Thursday, September 27, 2012

Kronologi Diagnose Jantung Failure

Kronologi diagnose Jantung failure & pacemaker implant :-

 

 

 

 

 



negative...

I don’t understand…
I don't want...
I’m frustrated that…
I hate my…
I can’t figure out …
I’m stressed about…
I’m worried that…
I should be able to… but I can’t…
Why am I having so much trouble?

Dear, observing your thoughts and changing your thinking in the positive way...




Nilai kehidupan...

  • Rumah ~ A ‘home’ is more important than a house.
  • Handphone ~ ‘Communicating’ is more important than your phone’s ‘style’ or ring tone.
  • Kereta besar..  ~ Being able to drive safely from A to B is more important than the 12-decker CD player and engine power.
  • Branded wear, designer cloth / bag -  Wearing comfortable clothes and accessories that you like and need, is more important than who designed them.

Wednesday, September 26, 2012

Sirrun


Sirrun ~ rahsia yang terbenam di dalam hati seseorang


tengok drama Sirrun..?
sangat terkesan di hati tengok Zarina AF & Beto dalam drama ni.....




gambar credit google...

Pacemaker jantung ~ yang senasib dengan ku....

Sejak aku keluar hospital dan memulakan kerja lebih kurang 3 minggu yang lepas, sehingga kini ramai yang masih bertanya khabar aku. Mengenai cerita sebenar yang berlaku, ape perkembangan sekarang, ape khabar bateri ku..? bila nak expired? huhuuu.. sangat banyak. dan bnyk jugak ku dengar cerita mereka yang senasib dengan ku.

Basically jalan ceritanya hampir sama..

out of nowhere tiba-tiba pengsan sekejap 
-- berjumpa doktor
-- check-up 
-- operation masuk bateri. 

Doktor aku cakap ini penyakit orang muda.. yes majoriti nya orang muda.. yg hampir sebaya dgn aku, yang muda dari aku pun ada.. Just nak share cerita ni supaya korang semua dapat info yangjelas ye..


Cerita 1
Datuk kepada kawan. Di traffic light di hadapan balai polis, lampu dah hijau, nak tekan minyak jalan, tp tiba-tiba pengsan. tekan minyak sampai masuk ke balai polis, & pecah cermin balai polis tu.Bila datuk tu sedar, dia hairan kenapa boleh accident macam tu.. dalam balai polis lagi... Dia tak boleh ingat ape yang dah berlaku seminit yang lepas. tak lama tu pakai bateri.

Cerita 2
Doktor aku yang cerita. One of his patients pengsan while driving, & accident langgar pokok. nasib baik bukan langgar orang atau other cars. Bila sedar dia pun kehairanan macam mana dia boleh accident. Dia masuk hospital sbb accident to bila dia bukak cerita macam mana dia accident tu terus doktor suruh dia further check-up.. & finally masuk ke operation room untuk implant the pacemaker tu.. jantung.. oh jantung..

Cerita 3
Ini yang paling sedih sekali.. happened to my friend's cousin. Top student, baru grad & baru start kerja about 5 months. Stay dengan parents dia. Malam tu dia pengsan kat rumah, tapi malangnya dia bukan pengsan yang sekejap. so bila parents sedar dia pengsan, terus panggil ambulans. ambulan sampai about 15 minit.  baru buat CPR & guna alat penghentak jantung yang selalu kita tengok kat TV.. lepas tu baru dia sedar. tp too sad sebab dia lost his memory, lama sangat oksigen tak sampai ke otak. that's what doctor told me, kalau jantung tak berdegup for 1-2 second, no problem. 3 seconds you akan pengsan. comes to 4 seconds sama ada you akan sedar balik atau you langsung tak sedar... atau jantung you takkan berdegup langsung. sama ada sudah ajal atau belum masanya cuma jantung tu fail to operate balik.

So that guy kena pakai bateri / pacemaker. dan dia memang bergantung sepenuhnya pada bateri sbb bateri tu last for 5 years, kena tukar dah... so far dia dah 2 kali tukar bateri dalam masa 10 tahun. & kawan aku ni cakap, bila bateri tu dah nak expired, cousin dia memang nampak macam tak bersemangat, selalu lemah badan sampai dia tukar bateri baru.... and cousin dia pun sekarang tak kerja due to his lost memory and,  that's the real story! scary me...!

Doktor kata aku boleh guna sampai 13 tahun lagi. maknanya i'm not heavy user. Ape pun aku harus bersyukur atas dugaan Allah ini.. teringat kata ustaz, 35 tahun aku sihat walafiat tu tak syukur lagi ke? so bila umur 36 kena musibah ni kena syukur atas 35 tahun yang sihat itu... semuanya kena syukur & jangan menyalahkan takdir Allah.. Ada sesuatu hikmah yang kita takkan faham...

Cuma 3 cerita di atas sempat aku share, nanti aku akan share lagi ye.. sesiapa yang senasib dengan ku, sila lah comments di bawah...



teka teki hotfm

Hari ni budak2 office asyik main teka teki aje.. penat gelak sebab teka teki nya banyak yang songsang... hehhe :-) 

anyway, teka teki hotfm yang paling aku ingat sekali sebab masa tu dengar kat radio on the way to office. ape lagi tergelak lah kitorang dalam kereta tu... 

5 teka teki yang buat anda nak siku orang yang memberikannya...
 
S1: bas ape yang selalu terlibat dalam kemalangan???
J1: terbaBAS...

S2: ayam ape yang mahal???
J2 : ayam yang kau beli sebanyak 10 kilogram...

S3: buah ape yang banyak???
J3: buah-buahan...

S4: wanita ape yang tak nampak esok???
J4: Wanita Hari Ini (program TV tue)

S5: barang ape yang selalu tertinggal???
J5: barang yang lepas jangan dikenang...

Friday, September 21, 2012

Doktor jantung hatiku...

Refer to a list of Sri Kota Medical Centre resident consultants in Sri Kota website.

http://www.srikotamedical.com/our-consultants.htm

Dr no 10 is the first Dr i met, she is very good doctor. Semua test dia buat before detect my heart's problem. and she refer me to Dr no 11. Dr no 11 is the one who make a surgery operation. And now i am look forward to seeing him..

cepatlah sembuh ye..

Farah Nur demam..

agak lama juga dia tak demam..
bila demamnya banyak ragam.. mama dia tak boleh tidur.
minum susu tak nak,
cool fever pun tak jalan..
nak letak kain basah atas kepala ape tah lagi.
so layan ajeee lah..
nasib baik ada air kotak susu kid nestle dlm fridge..
sejuk-sejuk sedap dia minum sampai abis..
lepas tu baru farah perlahana2 tertidur...

at the end mama dia memang tak boleh tidur..

duhai anak ku..
biarlah huru hara rumah ni macam mana pun,
riuh rendah gelak tawa mu menyinari hatiku..
hati risau tak keruan bila anakanda sakit.
cepatlah sembuh ye..

Wednesday, September 19, 2012

2nd check-up

Hari ni pergi check-up lagi untuk kali ke 2 lepas keluar hospital. Appointment dgn doktor pukul 10 am tp check-up for pacemaker diagnose pukul 10.30 am. Pagi lagi aku dah sampai tp specialist pacemaker pulak datang lambat.


Selalunya specialist pacemaker tu datang dia akan bukak alat dia macam notebook tp sizenya besar macam komputer and then dia akan letak reader tu kat bahu aku tempat bateri tu tertanam. so mcm wayerless lah semua data tu auto-transfer masuk ke komputer. Semua test dia buat. bila dah ready dia akan print report untuk my doktor as a reference masa briefing pada aku. basically semua data ada dalam tu, cepat or slow nya jantung aku, untuk sekian2 hari.. semua boleh cari kat situ.

pacemaker ku.....
Menggunakan komputer tu diorang boleh test lajukan degupan jantung, test itu, test ini.. untuk tengok samada wayar dalam jantung tu ok ke tidak. I just have to bear with all testing made by the specialist tu.. boleh rasa tiba2 mcm sakit jantung bila dia test tu.. Macam sakit yg aku rasa sebelum jatuh pengsan hari tu. Tak tahu nak explain mcm mana tapi bila datang sakit mcm tu aku rasa aku dah tahu ape akan jadi pada aku. :-)

Lepas tu kena tunggu doktor pulak. Doktor aku ni terlampau busy. patient dia paling ramai berbanding klinik2 sebelah dia tu. Mostly ramai yang tua-tua dan berumur sikit. aku aje yang muda. huhuuu.. Tadi aku tunggu about 30 minit, sambil tu borak dgn specialist tu tak de lah bosan sangat. specialist ni first time aku jumpa.. masa operation and 1st checkup tu orang yg sama.. mr fong namanya. yng kali ni ms ape aku lupa nak tanya nama..

Bila doktor datang, selalunya ape yang akan dia bgtahu ialah berapa percentage bateri telah digunakan, berapa lama hayat bateri sebelum expired & any irregular finding. & check balik kesan operation hari tu. Setakat ni aku dah guna 7% of bateri usage, and expected expired 13 tahun lagi.

Doktor aku kata jangan risau.. you won't see me another 13 years.. i sudah retired, may be doktor lain yang tukar bateri you.. haha.. gurau doktor. so aku tanya umur doktor berapa? 52 tahun. sudah tua..

really? tak nampak tua pun. aku ingat umurnya mid 40.. rambut masih hitamm..

so after sembang2 dgn doktor, aku pun terus balik ke office.. kerja lagi dowwhhh...! tak payah bayar ok? Nasib baik company cover check up aku.. sbb skrg ni every check up will be RM270.. That's why I love my company.. hehhe...

next appointment will be on December 2012..

Sunday, September 16, 2012

Supplement untuk jantungku...


Inilah supplement yang aku makan untuk menguatkan jantung ku... Aku beli ni lepas ada health talk kat office, mengenai stress dan jantung. dalam pamplet memang ada terteulis for abnormal heart beat. so i guess this is for me.. product ni product germany tp kilangnya di Switzerland.. tempat di mana kandung bakteria kuman paling rendah bacaannya di dunia ini.. ini ikut kata orang sales tulah... or itu sekadar iklan semata2.. tak tahulah kan... 

Harga kat kedai about RM80, aku beli kat office RM60- 60 biji.. kiranya 1 biji rm 60 untuk 60 hari...

Nak details lagi.. searchlah internet ye...


 

Mee Hoon Kueh 麵粉粿 Hokkien Hand Pulled Noodles

This is one of my favorites.. selalunya makan kat office kantin.. sangat sedap and healthy sesangat. Nama dish ni Mee hoon ker.. cuba cari kat kedai melayu memang tak jumpa. sekin lama aku mencari resepinya hari ni baru jumpa. Rupanya ejaan lain... mee hoon kueh..bukan mee hoon ker.. whatever.. nama  lain yag aku tengok kat youtube Pan mee. atau pun hand-pulled noodles.. memang lah patut bg namaa macam tu.. sbb nak buat tu kena tarik tepung tu dengan tangan...


ok enjoy.. nak start  buat dish ni untuk breakfast pagi ni...


Resepi dari blog ni yeee...
 http://3hungrytummies.blogspot.com/

serves 2 to 3 as a one dish meal
for the noodles dough;
250 g of plain flour
1 egg
1 tbs of cooking oil
100 ml of water pinch of salt


for the broth;
1/2 cup of dried anchovies (ikan bilis)
1.5 L of stock or water
1 tbs of tong choi *(冬菜, pronounced dong cai in Mandarin)
1/2 cup of dried soya beans
1/2 cup of dried mushrooms, soaked in hot water for 20 minutes and drained.
2 garlic clove, chopped
* a type of preserved vegetable
- Fry anchovies with a little oil for a minute then add in the stock or water. Add soya beans and tong choi and simmer for 20 minutes. Saute garlic with a little oil then add in the mushrooms and cook for a minute or two, add content to the sieved broth.

you'll also need;
100 g of chicken meat*, sliced
shuzaicai** (樹仔菜, sauropusandrogynwsL.Merr), picked or
choysum, cut into manageable lengths
2 spring onions, chopped
crispy shallot
1/2 cup of dried anchovies, fried til crispy and drained well
cut chillies
*Use leg or breast - marinate chicken with a little soy, sesame oil, pepper and corn flour.
** Also known as mani cai or sayur manis

http://3hungrytummies.blogspot.com/2010/08/mee-hoon-kueh-hokkien-hand-pulled.html


Friday, September 14, 2012

andai aku tiada lagi...

Sedekahkan Al-Fatihah..








Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة


1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Wednesday, September 12, 2012

Rancangan seterusnya..

Rancangan seterusnya..

Ada 2 benda aje yang ada dalam kepala aku sekarang :-
1. Spend money to buy a house - downpayment, lawyer fees and sbgnya - RM30K
2. Spend money to buy a car - ingat nak bayar cash aje.. malas nak fikir bulan2 tp tengok dulu lah.. my bajet dalam 20K.

lepas tu mana aku nak korek duit.. For sure start saving the money again...

Untuk saving anak2 pulak, 4 ini yang terbaik aku rasa.. :-
- Insurance & medical card
- Tabung haji
- Tabung SSPN
- Akaun ASB


Sunday, September 9, 2012

KUPILIH HATIMU

LIRIK LAGU KUPILIH HATIMU 
USSY FT. ANDHIKA PRATAMA [ OST SAIFUL NITA ]

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

Keputusan telah dibuat..


Finally... aku dan en suami telah membuat keputusan untuk besar dalam hidup kami.. Setelah berminggu berbincang dan semalam akhirnya semua telah terjawab. aku merasa satu kelegaan dan satu beban di hati yang tertanggung sekian lama semacam hilang begitu saja.. alhamdulillah..

Apa sebenarnya ye? Bukan ape-ape pun.. memang satu keputusan besar perlu dibuat. Kami berdua telah mengambil keputusan untuk tidak membeli rumah tanah buat masa ini disebabkan rumah di shah alam sangat melampau harganya. dan setelah survey kawasan sekitar pinggiran shah alam, Meru, Kapar, Jalan Kebun, etc harganya melebihi budget kami tp okasi sangat lah jauh dari shah alam. Tak sanggup rasanya berulang alik kerja setiap awal pagi, dengan anak2 ku yang mungkin akan tertidur sepanjang perjalanan ke shah alam.. Orang lain boleh kenapa aku tak boleh ye? hmmm.. bukan tak boleh.. tapi aku tak mahu!


Setelah berbincang, akhirnya kami cuma mahukan sebuah apartment sekitar shah alam sebagai 2nd house. Ianya sebagai investment untuk masa depan dan akan disewa, bukan kami yang bayar duit bank, tp penyewa yang bayar. Kami cuma keluar duit duit muka saja. Sewa apartment di shah alam mencecah RM1K sebulan, insya-Allah. Mahalkan...

Itulah harta peninggalan untuk anak2 tersayang, seorang satu apartment bila kami tiada di dunia ini kelak. Itu semua perancangan. Sejak didiagnosiskan yang jantung aku bermasalah, aku mula merancang harta2 ku. Sebab itu aku berkorban untuk tidak membeli rumah bertanah, walaupun itu adalah impianku sekian lama. Namun sekarang aku tidak memandang itu sebagai keperluan, itu cuma kehendak hati sahaja. nak rumah yang besar, bertanah, cantik, blaa.. blaa.. tpi value dalam hidup tak de.. ini lah akibat memikirkan hal duniawi sahaja... I just want a simple life. Yang penting hidup bersederhana, bersyukur apa yang ada, cashflow yang +ve sangat, dapat menyimpan duit untuk anak2 ku.. bukan untuk diriku sendiri, dapat enjoy the moment bila trip & travelling bersama anak2. Semuanya demi insan tersayang bila aku tiada kelak..

Aku baru sahaja selesai baca buku Bijak Mengurus Wang, oleh Puan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Banyak panduan diberikan dan banyak  lagi yg perlu ku buat selepas ini..
- uruskan pembelian 2nd house
- insurance & penamaan harta2,
- settlekan hutang2
and finally mungkin wasiat untuk mereka...

Jangan lupa baca...!
Sentiasalah mengingati mati, uruskan harta dan hutang2 anda untuk kemudahan mereka yang ditinggalkan.


Friday, September 7, 2012

Baru masuk kerja...

Baru minggu ni masuk office selepas 3 minggu bercuti hospitalisation. Alhamdulillah.. macam selebriti pun ada sbb ramai yang bertegur sapa dan bertanya khabar. Rasa macam pelik pulak.. Nampaknya jadi berita hangat aku masuk hospital & masuk bateri kat jantung. Sampaikan guard Nepal pun tegur aku.. "kakak dah sihat? bila masuk kerja?" Tahu pulak dia mana satu orangnya..

Masa hari Isnin - first day kerja hari tu aku memang exhausted tak terkata. pukul 4.30 aku dah balik sbb tak tahan keletihan yang amat sangat. Nasib baik flexihour. Sampai rumah mak dah hilang letih tu sbb tengok anak2 yang tersayang dengan macam2 karenah. tp bila sampai rumah aje, mandi dan terus tidur. Tak tahu kenapa macam tu sekali. kesihatan aku semakin teruk rasanya. sakit operation tu semakin terasa.. Mungkin diluar jahitan ok, tp di dalamnya tak tahu macam mana.

Hari Selasa dan hari seterusnya aku rasa macam ok sikit, tak lupa aku ambik Ikan Haruan Polleney. So sakit operation tu memang dah kurang. Kerja kat office pun sikit2 aku buat.. bnayak benda dah aku lupa. password segala system aku lupa.. haru.. nak buat script programming pun aku ingat2 lupa.

Insya-allah, semoga Allah permudahkan jalan ku.. Aku tak nak lah disebabkan battery ni semua benda tak boleh buat. performance drop.. aku akan tunjukkan aku semakin semangat bekerja. Anyway aku sedang mengarang surat untuk repayment operation / surgery cost aku hari tu.. company dah cover separuh, separuh lagi deductlah gaji aku.. Apepun aku bersyukur sebab company aku sangat menolong aku hari tu.

Lepas ni aku kena review balik insurance / medical card untuk2 anak2 aku..