Wednesday, September 26, 2012

Pacemaker jantung ~ yang senasib dengan ku....

Sejak aku keluar hospital dan memulakan kerja lebih kurang 3 minggu yang lepas, sehingga kini ramai yang masih bertanya khabar aku. Mengenai cerita sebenar yang berlaku, ape perkembangan sekarang, ape khabar bateri ku..? bila nak expired? huhuuu.. sangat banyak. dan bnyk jugak ku dengar cerita mereka yang senasib dengan ku.

Basically jalan ceritanya hampir sama..

out of nowhere tiba-tiba pengsan sekejap 
-- berjumpa doktor
-- check-up 
-- operation masuk bateri. 

Doktor aku cakap ini penyakit orang muda.. yes majoriti nya orang muda.. yg hampir sebaya dgn aku, yang muda dari aku pun ada.. Just nak share cerita ni supaya korang semua dapat info yangjelas ye..


Cerita 1
Datuk kepada kawan. Di traffic light di hadapan balai polis, lampu dah hijau, nak tekan minyak jalan, tp tiba-tiba pengsan. tekan minyak sampai masuk ke balai polis, & pecah cermin balai polis tu.Bila datuk tu sedar, dia hairan kenapa boleh accident macam tu.. dalam balai polis lagi... Dia tak boleh ingat ape yang dah berlaku seminit yang lepas. tak lama tu pakai bateri.

Cerita 2
Doktor aku yang cerita. One of his patients pengsan while driving, & accident langgar pokok. nasib baik bukan langgar orang atau other cars. Bila sedar dia pun kehairanan macam mana dia boleh accident. Dia masuk hospital sbb accident to bila dia bukak cerita macam mana dia accident tu terus doktor suruh dia further check-up.. & finally masuk ke operation room untuk implant the pacemaker tu.. jantung.. oh jantung..

Cerita 3
Ini yang paling sedih sekali.. happened to my friend's cousin. Top student, baru grad & baru start kerja about 5 months. Stay dengan parents dia. Malam tu dia pengsan kat rumah, tapi malangnya dia bukan pengsan yang sekejap. so bila parents sedar dia pengsan, terus panggil ambulans. ambulan sampai about 15 minit.  baru buat CPR & guna alat penghentak jantung yang selalu kita tengok kat TV.. lepas tu baru dia sedar. tp too sad sebab dia lost his memory, lama sangat oksigen tak sampai ke otak. that's what doctor told me, kalau jantung tak berdegup for 1-2 second, no problem. 3 seconds you akan pengsan. comes to 4 seconds sama ada you akan sedar balik atau you langsung tak sedar... atau jantung you takkan berdegup langsung. sama ada sudah ajal atau belum masanya cuma jantung tu fail to operate balik.

So that guy kena pakai bateri / pacemaker. dan dia memang bergantung sepenuhnya pada bateri sbb bateri tu last for 5 years, kena tukar dah... so far dia dah 2 kali tukar bateri dalam masa 10 tahun. & kawan aku ni cakap, bila bateri tu dah nak expired, cousin dia memang nampak macam tak bersemangat, selalu lemah badan sampai dia tukar bateri baru.... and cousin dia pun sekarang tak kerja due to his lost memory and,  that's the real story! scary me...!

Doktor kata aku boleh guna sampai 13 tahun lagi. maknanya i'm not heavy user. Ape pun aku harus bersyukur atas dugaan Allah ini.. teringat kata ustaz, 35 tahun aku sihat walafiat tu tak syukur lagi ke? so bila umur 36 kena musibah ni kena syukur atas 35 tahun yang sihat itu... semuanya kena syukur & jangan menyalahkan takdir Allah.. Ada sesuatu hikmah yang kita takkan faham...

Cuma 3 cerita di atas sempat aku share, nanti aku akan share lagi ye.. sesiapa yang senasib dengan ku, sila lah comments di bawah...



8 comments:

Alieyz said...

Saya umo 34 nk masuk 35, tp sy pun dh ada kemungkinan kena pakai pacemaker. Betul kata ustaz tu. Kesihatan pun pinjaman dari Allah. Apa yg kita terima tu patutnya kenalah byk bersyukur ☺

angah said...

Betul...sy pn br je guna pacemaker tu...agk terkejut bila kita sihat, tiba2 pengsan n Dr kata kena masuk kn pacemaker dlm bdn...blur sgt2 masa tu.
emel me : syahida1809@gmail.com

angah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum,jemput ke pacemaker support group (Malaysia)..kita boleh berkongsi pengalaman dan maklumat di sana��

Unknown said...

Hi Azue, sorry nak tanya. Pacemaker cost berapa di Malaysia?

Anonymous said...

Sy masuk pacemaker masa umo 18 bulan 4 tahun 2010,,, now dah umo 26..8 tahun pakai...doc kata ad balance lagi 5.5tahun.. wallahualam xtau brapa kos akan dtg.. arytue kene 65k... allah saja yg tahu mati akal parent nak bayar banyak tue... now ayahku dah arwah..n ak kene usaha sendiri utk kos2 masa hadapan... maybe stiap 10tahun kene dlm 65k..so standby lah 70k utk stiap 10tahun... sapa yg rasa2 xnak terbeban dgn kos2 operation boleh whatsapp sy 01119948936.. insyallah Allah permudahkan segala ikhtiar yg kita buat...

Elviza said...

Boleh bg pandangan, husband saya umur baru nak masuk 40 tahun bulan 4 ni..satu hari dia rasa debar dada (nervous) dari pagi..kemudian ke hospital dan check ecg ok..tapi warded sebb kene buat holter test utk 24 jam..result holter test tunjuk sda satu bacaan degupan jantung berhenti 4.5 saat..tp husband tak rasa apa2..tak pengsan..hospital terus refer ke IJN..bila warded di IJN, heart beat ok selepas beberapa hari monitor..tp doc kata perlu pakai pacemaker sebb ada history jantung berhenti..so nak tanya tuan pengalaman pakai pacemaker sehingga kini..

danish said...

Saya pun guna pacemaker tetapi kekadang dada masih rasa pedih dan letih