Monday, April 11, 2011

Pengharaman botol susu BPA

Rasanya semua orang tahu yang kerajaan telah mengisytiharkan pengharaman botol susu BPA. Aku pun tak berapa tahu nak bezakan botol susu yang ada BPA dgn non-BPA. Cuma kalau survey2 kat kedai tu ada tulis BPA FREE.. yg ada BPA agaknya yang kosong tak de ape-ape sign tu.
so ape tu BPA? ikut risalah kerajaan ni BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. boleh dikenal pasti botol susu tu nampak keras & lutsinar. Rasa nya botol susu baby sekarang memang yang ada BPA lahh...
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. >> Baru aje keluarkan strilizer last month. dah beli lama tp sbb malas nak rebus, & risau sbb guna periuk yg selalu masak sambal, kari.. untuk rebus botol susu baby? tak patut kan..? so keluarkan striliser.. ohh sangat senang and can steril everyday..
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. >> Biasakan letak air kosong dulu, baru air panas.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. >> as usual..!
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. >> Ini memang selalu check.. so far for baby Farah, i tukar everymonth. sbb baby kecik lagi... Masa Pureen warehouse sales last year i beli 20 botol susu harga RM1. Bulan pertama 5 botol, bulan ke dua 5 botol, bulan ke 3 ni 5 botol di rumah mak waktu siang, & 5 botol lagi kat rumah waktu malam... So dah masuk 4 bulan ni stok botol susu dah habis. Insya-allah nak pergi Pureen whouse sales lagi. Kalau ada yang Non-BPA harga RM1 lagi bagus.. kalau tak i still beli as a backup plan.. :-) jangan lupa 23-24 April ni for  Pureen Warehouse Sales. Yesss...!

Nak baca details lagi pasal BPA ni boleh gi sini :-


No comments: