Friday, February 18, 2011

Duit.. duit yang bakal keluar!

Hari ni saja nak cerita pulak pasal duit.. hmm.. bukan nak cerita pasal berapa banyak duit yang aku ada. tapi berapa banyak duit yang akan keluar dan akan ku belanja kan dalam tahun 2011 ni bagi memenuhi kehendak semasa, keperluan, impian dan keinginan ku.. Anyway ni bukan lah SANGAT KEPERLUAN so antara nak beli ke tidak.. nak beli ke tidak..

1. Tukar Spek... Anggaran RM500


Tak ingat bila last tukar spek ni.. kedai mana aku last tukar spek pun tak ingat dah. nampak benor lamanyaa. Rasanya last sekali 6-7 tahun lepas kot.. masa tu fhda pun teramat kecil dan comelnya.

2-3 tahun lepas tukar frame aje.. tp glass & power tak tukar. Harus tukar ni, sbb dah senget sbb hari tu Faris dok hempuh kepala mak longnya sampai terkena spek. Ganas betul budak kecik itu...!


2. Baby Neck Float.. Anggaran RM 69.90 kat http://www.mymambobaby.com/

Comelkan baby ni.. relax aje...
Ni special untuk Baby Adelia.. Saja nak stimulation kaki tangannya bergerak2 dalam air tu. Bagi kuat tulang kaki tangannya. Baby pun seronok duduk dalam air... macam kakaknya Fahda. Pantang nampak air.. swimming pool or wetworld.. Nampak baby pun macam tak takut air. tiap kali mandi seronok aje dia. Tak menangis pun air sejuk atau pun air suam2 panas.

satu lagi cerita dari mummy yang lain tentang Baby Neck Float ~ http://baby.thescarfer.net/?p=449

http://www.yourbabycanswim.blogspot.com/

3. Baju raya.. Anggaran RM200.. .
Ini semestinya keperluan.. tapi pakai baju lama apesalahnya kan.. Mindset.. mindset kata baju raya ialah keperluan sebab nak berlawa-lawa di pagi raya.. semestinya!

Hehee.. Lama lagi nak raya dah fikir pasal baju raya.. Memang aaa.. ni bajet setahun tauu. kena masuk gak dalam bajet. Ni baju raya termasuk lah baju raya mama, baba, & Fahda. For Baby tak payah lah.. sebab dah habis shoppng dah masa warehouse sales Pureen tahun lepas. Masa tu baby belum keluar lagi... hehee

4. New handphone..? Anggaran RM500.. bnyak sangat RM400 dah lah kot.. RM300 kot..

Hp lama...
 Sony Erricson warna purple..
arrghhh ini yang paling tak mampu  lagi aku beli. Bukan keperluan.. lebih kepada impian dan kehendak aje.. Dulu pernah beli handphone mahal.. Sony Erricson.. sekali tu fahda campak ke luar apartmentku tanpa kusedar.

Panjang ceritanya... nanti aku bukak post baru... heheh... Anyway sejak tu aku dah takut nak beli handphone mahal2.. handphone sekarang pun murah RM100 aje.. x de gambar, x de camera, x de mp3, segala2nya tak de... segala beri-beri tu lagi lah tak de.. Terpkir gak nak tukar hp tapi sayangnya duit aku...!! semua tu bukan keperluan... orang nak cakap ape.. cakap lah.. tp rasa cam nak beli hp baru gak..! nak tak nak tak nak tak nak nak tak nak nak tak nak nak tak nak ...!

Tu ajelah setakat ini. Sejak ada baby Adelia ni memang aku berhati-hati soal duit. Sekarang semuanya berkira walaupun dengan Fahda yang selalunya dapat ape yang dia nak. Terpaksa... beli yang mana perlu saja...

nanti sambung lagi yee.. baby dah nangis...!

No comments: