Wednesday, July 18, 2012

2012 Trip Kota Kinabalu - Day 2


DAY 2 - 6th July 2012

Breakfast kedai mamak, 2 roti telur + mee bakso + teh tarik + milo ais = RM15
Terus drive ke Tamparuli.. sepanjang jalan tu best sangat tepi laut. Mcm kat pantai Lido JB. 

Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo

Terletak 40 minit dari Kota kinabalu. Terletak di tepi jalan.. sebelum & sebelah aje stesyen minyak Shell.
Fees masuk dewasa RM10 x2 + Kanak2 RM5 = RM25
Boleh ambik gambar ka luar aje.. kat dalam tak boleh.. Dalamnya memang best… Rumah terbalik tu yang ke-5 di dunia. Japan, Germany, Poland, Australia, Malaysia.
Rumah tu 2 bilik, bilik parents & bilik tidur anak2.. bersepah..  pelik tengok mainan, magazines, ultraman bersepah atas siling.. kasut, magazines, duit syiling kat beranda rumah, ada dapur mesin jahit.. kereta kancil terbalik.. senang citer pergi sendiri & experience it..
Nak beli sourvenir mahal sangat… tak best. Huhuuu…

Pekan Nabalu

30 minit kat sana terus berangkat ke Pekan Nabalu.. lebih kurang 1 jam setengah drive.
- Kat sana cuma pekan kecik, tp bnyk org menjual barang sourvenie mcm kat pasar mlm KK tu..
- singgah untuk gi toilet & nak berenti lunch mcm tak sure islam ke tidak kedai2 kat situ..sbb sepanjang jalan kat situ bnyk sangat gereja…
- Beli nenas sampai 2 pack, jambu air.. RM2 satu plastic yg sederhana besar. Tp isinya bnyk. Tak mcm kat KL.
- Nenas sangat manis OK… Pekan Nabalu ni may be terkenal dengan nenas kot.. sbb ada tugu nenas kat situ.
- Kalau pergi ke belakang Pekan Nabalu tu boleh nampak Gunung Kinabalu dari arah south kalau tak silap.
- Ada pelantar & boleh ambik gambar kat situ, tp hati2 ye.. anjing bersepah di mana-mana. Fahda sampai tak nak turun kereta..


Desa Dairy Farm

Seterusnya jalan sampai ke pntu masuk ke Gunung Kinabalu. Tp kitorang tak turun pun sbb nak kejar masa ke Desa farm. Pukul 3 sbb nak tengok lembu.. huuuu.. Dalam 20 minit sampai di Kundasang.. wahhh kundasang ni mcm pekan koboi pakai jip2 besar.. hehe nice kundasang, view mcm New Zealand sbb kita kat kaki gunung, & pandangan seluas-luas pandangan… nampak semua rumah2 kecik aje… mcm NZ cumanya rumah kat sini rumah papan aje.. Husbnd keluar aje dari kereta terus wowwww.. mcm New Zealand. Padahal aku tak pernah bgtahu pun ape yg aku baca pandangan kat sini mcm NZ. Cepat2 ambik gambar..

So dari kundasang tu kitorang terus ke north kundsang untuk ke Desa Dairy Farm.. maknanya naik bukit dalam 15 minit mcm tu. Jalan tak berapa baik, tp viewnya wow..Subhanallah!! Sampai kat sana Fahda mcm pelik kenapa nak tengok lembu pulak.. nak gi toilet sebelah kandang lembu pun dia takut. terjerit2 minta temankan.. adoii very gegerrll kat sana tengok susu beratur untuk masuk makan.. tak sabar diorang yee.. susu lembu diperah semasa lembu tu tengah makan. Kata husbnd susu diperah masa dia tengah makan sbb itu adalah masa lembu tu paling bertenang. Seterusnya process sampai masuk kotak.. tp ada certain date aje dibuka untuk org ramai so tak tengok lah process kotak berjalan tu mcm mana..
Beli susu lembu 500ml sampai 4 kotak.. coklat & pure milk. Sedap betul susu segar.

Lepas tu kitorang lunch depan Kundasang War Memorial. Nak naik ke Kudasang war memorial tu tak larat dah.. badan dah letih. Cari kedai makan untuk lunch pun susah. Masa tu jam 3.45 baru makan. Ntah ape-ape kita makan kann... 
Check-in hotel kat Kinabalu Pines Resort. dejavu di kinabalu tu buat pengambaran kat hotel yg sy duduk tu… Alhamdulillah dapat bilik mengadap gunung.. view sangat cantik..

Malamnya tak larat nak jalan dah.. tengok movie citer the rock tu berlakon terus tertidur semuanya.. pukul 11 mlm terjaga dengar ada orang menyanyi karaoke kat tengah pekan tu. Kuat betul speaker dia tu rasa orang kat puncak gunung KK pun boleh dengar kot.. huhuuu.. Diorang ada pesta kat sana, pesta lepas menuai kot.. so ada karaoke.. Diorang main band alat2 tradisional.. Sempat lah dengar lagu jimmy palikat aku org kg.. versi sana dgn alat2 muzik diorang. Slow sangat lagu tu sebenarnya.. masuk radio diorang cepatkan… nampak kat signboard tu Adira AF pun ada datang sana.. sbb dia asal Kundasang kann..

No comments: