Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Isnin.. yang stresss

Selamat Hari Isnin..

I'm sure today will be a very stressful day for me. Pagi-pagi lagi dah nak mengamuk pulak. Entahlah cuti semalam macam penat walaupun duduk rumah aje. Mana taknya cuti tapi stress pulak sangat. RUmah ku macam tongkang pecah. Tak sudi nak jemput sesiapa datang rumah sekarang walaupun mak abah sendiri.. hehehe... Rasa macam nak ambik cuti sehari, sbb nak kemas rumah dari A to Z. Mata tak larat pandang setiap sudut rumah ada barang. tak tersusun... wallaaaa...

Disebabkan rumah bersepah, minda pun berserabut jugak. Hari ni tertinggal uniform kat rumah. Dah sampai rumah mak baru perasan. So terpaksa lah patah balik ke rumah. dah lah tadi pusing2 hantar fahda gi sekolah dulu sbb jammed  kat traffic light. Traffic light tu pun pandai meragam on Monday morning.... nasib baik En. Suami tak bising. Kalau tak lagi stress aku dengar dia membebel..

tetiba sampai kat ofis bos tanya pasal evaluation. Kalau maternity evaluation KPI rank down tak? hah?? Dulu kisahnya HR ni buat rules, kalau maternity, evaluation for the year akan rank down 1 level. maknanya PI amount nanti akan turun, bonus pun turun.. hmm.. fed-upnya dengar. dahlah hari tu masa maternity diorang deduct PI aku, Total RM1400, 4 kali deduct. Gaji bulan 4 ni baru abis deduct.

now semua nak rank down, patut masa pregs hari tu aku tak yah buat ape-ape..dtg goyang kaki aje boleh?  Aku tak ambik tahu pun sebenarnya. Sekarang kena batang hidung sendiri baru aku nak bising....

arrghh stresss.. stress...

No comments: