Saturday, August 18, 2012

Berat bahu memikul...

Sebaik saja selesai operation, doktor memanggil suami & anak sulungku masuk ke operation theater. Doktor merangkan ape yang telah terjadi sepanjang operation tu.. bagaimana pacemaker dan 2 wayar sambungan ke jantung ku.. dari screen xray memang nampak jelas 2 wayar, macam menari2 mengikut degup jantung ku.. 2 wayar tu kini berada di pembuluh darah ku & bersambung di jantung... scary.. tp aku tak rasa ape-ape ketika itu. bius masih lagi menahan aku dari merasa kesakitan.. dan aku teramat lemah ketika itu. 

Sebaik saja dibawa keluar ke bilik wad, barulah seksaan bermula. mungkin bius sudah hilang sedikit demi sedikit. Dr kata aku akan boleh berjalan selepas rehat sebentar,.. ya alhamdulillah aku boleh berjalan selepas 4-5 jam pembedahan. tp aku berjalan senget. bahu aku semacam memikul satu beban.. seberat lesung batu. menyebabkan rasa tidak selesa sangat. di atas katil pun aku tak boleh bangun sendiri.. harus dipapah agar dapat duduk di atas katil. namun duduk pun tak lama sbb beban yang aku katakan tadi. sudah lah berat.. sakit pulak tu. tak putus2 aku berzikir minta pertolongan daripada Allah. Minta yang Maha Berkuasa permudahkan segalanya...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..  ya.. memang sangat berat. bayangkan meletak lesung batu di atas tulang selangka di bahu.. beratkan?

1 comment:

Anonymous said...

salam kak. sekarang macamana? suami saya nak kena pasang jugak bateri dan saya tercari2 info. boleh akak wasap saya. act i am so worried. 0139320553. please kak