1. Tukar Spek... Anggaran RM500
Tak ingat bila last tukar spek ni.. kedai mana aku last tukar spek pun tak ingat dah. nampak benor lamanyaa. Rasanya last sekali 6-7 tahun lepas kot.. masa tu fhda pun teramat kecil dan comelnya.
2-3 tahun lepas tukar frame aje.. tp glass & power tak tukar. Harus tukar ni, sbb dah senget sbb hari tu Faris dok hempuh kepala mak longnya sampai terkena spek. Ganas betul budak kecik itu...!
2. Baby Neck Float.. Anggaran RM 69.90 kat http://www.mymambobaby.com/
Comelkan baby ni.. relax aje... |
satu lagi cerita dari mummy yang lain tentang Baby Neck Float ~ http://baby.thescarfer.net/?p=449
http://www.yourbabycanswim.blogspot.com/
3. Baju raya.. Anggaran RM200.. .
Ini semestinya keperluan.. tapi pakai baju lama apesalahnya kan.. Mindset.. mindset kata baju raya ialah keperluan sebab nak berlawa-lawa di pagi raya.. semestinya!
Hehee.. Lama lagi nak raya dah fikir pasal baju raya.. Memang aaa.. ni bajet setahun tauu. kena masuk gak dalam bajet. Ni baju raya termasuk lah baju raya mama, baba, & Fahda. For Baby tak payah lah.. sebab dah habis shoppng dah masa warehouse sales Pureen tahun lepas. Masa tu baby belum keluar lagi... hehee
4. New handphone..? Anggaran RM500.. bnyak sangat RM400 dah lah kot.. RM300 kot..
Hp lama... Sony Erricson warna purple.. |
Panjang ceritanya... nanti aku bukak post baru... heheh... Anyway sejak tu aku dah takut nak beli handphone mahal2.. handphone sekarang pun murah RM100 aje.. x de gambar, x de camera, x de mp3, segala2nya tak de... segala beri-beri tu lagi lah tak de.. Terpkir gak nak tukar hp tapi sayangnya duit aku...!! semua tu bukan keperluan... orang nak cakap ape.. cakap lah.. tp rasa cam nak beli hp baru gak..! nak tak nak tak nak tak nak nak tak nak nak tak nak nak tak nak ...!
Tu ajelah setakat ini. Sejak ada baby Adelia ni memang aku berhati-hati soal duit. Sekarang semuanya berkira walaupun dengan Fahda yang selalunya dapat ape yang dia nak. Terpaksa... beli yang mana perlu saja...
nanti sambung lagi yee.. baby dah nangis...!
No comments:
Post a Comment