Monday, March 21, 2011

Cuti Sekolah & Buku...

Salam,

Lama tak update blog dan jugak FB. sejak ada si comel dan montel itu, hidupku tidak seperti dulu. Kalau dulu kelamkabut kali ini 2X kelamkabutnya. hehe.. in a positive way, that's how i run my life. Busy lah sikit.. Rasa hidup lebih bermakna sbb ada pengisiannya..

Minggu lepas cuti sekolah pulak aku sekeluarga bertandang rumah mak mrtua. Saja bagi emak kat shah alam berehat dan bagi peluang mak KL pulak merasa jaga baby. Alhamdulillah Baby ni tak meragam langsung. asyik tidur aje kerjanya sampaikan kena dikejut sbb terover tidur. Siang tidur, malam lagi lah tidur sampai pagi..!

Dan aku pun bertambah kelamkabut lagi sbb berulang alik dr KL ke shah alam. Everything OK cuma tak larat lah nak tempuh jem pagi2 and petang2. Tension pun ada gak, maklumlah sebelum ni tak sampai 10 minit dah sampai.. hahhaa..

Well nak cerita pasal aktiviti Fahda masa cuti sekolah. Hari Selasa tu kitorang round CM, shopping sikit2 kat jalan masjid india, lunch dengan Efa, and lastly beli 2 buku untuk Fahda. Salah satu nya komik Superhero kanak-kanak bernama Babap Boi, yang mempunyai kuasa membuatkan orang menangis kalau tengok matanya. Bestlah citer tu. aku baca sampai termimpi aku ada kuasa terbang.. hehee..

baca sini sinopsisi dari pelukis komik babap boi. I'm waiting for next book..!
http://froggypapa.blogspot.com/2010/10/babap-boi-1.html


Start daripada buku tu Fahda, Fahda mintak lagi buku lain. Fahda tak berenggang dgn buku.. persis aku masa kecik dulu. Kata mak mertua, sama mcm baba dia... Well ke mana tumpahnya lauk kalau bukan ke nasi.

So hari Khamisnya aku singgah ke Office Jualan PTS dia Batu Caves. Dekat sangat dengan rumah mak mertua. Kat situ beli lagi 6 buku cerita untuk Fahda. abis semua dia nak borong... Murah dapat diskaun 25%. Fahda happy sangat. dan kesemua buku tu habis dibaca pd hari sabtu. Sabtu tu masa balik dari tusyen, beli lagi 2 buku cerita Ana Muslim. dan semalam kami ke Pavillion, beli 4 lagi buku cerita (Malay + Eng). So total buku cerita dibeli masa cuti sekolah ni...14 buah!

Itu pun tak puas hati lagi tu.. dengan tamaknya ajak ke PTS lagi. nak borong semua buku kat situ. adoi... lain kali ye.. Skrg ni target Pesta buku pulak. DUlu tak perasaan nak pergi sbb masa tu Fahda belum ada hobi membaca buku lagi. Tapi tahun ni insya-allahh..

Jangan lupa Pesta Buku KL 2011 pada 22 April – 1 Mei 2011!

No comments: