Wednesday, October 20, 2010

Diagnosis Kencing Manis

Oh dear.. tak sangka.. tidak ku sangka.. aku di diagnosiskan dengan kencing manis.. Mengandung dengan kencing manis sungguh berisiko. Lagi pulak aku diconfirmkan kencing manis masa nak masuk minggu ke 30. Apakah maknanya itu..?


Kata nurse, doktor.. Risiko nya kalau aku tak jaga diet ialah seperti berikut :-
  • Baby besar ~ boleh diadjust samada aku deliver normal ataupun c-sect.
  • Komplikasi masa beranak
  • Baby boleh cacat, effect buah pinggang, etc ~ Ya-Allah jauhkan lah..
  • Baby boleh mati dalam perut semasa kandungan cecah ke minggu ke-36
Ya-Allah selamatkanlah kandungan ku ini.. sihatkan lah dia dan permudahkanlah kelahirannya ke muka bumi ini Ya-Allah....

baca untuk rujukan :
http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/138-kencing-manis.html
http://www.hamidarshat.com/mengapa-perlu-induction-informasi-82.html
http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2008/06/bayi-mati-dalam-kandungan.html
http://ratuhati.com/index.php?option=com_kunena&Itemid=100004&func=view&catid=90&id=764&limit=15&limitstart=75


So tadi aku pergi consult dengan dietician klinik seksyen 7, shah alam. Dr Anuar.
  • Diet utk aku tak de adjust bnyk sangat. sbb aku memang control makan. Kurang makan nasi. Dah diberitahu oleh Dr Siti kat SALAM supaya aku control makan, jangan naik mendadak sangat.
  • Bab mengunyah gula2 tidak dibenarkan lagi, aku mengunyah gula2 sbb dalam mult ni selalu rasa payau.. 1 hari sampai 3 biji gula2 aku kunyah.. Nampak macam no big deals kan..? tp dr kata TIDAK!
  • Banyak minum air masak / suam ~ 2 liter sehari.. diakui aku kurang minum air. aku asyik cari air manis aje.. air sirap, air kordial, air kotak..tidak lagi ok?
  • Haramkan Gula dalam masakan..
  • Teh / kopi / milo diharamkan jugak... Kalau nak teh panas masa minum petang aje.
  • Boleh minum susu biasa (tak semestinya susu ibu mengandung) orang kita ni kolot sangat... susu kotak rendah lemak pun boleh, janji kurang guula... yang penting ialah kalsium yang masuk dalam badan kita.. bukannya gula. ni susu perisa madu lahh.. susu perisa coklat lahh semua tu utk lakukan produk diorang aje...  kata doktor.. baru kutahu.. huhuuu.. 

Aku rasa pasal makan ni aku tak de masalah sangat. tp pasal minum air ni masalah. sbb aku pntang tengok air manis.. air kosong tu tak boleh telan lahhh...tak pe.. akan ku cuba jugakk.. paksa juga demi kesihatan aku & baby.. Ini jadual aku yang telah diconfirmkan oleh doktor sbb kat office tu aku malas gi kantin masa lunch. panas, lauk pun tak fresh dah. aku prefer makan teabreak pukul 10 pagi.. so dr kata jadual aku OK.
  • Breakfast 8 Pagi : 45 gm karbohidrat = Oat 8 sudu + susu + madu 1 sudu tea / kismis 1 sudu tea
  • Minum pagi 10 pagi : 45 - 60 gm karbo = lauk ape2 aje.. ayam ikan + nasi 1/2 cawan  + buah + sayur
  • Lunch 45 gm karbohidrat : makan 2 keping roti + salad, timun , buah
  • Minum petang 3 pm 15 gm karbohidrat  : Dr tak advise amik mee hoon goreng, nasi goreng... kuih seketul je cukup tp jgn manis2.. goreng2 ok laaa
  • Dinner 8 mlm 45 -60 gm karbohidrat : oat + roti...

Oh ya.. esok kena buat BSP.. (BSP tu ape?) so malam ni kena puasa start dari pukul 10 mlm sampai esok pagi lepas ambik darah baru boleh makan... ingat esok nak check kat shiela sekali..

Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.... Amiinn..

No comments: