Sunday, September 9, 2012

Keputusan telah dibuat..


Finally... aku dan en suami telah membuat keputusan untuk besar dalam hidup kami.. Setelah berminggu berbincang dan semalam akhirnya semua telah terjawab. aku merasa satu kelegaan dan satu beban di hati yang tertanggung sekian lama semacam hilang begitu saja.. alhamdulillah..

Apa sebenarnya ye? Bukan ape-ape pun.. memang satu keputusan besar perlu dibuat. Kami berdua telah mengambil keputusan untuk tidak membeli rumah tanah buat masa ini disebabkan rumah di shah alam sangat melampau harganya. dan setelah survey kawasan sekitar pinggiran shah alam, Meru, Kapar, Jalan Kebun, etc harganya melebihi budget kami tp okasi sangat lah jauh dari shah alam. Tak sanggup rasanya berulang alik kerja setiap awal pagi, dengan anak2 ku yang mungkin akan tertidur sepanjang perjalanan ke shah alam.. Orang lain boleh kenapa aku tak boleh ye? hmmm.. bukan tak boleh.. tapi aku tak mahu!


Setelah berbincang, akhirnya kami cuma mahukan sebuah apartment sekitar shah alam sebagai 2nd house. Ianya sebagai investment untuk masa depan dan akan disewa, bukan kami yang bayar duit bank, tp penyewa yang bayar. Kami cuma keluar duit duit muka saja. Sewa apartment di shah alam mencecah RM1K sebulan, insya-Allah. Mahalkan...

Itulah harta peninggalan untuk anak2 tersayang, seorang satu apartment bila kami tiada di dunia ini kelak. Itu semua perancangan. Sejak didiagnosiskan yang jantung aku bermasalah, aku mula merancang harta2 ku. Sebab itu aku berkorban untuk tidak membeli rumah bertanah, walaupun itu adalah impianku sekian lama. Namun sekarang aku tidak memandang itu sebagai keperluan, itu cuma kehendak hati sahaja. nak rumah yang besar, bertanah, cantik, blaa.. blaa.. tpi value dalam hidup tak de.. ini lah akibat memikirkan hal duniawi sahaja... I just want a simple life. Yang penting hidup bersederhana, bersyukur apa yang ada, cashflow yang +ve sangat, dapat menyimpan duit untuk anak2 ku.. bukan untuk diriku sendiri, dapat enjoy the moment bila trip & travelling bersama anak2. Semuanya demi insan tersayang bila aku tiada kelak..

Aku baru sahaja selesai baca buku Bijak Mengurus Wang, oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Banyak panduan diberikan dan banyak  lagi yg perlu ku buat selepas ini..
- uruskan pembelian 2nd house
- insurance & penamaan harta2,
- settlekan hutang2
and finally mungkin wasiat untuk mereka...

Jangan lupa baca...!
Sentiasalah mengingati mati, uruskan harta dan hutang2 anda untuk kemudahan mereka yang ditinggalkan.


No comments: