Friday, July 1, 2011

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Just reminder for myself.. nanti shopping raya baju2 anak, jangan lupa beli sekali untuk yang tidak bernasib baik  terutamanya untu program ini :-

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Organizernya orang Shah Alam... sangat dekat, jadi jangan lepaskan peluang ini ok..!

Bagi menjayakan program ini pihak kami amat berharap sumbangan dari anda walaupun hanya sehelai (sepasang baju) melayu atau baju kurung baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang mampu menjelang Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Kempen dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bagi tahun ke 2 ini diharap akan memberi harapan kepada lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung.

Program ini bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2011 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan bersedia untuk menyumbang. Dari sumbangan andalah kami mampu salurkan kepada mereka yang sentiasa menanti untuk tahun ini. Terima kasih kerana sudi dan terima kasih kerana terus memberi.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat sumbangan baju Melayu/Kurung bagi program ini, anda boleh hubungi kami  seperti alamat dibawah dan setiap sumbangan boleh di pos ke alamat ini:

TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email:
ahmadsaabun@sehelaibaju.com
info@sehelaibaju.com

No comments: