Tuesday, July 23, 2013

Resepi Ikan Pari Bakar Ala Nyonya..

Petang semalam saya try resepi ni untuk berbuka..
alhamdulillah.. menjadi.. sedapnyaa, rasanya macam makan kat kedai ikan bakar…
Guna aluminium foil & masak dalam periuk ajaib… api kecik 20 minit..
Rasa mcm ikan pari masak asam pedas tp tak berkuah..
en hubby tak suka berkuah2 ni… so sgt sesuai utk dia…
kakak F pun lagi suka sbb ikan pari ni favorite dia..

Mula-mula ingat nak guna daun pisang.. tp tak de plak..Tapi kalau guna daun pisang tak boleh buat mcm ni pulak sbb kena bungkus dgn aluminium foil tu…

Tapi kan.. semalam santan beku kat fridge atas..
last2 saya guna tepung susu baby F ~ dutch lady 123..
hehe.. tak de beza pun rasanya…
cakap dgn kakak F & en hubby mcm tak percaya aje… minum susu baby…
ape pun rasanya memang best.
biasa tak berbuka dgn nasi tp semalam makan nasi sikit lah....sedapnyaaa...

Resepi Ikan Pari Bakar Ala Nyonya..

Ikan Bakar Ala Nyonya
sumber Resepi:- Kak Ummi Zaihadi
Resepi Asal:- Cik Mat

Bahan:-
  • 2 keping (500 gm) ikan pari (diperap garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan santan
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 keping alluminium foil
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
  • 4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 hirisan nipis halia
  • 2 biji buah keras
  • 2 batang serai - hiris halus
  • 1/2 inci belacan yang dibakar
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
  2. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
  3. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
  4. Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
  5. Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
  6. Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)


saya guna resepi dari sini...
http://ummiesya.blogspot.jp/2013/04/resepi-ikan-pari-bakar-ala-nyonya.html


No comments: