Salam..
Dah lama
tak update blog. Hari ni nak cerita pasa trip to KK. Ni semua untuk cerita
Fahda & Farah, anak2 mama.. bila dah besar nanti kamu berdua boleh baca
coretan mama ni.. Trip kita ke Kota Kinabalu ni dah dirancang setahun yang lalu
- beli Airasia online tiket on 09/2011 untuk trip 06/2012. lama tunggu kan.. sambil tu kumpul2
duit & baca review blogger yang pernah ke sana.
DAY 1 - 5th July
2012
Bangun
pukul 5.30 untuk bersiap-siap. Senang aje nak kejutkan baby, pasang mp3 lagu
one direction WMYB. Hehee… Fahda memang dah
semangat nak bangun, nak naik flight lah katakan. Bertolak dari KL pukul 7
pagi, stop at RnR Dengkil untuk breakfast. Arrived at LCCT pukul 8.pagi. Nasib
baik dah online check-in. Just nak check-in beg yang berat tu.. 13kg beratnya.
Another 2kg cukup 15kg yg telah dibeli 3 days before. 15kg = RM25.
9.30 fly to
KK. Duduk sederet 3 orang and baba sorang diri kat belakang.Dalam flight baby
tak boleh duduk diam.. tp finally lepas menangis di awan biru, baby pun tidur.
memang dah mengantuk sangat sbb kena bngun awal pagi tadi.
Airasia sourvenir key-chain & pencils = RM 29 |
Dalam
flight kena cukai dek Fahda – Maggie cup 1 RM6. so beli dua untuk baby jugak.
Kalau tak nanti dia kacau Fahda makan. Beli key-chain RM19 untuk 1 set ada 3
biiji, & pencil airasia RM10 – 3 btg.
Total
Belanja
dalam Flight = RM 41.00
flight
pergi balik = RM 208.00
pre-order
meal 3 set Briyani = RM 29.70
pre-order
meal Pancake = RM 7.90
luggage = RM 50.00
tukar 4
seat = RM
24.00
----------------------------------------------------------------
Grandtotal = RM 360.60
----------------------------------------------------------------
Sampai KK
dalam pukul 12:30 pm
- Orang
sewa kereta dah tunggu kat situ.
- Sewa MYVI
RM330 for 3 days. Tp dia bg diskaun lagi, cuma bayar RM290 untuk 3D2N.
Total Sewa = RM 290
Duit Minyak = RM 50
----------------------------------------------------------------
Grandtotal = RM 340
----------------------------------------------------------------
Dari KKIA
Terminal 2 ke Pusat Bandar KK.
- Senang
sangat. Ikut aje signboard.
- Lunch
dulu kat waterfront. Tak makan sangat sbb dah makan mcm2 atas flight. Total
RM15 – mahal for ABC, Milo ais and sorang makan + air bandung.
- Waterfront sangat cantik
dan tak panas pun.. padahal rasa matahari terik atas kepala.mcm biasa
baby ajak main kejar-kejar..
- Duduk
Hotel Seri Borneo. RM 140 untuk semalam (1
queen & 1 single).Book dengan
Agoda.com. Kena fees RM20. so total RM160.senang sangat nak cari.. di tengah2 bandar. dan sangat dekat dengan pasar. Cuma nak parking tu
leceh sikit. 4 kali tawaf baru dapat parking. Itu pun berkat kesabaran mama.
baba jenis tak sabar tunggu parking so mama suruh dia naik & check-in dulu.
Alaaa.. tunggu kejap mesti ada kereta nak keluar. Kalau baba dia akan pusing2
sampai penat, sampai nampak ada kereta nak keluar.
- Lepas
check-in, sembahyang, terus keluar gi jalan2. Jalan kaki ke pasar-pasar yang
ada sepanjang jalan sinsuran tu.. ikut turutan water pasar, pasar penjaja
Melayu, tapak pasar malam sinsuran pukul 4 start, pasar kraftangan (pasar
Filipina), Pasar ikan masin, pasar besar.
Pergi pasar Filipina tu memang rambang mata dibuatnya.. sampai tak tahu nak beli ape.. tp
adviseable jgnlah shopping kat situ.. memang mahal & skill tawar menawar
korang kena tahap tali pnggang hitam then baru dapat murah..
12 set
butang baju melayu = RM 80 puas dah tawar menawar ni…,20
keychains = RM30,Tshirt 23
(baba) + Tshirt 23 (mama) + 18 (fahda) + 18 (baby) = RM82, first time beli
tshirt masa melancong..,Brooch 3
set RM15
Kemudian pergi pasar ikan masin pun mama tak tahu nak beli ape…just beli
kuih cincin 3 bungkus untuk makan sendiri. RM20. Lepas tu
kita round belakang pasar Filipina, ada pasar malam. Kat situ bnyk sangat
seafood. Sebesar2 lengan pun ada..anyway kitorang tak lapar sangat, just minum
petang, makan chicken wings, pisang goreng, karipap, keropok lekor. Overall
semuanya sedap. Ada
ke yg tak sedap.. pisang goreng panas dia mmg terbaik.. kalah pisang goreng
komuter shah alam. Sampai 2 kali beli pisang goreng & chicken
wings. Buat bekal untuk ke Perdana
Park, Tanjung Aru.
Dari pasar
malam tu terus naik kereta untuk pusing2 bandar KK & terus ke Perdana Park, Tg Aru. Perdana Park
tu dekat jalan keluar airport. So tengahari tadi masa keluar airport
tu dah aim nak pergi sini. Sbb ada pertunjukan air pancut berirama. It’s awesome! Bayar parking RM1
aje. Perdana Park tu tempat riadah, boleh jogging
dengan tenang sbb tempatnya well-maintained. Ada speaker besar diorang pasang lagu2 yg
aman mendamaikan perasaan. Ada
playground yg pelik, tak jumpa kat shah alam ni… ada keretapi kecik warna merah
untuk budak2.. Fahda cakap mcm Zayn Malik naik keretapi warna merah dalam lagu
Moments – one directions. Dia naik pun perasan mcm Zayn Malik lerr konon..
Fahda & Farah di Perdana Park. |
pertunjukan
air pancut berirama tu start at 7pm, 7.30pm, 8pm, 8.30pm. setiap persembahan 10
minit.. Mula persembahan lagu sangatlah patriotik.. Lagu Malaysia Berjaya, lagu
joget apentah Siti nyanyi, lagu sabah, dah hujung2tu baru lah lagu2 instruments
celine dion, mariah carey.. lagu yg best2.. air pancut tu menari ikut irama.
Baby duduk diam aje, mcm kagum sangat tengok air pancut tukar2 warna menari
depan dia.. org tempatan yg bawak family & jogging tak ramai sangat.
Tourist ni kitorang aje kot.. jmaman… hehe..
Lepas tu
kita terus balik hotel. Mandi, sembahyang, lepak kejap. Pukul 9 turun
dinner kat pasar malam sinsuran. Ingat nak makan seefood, Ikan bakar RM20,
sotong besar2 4 ekor RM15, + 3 nasi + air.. = RM 47 + chicken wings fahda
RM7.50 kot. Makan kena bergilir sbb baby meragam.. menangis nak main kejar2 kat
pasar tu.. lepas makan nak balik hotel shopping lagi.. Brooch murah2 sangat kat
pasar malam tu.. so beli 12 set RM40 + 12 set RM50 + keychain 7 RM10 = RM100
Dah tu
balik hotel.. sebelum tidur kira duit yang dah dibelanjakan hahaa…3/4 dari duit belanja sudah habis pada hari pertama sahaja...huhuuu...
12 set
butang baju melayu = RM 80
20
keychains =
RM30
Tshirt 4
pasang = RM82
Brooch 3
set = RM15
Hotel = RM160
kuih cincin
3 bungkus = RM20
Minumkat
pasar = RM15
Parking Perdana
Park = RM1
Dinner
Seafood = RM47
Shopping
after dinner = RM100
----------------------------------------------------------------
Grandtotal = RM 550
----------------------------------------------------------------
Esok mama sambung lagi ye..
No comments:
Post a Comment