- monthly payment kereta RM400
- monthly deduction sampai bulan August RM1000 - for operation.
- may be fahda transit nursery + van + baby nursery RM450

so total RM2000.. ? erkkk.. tercekik jugak.. actual expenses sekrg pun dah RM1000 lebih... cam ne nak arrange ni.... bnyk dapat claim, banyak jugak yang keluar. itu kalau nasib baik dapat claim, kalau tak dapat?

Tabungan next year
- simpanan bulanan tidak akan berubah, masih macam tahun ini dan mungkin akan bertambah sikit...

ape lagi...

sabtu yang tidak produktf

Hari ni hari sabtu, sepatutnya cuti. Tapi company suruh datang kerja pulak, sebagai ganti cuti masa minggu Deepavali + Maal Hijrah. So kena lah kerja.. sempoi sangat sbb pakai kasual, office lengang sebab ramai yang ambik cuti hari ni. Bosses pun ramai cuti apetah lagi anak buahnya.. memang tak produktif langsung. Sempat update blog lagi..

So untuk elak bosan aku dah target hari ni nak prepare semua dokumen untuk submit to insurance claim, & dan jugak claim dengan EPF. Alhamdulillah dah settle dah. Next week nak cuti 1 hari untuk submit semua form tu. Banyak tempat nak singgah nanti :-

ambank - submit form
mcis - pay 5k for insurance fahda
epf - submit form
maybank - transfer cash to ASB, ambik card credit.
call takaful mortage plan - cancel policy sbb rumah SA2 dah jual, so boleh claim lagi..


satu hari round klang shah alam. harap tak penat sangat..!

semuanya aku nak claim, dpt duit claim tu baru leh fikir nak beli produk samsung atau tidak..

Wednesday, November 21, 2012

Trick Art Museum, i-City Shah Alam

Trick Art Museum, i-City Shah Alam
RM5 per entry.

adik2 ku ape lagi jom...!



Every Picture Tells a Story 

Fahda kusyuk bagi dolphin makan

bagi penyu makan lak...

Oppsss.. jangan simbah saya...

See baby... batman & robin nak selamatkan kita... help us, please!!



selamat RM425

Alhamdulillah, hari ini aku telah menyelamatkan duit poket ku daripada keluar ke bank-bank yang mengeluarkan kad kredit ku..Ngam2 bulan ni sepatutnya dikenakan Gov Service Tax RM50. So kalau 2 kad dah RM100 kan..

Bank1
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 130
Bank2
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 195
TOTAL 425

Total RM425.. banyakkan.. boleh buat belanja beli beg sekolah, dan buku2 sekolah fahda.

Tapi dengan sekali call & rekod kad kredit yang baik. alhamdulillah.. tak sampai 5 minit officer tu bermurah hati untuk tolak balik amount annual fee tu, sementara govt service tax tu aku tolak saja dari point.. RM50 untuk 10,000 points. aku jarang redeem so points memang berlambak. pernah redeem RM500 untuk kupon shopping tesco, giant, etc. boleh lah shopping free.

So kenalah rajin call orang bank ni...

Kad kredit ni memang berguna pada aku sbb aku bnyk buat auto-pay semua bil2 yang penting, bil air, api, astro, hp mak, hp hubby, hp aku.. so selalunya dekat RM600 per month kena bayar kad kredit ni. Senang guna auto-pay ni, cuma kena pasti kan deduction tu sama dengan physical bill. Macam tu lah aku control 2 kad kredit ni.. shopping & emergency guna kad bank A, bil pulak kad B & aku tak senang hati kalau tengok ada balance tak berbayar.. sakit mata, hati pun tak senang. That's the first thing yg aku bayar bila dapat gaji...

Terpulang masing2, ada orang tak boleh control.. tunggu bonus baru bayar lumpsum. tp tak perasan ke interest yang banyak tu merugikan anda. aku pernah ada sejarah kad kerdit cecah RM10K.. huhuuu sakit nak bayar. tapi aku gagahkan jugak. aku guna macam2 teknik untuk hapuskan hutang kad kredit. alhamdulillah dah settle dalam masa 1 tahun. memang ikat perut. tapi puas hati sangat.. duit tulah bawak keluarga gi naik ketobang ke Kuching, makan angin. ditambah dengan tak de ilmu masa tu tiba2 total RM10K. Now, aku dah ok dah.. balance sentiasa zero... dah tahu meminjam, kena lah memulang ye..So sekarang aku memang berkira & kedekut nak shopping benda2 tak patut...

Tahun depan aku agak sakit sikit.. bulan2 tolak gaji RM1000 untuk bayar balik hutang company, masa aku operation hari tu. Total operation fee RM26K, company support 15K sahaja. so 11K kena bayar balik lah.. Actually sama aje, semalam dapat bonus, lepas tu keluar balik bayar company. tp aku ambik option amik semua bonus & deduct salary RM1K tiap2 bulan selama 11 bulan.. sakit tak, rasanya?

insurance claim belum settle lagi, baru aje ambik medical report kat hospital hari tu.. may be esok lusa nak time off sekejap pergi insurance office.

banyak benda nak settle before new year 2013. kena buat list ni...

Tuesday, November 20, 2012

sangat bermotivasi

Hari ni quite adventure, first time in my life pergi kerja naik komuter from Kg Batu, KL (7.30 AM) to Padang Jawa (8:45 AM). lebih kurang sejam 15 minit masa anggaran. huhuuu...

Sampai di Padang Jawa, ayahanda dan bonda ku sudah menunggu, mereka on the way nak pergi ziarah rumah sedara jauh yang meninggal dunia, alfatihah. Sempat beli nasi kerabu 6 bungkus yang dijual di gerai tepi komuter ni untuk jamu kawan2 office, sbb kesian tengok family yang menjual tu..

alhamdulillah. sampai di office jam 9 pagi. OK just nice. sangat bermotivasilah hari ni, sbb nak bukak Maybank2u & tengok duit bertambah berjuta2 ribu.. ps : bonus masuk hari ni yeayy!!

anyway dalam komuter tadi sangat boring,

- perut lapar tekak kering, sbb tak sempat nak teguk air langsung sejak bangun tidur tadi.

- buku pun lupa nak bawak. so tak boleh lah nak sokong kempen membaca dalam komuter..
- handphone pulak cokia aje.. bukanlah smartphone (nak tukar ke ni.. dah dapat bonuss!). nak tidur mata tak mengantuk pulak.. jadinya mengelamun aje lah..

tiba2 dapat satu idea untuk call jiran ku tersayang tu untuk misi menyelamatkan rumah lelongnya ni... Alhamdulillah, semuanya dah settle.. bagus. mcm tu lah jiran. jgn ngelat2 tak bayar lagi ye.. kalau tidak nanti saya akan dapat jiran baru yg tak tahu bangsanya, agamanya... lkalau dapat penyewa foreigner depan rumah.. OHH nooo..!

walaupun hari ni sangat bermotivasi tp penyakit malas pun datang juga ye...

huuuu... mengantuk lepas makan nasi kerabu..!


Monday, November 19, 2012

Fantastic Monday

Another reason for fantastic Monday...



Great Mornings start with a FREE breakfast from McDonald's!


Pagi ni dengan gigihnya aku drive dari rumah mak mertua di KL ke office di shah alam. Jalan tak jammed, tapi kereta banyak. Bila jenguk lane sebelah from klang to KL, memang sangat jammed. agaknya macam nilah yang my hubby terpaksa tempuhi setiap pagi.. tak larat rasanya kalau aku yg kena redah jammed pagi2 mcm tu...

Masa drive tu dengar pulak iklan kat radio pasal McD free breakfast!! Ape lagi, sebelum sampai office, sempat singgah di McD.. Benda free siapa tak nak kan..Mulanya nak drive thru aje.. sbb staff McD yang tunggu kat depan tu kata boleh drive thru jugak. tp tengok panjangnya kereta q. mesti lama menunggunya. Tak naklah membazir minyak petrol ni kan, semata2 nak ambik free breakfast. You earn free breakfast but you lost duit minyak.. what's the point?

bukan selalu dapat peluang mcm ni...

So bila nampak parking kosong je cepatlah aku menyelit... Nasib baik orang tak ramai, sbb staff dia control kat satu pintu. Cuma 20 orang dibenarkan masuk buat satu2 masa & cuma mereka yang lalu pintu tu aje yg dapat kupon breakfast free. siapa yang lalu pintu lain, tak dapat lah... nak tak nak kena Q jugak..

Kat kaunter pun kena q sekejap, sbb ada yg order additional meal, air lah.. aku ambik yang free aje, tak keluar sesen punn... Minum air kat office aje laaa..  tak lebih 5 minit pun dr aku parking, berjalan ke kaunter, amik burger, masuk kereta balik... best day in my life.. chewaahhh!! hope dari pagi ni sampai ke petang, ke malam nanti semuanya besttttt aje ye... McD really make my Monday morning OK!!

kalau tak Monday morninglah yg tak best.. ape tah lagi lepas seminggu cuti yang panjang kan...

Benda free walau harganya tak seberapa boleh membuat hati orang yang menerimanya berbunga2 sepanjang hari.. insya-Allah...

tiba-tiba terbaca ni pulak...gulpp..!!

http://zulfikarhazri.blogspot.jp/2012/11/sarapan-percuma-benjo-mcd-dan-gaza.html


Siapa yang kerja kat organisasi besar, korang boleh imagine kan process nak wat satu2 event kat office bukannya ambik masa yang sekejap. Banyak procedure, budget untung rugi, media, promosi, print iklan, iklan tv, radio, shift staff setiap cawangan lagi... semua kena ambil kira. Benda2 mcm ni mesti dah planned awal tahun lagi.. so for me no big deals...

Pray for Gaza.
Pray for Palestinian.
Pray for all..

Friday, November 16, 2012

Rumah lelong buat hatiku susah...

ape nak buat ye...? semalam masa tengok postbox, ada iklan rumah lelong di apartment aku ni. aku tak tengok alamanya, sbb sibuk tengok surat2 lain yang ada. Bila sampai rumah baru belek. tp tak perasan lagi.. cuma dalam hati berkata2.. rasa macam nak belilah rumah ni, reserved price125K tak mahal lah kan..... so aku cuma imagine di mana letaknya rumah tersebut. STill tak perasan lagi... tp bila aku rasa macam tak kena aje dengan alamat rumah tu, cepat2 aku tengok balik kertas tu. lepas tu siap keluar rumah kejap & jenguk no rumah jiran, untuk memastikan aku tak salah imagine letak no rumah tu...



Masya-Allah... mengucap panjang aku.. rupanya... jiran aku aje... adoi... kesiannya.. ape dah jadi ni.. so aku cuba masuk internet cari iklan lelong tu... wahh ternyata semua iklan rumah lelong ada alamat jiran aku ni.. tarikh lelongan 27 Nov ni.. ada seminggu aje lagi...

Fahda awal lagi dah perasan sbb dia yg ambik surat2 tu dalam postbox. aku rasa macam fahda ada cakap tp masa tu aku leka sangat tengok surat bank.. huuu...

aku tahu jiran aku tu memang ada masalah kewangan, berenti kerja, lepas tu tukar2 kerja berapa kali ntah...  tp aku tak sangka sampai rumah nak dilelong... aku kesian kan anak2nya nanti.... macam mana ni...? walaupun aku ada plan nak beli rumah kat apartment ni jugak, tp aku tak sampai hati  nak beli yg neighbour aku punya ni.. tp kalau aku tak beli org lain akan beli.. Aku harap jiran aku ni cepat2 lah bincang dengan bank ye. Mungkin boleh call-off the auctions. Patutnya masa ada problem lagi cepat2 lah contact AKPK.. Ni kalau dah masuk lelong, maknanya dah taraf bankrupsi kan?

Lagi satu aku musykil sama ada dia tahu rumah tu akan dilelong.. sbb aku tengok status FB nya macam happy aje... aku try call dia, tp tak pick up. aku call dia kat rumah tapi tak berjawab walaupun aku boleh dengar suara anak-anaknya di rumah....

sebagai jiran ape aku nak buat ye...? ada idea tak?



Felda Sungai Klah Hot Springs

Cuti Deepavali lepas kami sekeluarga, 4 kereta bergerak dari shah alam ke Sungkai, Perak. Destinasi kami ialah Sungai Klah Hot Springs. Drive about 1 hours 30 minutes, baru sampai. okay sangat tempatnya... Everyone havng fun and puas hati. yang aku tak puas hati ialah tak dapat nak lama2 dalam air panas... detox loorrr...



Baby ku takut air... tp lama2 dah ok...!

ke mana2 pun nak bawa botol susu...!

Kami bermalam di Homestay CT, Sg Klah. Sebuah banglo 4 bilik.. sangat best. esoknya sempat menuai tanaman di kawasan sekeliling rumah...
macam balik kampung pulak. berderet kereta depan rumah..!

kalau nak booking, boleh gi url ni ye...

CT HOMESTAY

Boleh call dan bercakap dengan Tuan Haji Halim...