Tuesday, February 8, 2011

Iqra'.... Bacalah Anakku Fahda...

Fahda & Iqra'... Mama akui Fahda agak slow dalam bacaan iqra'. tetapi ini semua adalah berpunca dari diri Mama sendiri. Terlalu  berharap pada cikgu di sekolah. Tak patut kan...? mana tak nya.. masa darjah 2, sedang berbadan 2, mengandungkan Farah Nur Adelia. So selalu Mamanya kepenatan. balik kerja aje mesti terbaring atas katil. tak larat serba serbi.

Tapi alhamdulillah, Allah seeakan mendengar bisik hati mama yang selalu merungut tak de masa nak ajar Fahda Iqra'... sepanjang cuti bersalin 60 hari ni Mama manfaatkan sepenuhnya masa untuk mengajar Fahda. Kebetulan pulak cuti sekolah, jadi ada masa terluang ajer terus Mama panggil Fahda untuk baca Iqra. Kalau di sekolah Fahda sudah Iqra' 4 katanya. Tapi Mama ulang semula daripada iqra'3. Dari situ baru Mama dapat kesan kelemahan fahda. Selalu confuse dengan huruf sod, dhod .. tho, zho.. jim, kho..

Jangan terburu2 nak baca huruf seterusnya. Cuba kenalpasti huruf ape, bunyinya macammana, baca dalam hati dulu, lepas tu baru keluarkan ikut mulut. Alhamdulillah dengan teknik ni Fahda dapat belajar dengan cepat. selepas tu laju aje dia boleh baca.. cuma tergagap sikit, baca terputus, tak tarik nafas dengan betul, tak pe lah nak.. lama2 kang pandai lah baca ayat quran dengan lancar.. siap berlagu2 dan bertaranumm.. amiinn. Insya-allah. Nak baca Iqra' pun kena ada teknik jugak..

Sekarang Fahda sudah masuk iqra' 5. Makin lama makin mencabar. Mama ni tak de experience belajar mengaji dengan Iqra'. Dulu2 guna Muqaddam. Banyak bezanya. Muqaddam banyak mengeja.. alif dia atas a, alif dia bawah ii, alif di depan uu.. a i u.. Iqra' pulak lebih kepada menghafal setiap bunyi.. macam belajar membaca bahasa pulak.. Cuma dalam Iqra' ni dia cover semua tajwid.. Memang mencabar..

Anyway Mama kena cuba jugak, kalau tidak sampai bila pun Fahda tak pandai baca Quran. Fahda memang menunjukkan sikap ingin terus baca dan baca iqra', semakin lancar & fast learner. Mama tak paksa pun Fahda baca 3-4 muka surat sekali baca. Yang penting 1 muka surat pun tak pe, janji masa tu Fahda memang betul2 concentrate belajar. kalau tak concentrate, jam tu jugak Mama stopkan Fahda baca. Tak de gunanya terus baca iqra' kalau Tuan punya badan tak de hati nak baca.

Target Mama, Fahda terus baca iqra' hingga habis. Insya-allah hujung tahun ni dah boleh masuk belajar Quran. Tak perlu tergopoh-gapah masuk ke Quran kalau bacaan tak mantap lagi... Di sekolah Fahda masih membaca Iqra'4. Tak pe nak, teruskan ulangan bacaan Iqra'4 itu.. setiap kali mengulang, setiap kali itu Fahda akan lebih ingat dan ingat, dan dapat memantapkan bacaan ayat Quran.

Mama doakan Fahda seterusnya Fahda dapat menghayati & memahami bahasa al-quran pulak.. Permudahkan urusan anakku ini Ya-Allah...

Untuk Rujukan Mama dalam pembelajaran Iqra' :
bintfatma ~ Hiduplah bermati-matian untuk mati.
http://bintfatma.blogspot.com/2009/08/belajar-dan-mengajarkannya.html

catatan peribadi ustaz zamri
https://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/14/warden-asrama/

imranshamsir ~ cemerlang dengan Al-Quran
http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran-al-quran-siri-1/

Halaqah ~ Islam untuk semua
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7788.0

Gemakan alQuran dalam jiwanya…
http://baitulrahmah.wordpress.com/2009/06/11/hafiz/

http://alifbata123.com/panduan-mendidik-anak/siri-cepat-membaca-al-quran-al-furqan/

1 comment:

Unknown said...

Sekarang ni ada pen elektronik yang boleh bantu kita belajar iqra..
Kanak2 dan dewasa pun sesuai...
http://www.muslimchoices.com/?p=pen_pintar_my_iman