Monday, November 1, 2010

Pengalaman itu lebih berharga dari apa yang dibaca dari sebuah buku

2-3 minggu ni aku agak sibuk dengan BSP (Blood Sugar Profile). asyik keluar dari office & duduk menunggu di klinik kesihatan ni.. Macam mana aku boleh terjebak dengan klinik kesihatan nih? dulu tak pernah jejak pun. Tapi kali ni demi anak yang dikandung ni, aku jadi lebih bersabar, alert dan mahu special treatment daripada klinik kerajaan khususnya dari klinik ibu mengandung.

Last week aku kena buat BSP lagi. 2nd ttime.. tension giler aku sbb reading after breakfast sama gak dari 4.7 ke 8! Padahal aku makan oat 8 sudu as advised by dietitian. itu pun dia suh tambah lagi 1 sudu. aku confident jer makan oat pagi tu dengan hati yg gembira.. rupanya result yang menghampakan. Apetah lagi bila jumpa daoktor esoknya dia terus refer aku ke hospital Sg Buloh!! Am i that serious??

Petang tu abah yang teman aku sampai ke Hosp. Sg Buloh. Dah besar panjang, nak beranak pun masih nak menyusahkan orang tua tu.. tulah yang aku rasa.. Si suami kerja KL payah pulak nak balik. Nak pinjam kereta An, dia drive gi kerja pulak sbb pagi tadi hujan lebat. Ape nak buat.. Aku harap satu hari nanti aku dapat balas jasa abah, membahagiakannya.. aku tak tahu dari segi ape aku dapat balas jasa abah tu.. seumur hidup pun aku tak dapat nak balasnya.

OK. kat Hosp tu, aku ingatkan kena hospitalised ke.. rupanya just nak set appointment ajerr..!! Tension! Penat2 travel dari Shah Alam ke Sg Buloh ni semata2 nak buat appointment ajerr? Memang lah tak jauh tapi dengan keadaan aku yang sarat, petang Jumaat yang panas, aku pulak letih menunggu kat Klinik pagi tadi, tu yang buat aku tak puas hati. Aku letih...! Itupun nurse buat appointment, dgn call jer doktor tu.. adoii..

Next week kena datang lagi. Buat BSP di Shah Alam and next day appointment kat Sg Buloh untuk review result.. Kalau tinggi jugak aku kena inject insulan.. What?? hampanya aku... so terus ajak abah balik rumah mak.. tidor sbb letih sangat & dalam kepala rasa risau sangat. sampai aku tak boleh tido. Aku kacau nurul tengah2 malam sebab nak mengadu nasib aku... So dia nasihatkan aku test dulu makanan ape yg boleh dan tak boleh...

Esoknya aku pinjam mak punya blood sugar tools tu. aku nak check kenapa aku problem reading after breakfast tu. So resultnya adalah seperti berikut.. :-

DateFood intakeResult 
1st BSP2 biji karipap, sandwhich, 2 cups air suam8.3
2nd BSP8 sudu oat, 1/2 biji epal, air 500ml8
30/10/2010mee goreng, 2 cawan milo, air 500ml5.9
31/10/2010Kopi Radix, biskut hi-fiber 3 keping, air 500ml4.9

Wahh.. resultnya sungguh bagus sekali.. oooyeeee...!! Kopi Radix + biskut fiber tu memang breakfast aku sebelum tahu kena diabetes ni. Lepas jumpa dietitician ni aku terus berenti minum kopi radix ni sbb doktor kata tak bagus. Kadang2 aku rasa Radix ni macam manis sikit. Tapi bila tengok result OK SANGAT kali ini, aku kena continue gak ambik Radix ni. Cuma kali ni aku buat 1 peket Radix tu untuk 2 hari. So happynya aku. Rasa hilang segala rasa kecewa, down, upset..

Satu pengalaman berharga untuk aku. Ikut sangat kata dietitician tu..! Teringat kat klinik hari tu ada kawan preggy tu cakap kalau makan ikut dietitician tu tu mesti reading naik. Betullah kak.. dietitician tu belajar ikut buku.. Masa 1st BSP tu aku makan 2 biji karipap, kakak tu makan mee hoon goreng, telur goreng, teh tarik lagi. Tp BSP dia OK aku yang tak ok..!

Nurul cakap pengalaman itu lebih berharga dari apa yang dibaca dari buku... It's true.. Aku setuju sangat! So as Nurul cakap diet oat memang tak sesuai untuk aku.. agaknya lah. tapi aku akan ambik jugak, cuma kuantiti yang sikit lah kot.. So sesiapa yang kena buat BSP tu, aku nasihatkan try dulu buat BSP sendiri kat rumah. cuba makanan ape yang boleh dan tak boleh. Lepas tu on the BSP day tu just makan ikut ape kita dah test OK.

Hah.. panjang sangat entry kali ni. Daa...!

No comments: