Tuesday, July 17, 2012

2012 Family Trip Kota Kinabalu - Day 1


Salam..

Dah lama tak update blog. Hari ni nak cerita pasa trip to KK. Ni semua untuk cerita Fahda & Farah, anak2 mama.. bila dah besar nanti kamu berdua boleh baca coretan mama ni.. Trip kita ke Kota Kinabalu ni dah dirancang setahun yang lalu - beli Airasia online tiket on 09/2011 untuk trip 06/2012. lama tunggu kan.. sambil tu kumpul2 duit & baca review blogger yang pernah ke sana.

DAY 1 - 5th July 2012
Bangun pukul 5.30 untuk bersiap-siap. Senang aje nak kejutkan baby, pasang mp3 lagu one direction WMYB. Hehee… Fahda memang dah semangat nak bangun, nak naik flight lah katakan. Bertolak dari KL pukul 7 pagi, stop at RnR Dengkil untuk breakfast. Arrived at LCCT pukul 8.pagi. Nasib baik dah online check-in. Just nak check-in beg yang berat tu.. 13kg beratnya. Another 2kg cukup 15kg yg telah dibeli 3 days before.  15kg = RM25.

9.30 fly to KK. Duduk sederet 3 orang and baba sorang diri kat belakang.Dalam flight baby tak boleh duduk diam.. tp finally lepas menangis di awan biru, baby pun tidur. memang dah mengantuk sangat sbb kena bngun awal pagi tadi.
Airasia sourvenir key-chain & pencils = RM 29

Dalam flight kena cukai dek Fahda – Maggie cup 1 RM6. so beli dua untuk baby jugak. Kalau tak nanti dia kacau Fahda makan. Beli key-chain RM19 untuk 1 set ada 3 biiji, & pencil airasia RM10 – 3 btg.

Total
Belanja dalam Flight                   = RM 41.00
flight pergi balik                          = RM 208.00
pre-order meal 3 set Briyani        = RM 29.70
pre-order meal Pancake              = RM 7.90
luggage                                     = RM 50.00
tukar 4 seat                               = RM 24.00
----------------------------------------------------------------
Grandtotal                               = RM 360.60
----------------------------------------------------------------

Sampai KK dalam pukul 12:30 pm
- Orang sewa kereta dah tunggu kat situ.
- Sewa MYVI RM330 for 3 days. Tp dia bg diskaun lagi, cuma bayar RM290 untuk 3D2N.
Total Sewa                                = RM 290
Duit Minyak                              = RM   50
----------------------------------------------------------------
Grandtotal                                = RM 340
----------------------------------------------------------------

Dari KKIA Terminal 2 ke Pusat Bandar KK.
- Senang sangat. Ikut aje signboard.
- Lunch dulu kat waterfront. Tak makan sangat sbb dah makan mcm2 atas flight. Total RM15 – mahal for ABC, Milo ais and sorang makan + air bandung.
- Waterfront sangat cantik dan tak panas pun.. padahal rasa matahari terik atas kepala.mcm biasa baby ajak main kejar-kejar.. 
- Duduk Hotel Seri Borneo. RM 140 untuk semalam (1 queen & 1 single).Book dengan Agoda.com. Kena fees RM20. so total RM160.senang sangat nak cari.. di tengah2 bandar. dan sangat dekat dengan pasar. Cuma nak parking tu leceh sikit. 4 kali tawaf baru dapat parking. Itu pun berkat kesabaran mama. baba jenis tak sabar tunggu parking so mama suruh dia naik & check-in dulu. Alaaa.. tunggu kejap mesti ada kereta nak keluar. Kalau baba dia akan pusing2 sampai penat, sampai nampak ada kereta nak keluar.
- Lepas check-in, sembahyang, terus keluar gi jalan2. Jalan kaki ke pasar-pasar yang ada sepanjang jalan sinsuran tu.. ikut turutan water pasar, pasar penjaja Melayu, tapak pasar malam sinsuran pukul 4 start, pasar kraftangan (pasar Filipina), Pasar ikan masin, pasar besar.
Pergi pasar Filipina tu memang rambang mata dibuatnya.. sampai tak tahu nak beli ape.. tp adviseable jgnlah shopping kat situ.. memang mahal & skill tawar menawar korang kena tahap tali pnggang hitam then baru dapat murah..
12 set butang baju melayu = RM 80 puas dah tawar menawar ni…,20 keychains = RM30,Tshirt 23 (baba) + Tshirt 23 (mama) + 18 (fahda) + 18 (baby) = RM82, first time beli tshirt masa melancong..,Brooch 3 set RM15

Kemudian pergi pasar ikan masin pun mama tak tahu nak beli ape…just beli kuih cincin 3 bungkus untuk makan sendiri. RM20. Lepas tu kita round belakang pasar Filipina, ada pasar malam. Kat situ bnyk sangat seafood. Sebesar2 lengan pun ada..anyway kitorang tak lapar sangat, just minum petang, makan chicken wings, pisang goreng, karipap, keropok lekor. Overall semuanya sedap. Ada ke yg tak sedap.. pisang goreng panas dia mmg terbaik.. kalah pisang goreng komuter shah alam. Sampai 2 kali beli pisang goreng & chicken wings. Buat bekal untuk ke Perdana Park, Tanjung Aru.

Dari pasar malam tu terus naik kereta untuk pusing2 bandar KK & terus ke Perdana Park, Tg Aru. Perdana Park tu dekat jalan keluar airport. So tengahari tadi masa keluar airport tu dah aim nak pergi sini. Sbb ada pertunjukan air pancut berirama. It’s awesome! Bayar parking RM1 aje. Perdana Park tu tempat riadah, boleh jogging dengan tenang sbb tempatnya well-maintained. Ada speaker besar diorang pasang lagu2 yg aman mendamaikan perasaan. Ada playground yg pelik, tak jumpa kat shah alam ni… ada keretapi kecik warna merah untuk budak2.. Fahda cakap mcm Zayn Malik naik keretapi warna merah dalam lagu Moments – one directions. Dia naik pun perasan mcm Zayn Malik lerr konon..

Fahda & Farah di Perdana Park.

pertunjukan air pancut berirama tu start at 7pm, 7.30pm, 8pm, 8.30pm. setiap persembahan 10 minit.. Mula persembahan lagu sangatlah patriotik.. Lagu Malaysia Berjaya, lagu joget apentah Siti nyanyi, lagu sabah, dah hujung2tu baru lah lagu2 instruments celine dion, mariah carey.. lagu yg best2.. air pancut tu menari ikut irama. Baby duduk diam aje, mcm kagum sangat tengok air pancut tukar2 warna menari depan dia.. org tempatan yg bawak family & jogging tak ramai sangat. Tourist ni kitorang aje kot.. jmaman… hehe..

Lepas tu kita terus balik hotel. Mandi, sembahyang, lepak kejap. Pukul 9 turun dinner kat pasar malam sinsuran. Ingat nak makan seefood, Ikan bakar RM20, sotong besar2 4 ekor RM15, + 3 nasi + air.. = RM 47 + chicken wings fahda RM7.50 kot. Makan kena bergilir sbb baby meragam.. menangis nak main kejar2 kat pasar tu.. lepas makan nak balik hotel shopping lagi.. Brooch murah2 sangat kat pasar malam tu.. so beli 12 set RM40 + 12 set RM50 + keychain 7 RM10 = RM100

Dah tu balik hotel.. sebelum tidur kira duit yang dah dibelanjakan hahaa…3/4 dari duit belanja sudah habis pada hari pertama sahaja...huhuuu...

12 set butang baju melayu          = RM 80
20 keychains                             = RM30
Tshirt 4 pasang                          = RM82
Brooch 3 set                              = RM15
Hotel                                         = RM160
kuih cincin 3 bungkus                 = RM20
Minumkat pasar                         = RM15
Parking Perdana Park                = RM1
Dinner Seafood                          = RM47
Shopping after dinner                  = RM100
----------------------------------------------------------------
Grandtotal                                 = RM 550
----------------------------------------------------------------


Esok mama sambung lagi ye..

No comments: