Friday, September 7, 2012

Baru masuk kerja...

Baru minggu ni masuk office selepas 3 minggu bercuti hospitalisation. Alhamdulillah.. macam selebriti pun ada sbb ramai yang bertegur sapa dan bertanya khabar. Rasa macam pelik pulak.. Nampaknya jadi berita hangat aku masuk hospital & masuk bateri kat jantung. Sampaikan guard Nepal pun tegur aku.. "kakak dah sihat? bila masuk kerja?" Tahu pulak dia mana satu orangnya..

Masa hari Isnin - first day kerja hari tu aku memang exhausted tak terkata. pukul 4.30 aku dah balik sbb tak tahan keletihan yang amat sangat. Nasib baik flexihour. Sampai rumah mak dah hilang letih tu sbb tengok anak2 yang tersayang dengan macam2 karenah. tp bila sampai rumah aje, mandi dan terus tidur. Tak tahu kenapa macam tu sekali. kesihatan aku semakin teruk rasanya. sakit operation tu semakin terasa.. Mungkin diluar jahitan ok, tp di dalamnya tak tahu macam mana.

Hari Selasa dan hari seterusnya aku rasa macam ok sikit, tak lupa aku ambik Ikan Haruan Polleney. So sakit operation tu memang dah kurang. Kerja kat office pun sikit2 aku buat.. bnayak benda dah aku lupa. password segala system aku lupa.. haru.. nak buat script programming pun aku ingat2 lupa.

Insya-allah, semoga Allah permudahkan jalan ku.. Aku tak nak lah disebabkan battery ni semua benda tak boleh buat. performance drop.. aku akan tunjukkan aku semakin semangat bekerja. Anyway aku sedang mengarang surat untuk repayment operation / surgery cost aku hari tu.. company dah cover separuh, separuh lagi deductlah gaji aku.. Apepun aku bersyukur sebab company aku sangat menolong aku hari tu.

Lepas ni aku kena review balik insurance / medical card untuk2 anak2 aku..

No comments: