Thursday, September 22, 2011

Burung Hantu lagi... edisi mengemas pulak!

Macam biasa terjaga pukul 2.30 pagi, baby menangis  nak susu.. Bila dia dah tidur mata mama pulak tak boleh nak lelap. Dah agak, mesti jadi burung hantu malam ni.

SO ape lagi operasi mengemas lah jawabnya. Pinggan mangkuk periuk belanga kat dapur tu terletak aje dalam sinki. Tak sempat nak membasuhnya. Yelah semalam memasak untuk Fahda, sempena Hari Raya kat sekolah. dapat turn makanan berat pulak. Udah penat mama memikirkan nak masak ape? nak order & keluar duit aje ke? kan senang...! heheee..

Tapi sebab nak release tension mama keraskan hati nak masak jugak kali ni. Memasak ni a part of therapy gak. Penat mcm mana rasa puas kalau memasak. Jadi tak jadi belakang kira... kadang2 hangus pun boleh rasa puas hati gak sebab berjaya mentensionkan diri.. hehehe.. so despite of busy melayan baby yang asyik nak minta dukung aje lately & melayan fahda buat kerja sekolah. humble.. sampai rumah aje terus sinsing lengan ke dapur. alaa.. masak simple aje. Spaghetti kesukaan mu anakanda!

Take note untuk bekas yang besar tu:
2 bungkus daging hancur
1 bungkus Spaghetti
yang lelain cincai lah.. campak2 aje. Macam pro aje...

Selesai mama masak, terus masuk dalam bekas besar tu & masuk fridge. Esok paginya bangun, kuah Spaghetti tu dipanaskan dalam periuk. Spaghetti tu pulak mama celur aje dalam air panas. Done! Terus pergi kerja meninggal kan periuk belanga dalam sinki.. aduyaii..!

Alhamdulillah, licin 2 bekas besar tu. Hilang rasa penat memasak tu. Tapi tak tahulah cukup tak untuk semua student tu. Fahda sendri tak dapat rasa katanya. Banyak sangat makanan...

oklah saja nak update blog ni kejap. nak masuk tidur dah.. dah satu setengah jam mama jadi burung hantu malam ni... hehehe :-)

Good night sayang, anak-anakku.

No comments: