Wednesday, November 21, 2012

selamat RM425

Alhamdulillah, hari ini aku telah menyelamatkan duit poket ku daripada keluar ke bank-bank yang mengeluarkan kad kredit ku..Ngam2 bulan ni sepatutnya dikenakan Gov Service Tax RM50. So kalau 2 kad dah RM100 kan..

Bank1
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 130
Bank2
GOVT SERVICE TAX CHARGE 50
ANNUAL MEMBERSHIP FEE 195
TOTAL 425

Total RM425.. banyakkan.. boleh buat belanja beli beg sekolah, dan buku2 sekolah fahda.

Tapi dengan sekali call & rekod kad kredit yang baik. alhamdulillah.. tak sampai 5 minit officer tu bermurah hati untuk tolak balik amount annual fee tu, sementara govt service tax tu aku tolak saja dari point.. RM50 untuk 10,000 points. aku jarang redeem so points memang berlambak. pernah redeem RM500 untuk kupon shopping tesco, giant, etc. boleh lah shopping free.

So kenalah rajin call orang bank ni...

Kad kredit ni memang berguna pada aku sbb aku bnyk buat auto-pay semua bil2 yang penting, bil air, api, astro, hp mak, hp hubby, hp aku.. so selalunya dekat RM600 per month kena bayar kad kredit ni. Senang guna auto-pay ni, cuma kena pasti kan deduction tu sama dengan physical bill. Macam tu lah aku control 2 kad kredit ni.. shopping & emergency guna kad bank A, bil pulak kad B & aku tak senang hati kalau tengok ada balance tak berbayar.. sakit mata, hati pun tak senang. That's the first thing yg aku bayar bila dapat gaji...

Terpulang masing2, ada orang tak boleh control.. tunggu bonus baru bayar lumpsum. tp tak perasan ke interest yang banyak tu merugikan anda. aku pernah ada sejarah kad kerdit cecah RM10K.. huhuuu sakit nak bayar. tapi aku gagahkan jugak. aku guna macam2 teknik untuk hapuskan hutang kad kredit. alhamdulillah dah settle dalam masa 1 tahun. memang ikat perut. tapi puas hati sangat.. duit tulah bawak keluarga gi naik ketobang ke Kuching, makan angin. ditambah dengan tak de ilmu masa tu tiba2 total RM10K. Now, aku dah ok dah.. balance sentiasa zero... dah tahu meminjam, kena lah memulang ye..So sekarang aku memang berkira & kedekut nak shopping benda2 tak patut...

Tahun depan aku agak sakit sikit.. bulan2 tolak gaji RM1000 untuk bayar balik hutang company, masa aku operation hari tu. Total operation fee RM26K, company support 15K sahaja. so 11K kena bayar balik lah.. Actually sama aje, semalam dapat bonus, lepas tu keluar balik bayar company. tp aku ambik option amik semua bonus & deduct salary RM1K tiap2 bulan selama 11 bulan.. sakit tak, rasanya?

insurance claim belum settle lagi, baru aje ambik medical report kat hospital hari tu.. may be esok lusa nak time off sekejap pergi insurance office.

banyak benda nak settle before new year 2013. kena buat list ni...

1 comment:

Tho Ha said...

Aku Plaks Layak Untuk Memegang 2 Kad Kredit Tapi Aku Pegang 3 Kad Kredit. Aku Buat2 Lupa Arahan Bank Negara Untuk Menyelesaikan Sekeping Kad Kredit .... He He He

Kad Kredit Penting Untuk Aku ?? Tak Jugak. Aku Mula Terjebak Dengan Kad Kredit Ini Gara-Gara Kerani Kewangan Tak Mau Buat L.O. Untuk Aku Kursus Kat Petaling Jaya.

Masa Itu Gaji Lambat Lagi. Duit Tinggal Ciput - Jadi Aku Terpaksa Tutup Saham Wawasan 2020 Untuk Cover Sewa Bilik (Aku+Driver.

Agen Kad Kredit Memujuk Aku Dengan Berkata "Kalau Sesak Siapa Akan Tolong?". Maka Teringatlah Aku Kerani Kewangan Yg Suruh Aku Bayar Dulu Sewa Hotel Lepas Tu Baru Claim Sampai Wawasan 2020 Jadi Zero

Itulah Permulaan Ceritanya. Sekarang Ini Tak Tahulah Mcm Mana Nak Selesaikan Melainkan Dapat Duit Sebabun. Tadi Baru Je Lepas Makan Bekal Nasi Lauk Telur & Sayur Kangkung Minum Air Mineral Je. Mana Ada Duit Nak Beli Makanan Di Kafetaria. Sarapan Pagi Siap2 Makan Di Rumah.