Saturday, April 23, 2011

Pureen Warehouse Sales 23~24Feb2011

SAlam..

Nak update pasal warehouse ssale kali ni. tak berap abest. Sampai pukul 12 orang punya lah ramaiiii... Masya-allah. Ntah lah malas nak citer bnyk.. jalan jem, org ramai, nak bayar kena queue sampai hujung dunia, balik jalan jem lagi.

Ape pun dptlah sambar pampers 3 bungkus size m + 2 size L. baju tak banyak yang tinggal.. so dpt seluar RM1 ajerr.. botol susu pun bnyk BPA Free.. Pureen prmoted BPA-free.. ingatkan ada lah stock lama yg dia nak clear kan tp tak de...yg RM1 pun tak de... hmm.. hampa gak. Last2 bayar RM301.. sila bayar ye en suami...

baliknya makan A&W lama tak jengah ni.. bedal aje lah perut dah lapar.. 4 jam pergi balik ke PJ tu....
Sekian...

Sunday, April 17, 2011

Sunday ahead planning..

Salam & Good morning all,

Wah.. Today is Sunday..
esok Isnin?? .. arrghh mood.. mood.. ku seru datanglah!!

Well time is running fast. Next Sunday, 24th April 2011 Farah will be 4 months old. My little girl is growing bigger and bigger.. hehe.. not as usual size of 3-4 months baby. Those who don't know her will says that she is 6 months now. And me not very keen to bring her out jalan2 kat shopping complex without stroller.. Kalau tiiidak, balik nanti sakit pinggang makkk...!


By the way she is a good girl. Her sleeping time had changed recently. Last 2 weeks, we had a hard time night at night as she woke up 2 times a night.. waaahh.. mama menyusu sampai mama pun terangguk2 dibuatnya. Tp bila perut dah kenyang, baby girl sambung tidur balik... ada sekali tu tak sampai setengah jam tidur, nangis balik nak susu.. aiee biar betul ni.. so buat jugak susu, abis setengah botol dia sambung tidur balik. hahahaa.. memang betul lapar agaknya. 

Tapi sekarang dah ok balik.. she will sleep all night.. pukul 6 baru kejutkan mama nak susu.. good girl. Jadi alarm suruh bangun pagi, mandi, solat & bersiap gi kerja. Susu pun dah tambah 1 oz, jadi 4 oz sekali minum. itupun kdg2 tak abis. Well, memang baby ni membesar dalam tidurnya..  Mak yang menjaga pun tak bising sangat sbb 9 jam kat rumah mak, agaknya her awake hours dalam 2-3 jam ajerrr.. manalah mak aku tak happy. :-)

Hari ni plan nak keluar kejap, hubby nak jumpa her model friend kat Subang. So tumpang sekaki jenjalan kat Carrefour, nak gi Nagoya, cari kain baju sekolah Fahda. Dah lusuh baju sekolah Fahda, yelah pakai since tahun 1. Dulu saja cari baju tu besar2... ni lagi sorang my tall girl. Kain baju sekolah beli this year, tengok this month dah senteng abis.. macam jalan dalam banjir lak. Fahda pun cakap kalau duduk aje mesti kain tu naik sampai peha, so kena pakai seluar track kat dlm. Kain tu pun dah bagi pd anak sepupu si comel Fatin, darjah 3 tp kecik aje orang nya.

Next week quite a bz week & RM yang bakal keluar macam air...

Isnin - Jumaat, kat office
run payroll... kira gaji, dahlah Jumaat kena antar gi bank sbb gaji on Monday. Rushing rushing... kira increment for promotion/upgraded staff. Semua staff nampak $$$$$.. blink.. blink..!

Sabtu 23/4, Pureen Stock Clearance Promotion.
Wajib pergi. Itu stock diaper baby untuk next 6 months + baju raya baby. Budget :
  • RM200 for diapers ~ last year beli 4 size S RM80 aje. ngam2 3 bulan abis..., Kali ni may be 4 size M, and 4 size L. kena beli gak size L, sbb she is getting bigger.. Hubby ni mesti bising beli bnyk2.. mcm dulu bising beli sampai 4 pack, siap suruh bg orang lagi. tp tengok.... tak cukup bang!
  • RM100 for baju Farah ~  last year RM100 for 14 pasang baju baby girl Pureen yang cantik2
  • RM100 for others (toiletries, botol susu, mainan baby - RM1 ~ boleh beli banyak2, etc.)

Ahad 24/4, Baby imunisasi 4 bulan
My little girl Farah akan dicucuk @ Hospital bersalin Umra. Budget RM100 kot. Tak sabar nak timbang & ukur tinggi.
Lahir : Berat : 3.76kg, Tinggi : 47 cm
1 months : Berat : 4 kg, Tinggi : 51 cm.
2 months : Berat : 5.6 kg Tinggi : 57 cm.
3 months : Berat : 6.4 kg Tinggi :  cm. ( 3 kali  remote TV panasonic)
4 months ? kita tunggu aje next week....

Monday 25/4, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011@ PWTC
yeah shopping buku2.. Fahda mesti excited. So my budget RM200. Target kedai buku PTS. well, cuti lah ape lagi.. Fahda pun terpaksa ponteng sekolah 1 hari... sanggup. sbb tak nak redah lautan manusia kalau pergi weekend :-)

perrghhh banyak RM$$$$ keluar bulan ni.. Kena ikat perut lah mama nampaknya.

Finally, kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentu segalanya.
Ya-Allah, permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat kelak... Amiinn.

Saturday, April 16, 2011

Fahda hafal sifir..

Salam all,

I don't know how is she managed to hafal sifir 1-5 easily. Me at her age sifir 3 pun tak lepas. tp fahda boleh siapkan sifir 1 hingga sifir 5, skip sifir 6-9, then continue sifir 10, 11, 12 in 1 paper dalam masa 10 minit. Well done girl!.

Padahal kat sekolah baru je masuk bab sifir. She build up her confident level day by day. Her favorites subject is.. off course Math! She is really focusing and catching up every single thing on that subject now...

Shukran. Alhamdulillah...

Tuesday, April 12, 2011

time is running way too fast!

Malasnya nak kerja hari.. Mood tak datang2. Rasa nak balik rumah & tengok baby. rasa rinduuuuu sangat pd si montel tu. She is a big sizzze baby, mana taknya lahir pun dah 3.76kg. This week 24th, ngam2 lah si comel tu 3 bulan. Alhamdulillah.. time is running way too fast!

Tapi malam ni tak boleh balik awal pulak. Ada sudden dinner arranged.. why so sudden... hahah actually plan wednesday, then postponed thursday. Tapi ada yg tak boleh, so postponed next monday, sama gak.. ada yg tak boleh attenda. last2 my AM said why not today?? since everyone is here maa... thennn the final conclusion.. everyone agree. Yeaahh makan lagi..!

Diet tak diet kena makan jugak. susah nak dpt peluang makan kat Chilli's or restaurant yg sewaktu denganny kalau boss belanja. walaupun mulut dia cot cet bising sebab asyik kena belanja kitorang.. tp kena paksa gak.. sbb gaji dia ribu-riban, bonus dia puluh2 ribu riban. manalah nak compare dgn kita ni.. Mintak2 next month got another ex-gratia 1 month like last year..

How's my evaluation this year... hard to guess.. sbb tak perform sgt during pregnant. asyik balik cepat aje. but still my work complete on time.. no drag ok..? last year is very hard time cause pregnant, then my boss retired. susahnya Mdm tak de. Kena trasnfer job to another person. then tak lama lepas tu dia pulak MC, hospitalised.. katanya kena cancer. But then she hard to share her problem with us. so don't know her condition yet. She MC a month before i deliver. Now i already come back to the office, she's till yet back to office. How is she..? then my successor during maternity leave pun tercabut kepala nak settle kan my job... haaaa..

ape merepek ni.. sungguh sangat boring hari nii....

Monday, April 11, 2011

Pengharaman botol susu BPA

Rasanya semua orang tahu yang kerajaan telah mengisytiharkan pengharaman botol susu BPA. Aku pun tak berapa tahu nak bezakan botol susu yang ada BPA dgn non-BPA. Cuma kalau survey2 kat kedai tu ada tulis BPA FREE.. yg ada BPA agaknya yang kosong tak de ape-ape sign tu.
so ape tu BPA? ikut risalah kerajaan ni BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. boleh dikenal pasti botol susu tu nampak keras & lutsinar. Rasa nya botol susu baby sekarang memang yang ada BPA lahh...
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. >> Baru aje keluarkan strilizer last month. dah beli lama tp sbb malas nak rebus, & risau sbb guna periuk yg selalu masak sambal, kari.. untuk rebus botol susu baby? tak patut kan..? so keluarkan striliser.. ohh sangat senang and can steril everyday..
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. >> Biasakan letak air kosong dulu, baru air panas.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. >> as usual..!
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. >> Ini memang selalu check.. so far for baby Farah, i tukar everymonth. sbb baby kecik lagi... Masa Pureen warehouse sales last year i beli 20 botol susu harga RM1. Bulan pertama 5 botol, bulan ke dua 5 botol, bulan ke 3 ni 5 botol di rumah mak waktu siang, & 5 botol lagi kat rumah waktu malam... So dah masuk 4 bulan ni stok botol susu dah habis. Insya-allah nak pergi Pureen whouse sales lagi. Kalau ada yang Non-BPA harga RM1 lagi bagus.. kalau tak i still beli as a backup plan.. :-) jangan lupa 23-24 April ni for  Pureen Warehouse Sales. Yesss...!

Nak baca details lagi pasal BPA ni boleh gi sini :-


Thursday, April 7, 2011

Report Card & baby girl sunat..

Semalam pergi sekolah Fahda untuk tengok Report card bagi ujian pertama tahun 2. Alhamdulillah.. tak lah teruk sangat. Ok aje aku rasa. Dapat no 9 daripada 33. ujian kali ni ada 9 subjects which is 6 Subjects dapat A, 90 ke atas, kecuali 3 subject ni BM, BI, and science. 6A,2B,1C.. hehhe

Tapi tak boleh compare dgn sekolah biasa sbb sekolah biasa 80 ke atas dah A. Sekolah Fahda >= 90 A, >=80 B, >=70 C. So standardnya memang tinggi. By the way, Fahda dah bnyk improved.. kalau usaha lebih mesti boleh dapat top 3 tu.. tengok soalan tak susah pun. bnyk careless mistakes. Paling tinggi B.Arab 98% and Math 96%. Alhamdulillah.. she showed some improvements and high confident level sejak join Tuisyen Math. Subject agama seperti tauhid, akhlak, b,arab, feqah.. semuanya A..

Last Friday, Fahda cerita yang math kat sekolah baru je belajar darab. Kat tuisyen dah hafal sifir 5 dah.. dia ada teknik dia sendiri. So dia show off dengan Mualimmah.. :-)

Tapi aku rasa agak terkilan jugak sbb since ada baby ni dah kurang masa untuk buat revision dgn Fahda. Biasanya kitorang spend time, belajar sama-sama.. buat homework sama.. we do funny things together.. Now she is more independent.. I'm grateful for this amazing changes but still i miss the moment with her.

I love you you my big girl.. ichiido.

Oh lupa pulak.. semalam sunatkan baby di klinik bersalin Annur, seksyen 6. Sekejap aje. tak nangis pun. Kena bayar RM35 sahaja. Sempat bertanya pada doktor tu, ape hukumnya sunatkan baby girl dalam islam? sebab ada terbaca argument dalam Forum cari.com.my pasal ni.. So mengikut doktor tu, actually ikut Mazhab mana kita follow. Kalau Mazhab Shafie mewajibkan, while other Mazhab tidak wajib. Sebab tu ramai muslimah di sebelah tanah Arab tak de sunat-sunat ni. One of her patient, Indon (wife) berkahwin dengan warga Bangladesh (husbnd), pun senyap2 sunatkan anak perempuan dia.

Alhamdulillah selesai sudah 1 perkara lagi.. For Farah, I'm trying my best to follow apa yang wajib & disunatkan, such as bercukur kepala baby on her 7th days. Well, for me not interested to arrange for majlis cukur jambul. Fahda dulu pun tak de.. Sekarang nak simpan duit for majlis akikah pulak, cukuplah menjamu guest makan-makan . Bila tu? not sure yet.. probably after she is big enough, can walk and run without any help or dokong2.. hehe penat mama nanti nak layan tetamu & dokong baby.

Now already 3 months and her weight = 6.4kg, while tinggi tak sempat nak ukur.. kalau nak ukur jugak.. ukurannya sama dengan 3 kali panjang remote control TV Panasonic Plasma tu.. hehe atau tingginya sama tinggi atas lutut mama.. considered her as a tall girl.. like her kakak. Now dah sampai bahu Mama..!!!

i think by next year Fahda will almost same my height.. Cool!!

I love both of you my little girls...
my sweet heart, my intan payung..
For good and bad, mama will always be there for you.

Tuesday, April 5, 2011

ada org tu.. bising x dpt naik M..
dia marahkan AGM kita sbb lupa nak submit nomination name..
from AM to M kepada HR..
Alahaiii.. marah yang amat sangat..
sbb dia missed the this year's boat.
kena tunggu next year's boat untuk sampai ke M..

padahal AGM tak lupakan dia.. atleast dia got TL.
kalau bonus dpt extra 0.5 months.
dpt handphone allowance 100..
kalau exgratia, dia got another 0.5 month.

so ape lagi yang tak puas hati..?
Tak reti-reti nak bersyukur..
dalam dunia ni, kita tak akan dapat semua ape yang kita nak...
kerja? asyik surf internet aje..
kerja sendiri pass kat orang..
lg besar responsible lg bnyk kerja dia pass kat orang bawah.
patut keee?

every year on April aku akan dengar orang yg sama bising2..
bising gaji kecik.. gaji 5K kecik ke?
bising tak dpt promote..
pdhal every year dpt upgrade AM1, AM2, AM3.. EVERY YEAR!!
Cuma tak dapat promote to M saja.. take turn lahh..
aku ni upgrade 3-4 tahun sekali tak bising pun..
bagus sangat ke awak..?
Dia sendiri grow so fast... tak perasan ke..???

adoii.. susah cakap dgn org mcm ni..
perasan dia the best worker in this company..
senang2 boleh ugut AGM sampai kecut perut orang tu..

pelik.. dunia politik kat luar dah kotor..
politik office lagi kotor dude..!

aku takut one day dia akan salah langkah...
aku harap one day dia akan tersalah langkah...
supaya dia sedar....

itu aje... bersyukur apa yang ada.. alhamdulillah.
I might not get any promotion or upgrading level this year..
due to my maternity leave this fiscal year..
Japanese traditional discriminasi.. hehehe..

But i'm ok with it.
i've got a very special gift from Allah.
The beautiful one, my lovely litlle girl.. Farah Nur.

I love you, ichiiro & ichiido..

Friday, April 1, 2011

Mood Swing..

Hari Jumaat yang mulia..

Rasa malas mula melanda..
Padahal Jumaat adalah hari yang paling meriah di office ni..
warna-warni, mcm2 gaya, mcm2 style hijab..
which is only Friday we are allowed to wear casual in the office.
Mon - Friday mcm biasa kena pakai uniform..

Tak de kerja ke?
adaaa.. berlambak.. tapi tak urgent pun.
Kalau yang urgent pun malas nak buat..
Sbb yang urgent to direquest oleh orang yang aku tak gemor..
orang yang tak pandai respect orang..,
tak pandai appreciate orang..
mengarah orang no 1...
kalau bercakap, 3-4 dept yang lain berselang pun boleh dengar..
so benda senang aku buat2 susah..
benda simple aku susah-susahkan lagi..
benda cepat aku lambat2 kan saja..
sangat senang tp aku malas nak buat..
ikut suka hati aku..

bila ditanya.. i'm busy. next week OK tak?
then next week tanya lagi, aku cakap esok & esok & esok lagi..
hehe sampai dia fed-up. padan muka..!

tapi..
kalau orang tu aku suka..
pandai appreciate org buat kerja..
cakap politely dgn aku..
benda susah pun aku buat dengan rela hati.. seikhlasnya.
walau susah mcm mana pun aku buat immediately.
siap format cantik2.. biiar mudah dia baca..
nak archive target VSS amount 3.5mill senang aje aku kira..
well tu special untuk org yang polite di mata aku..

Org yg pandai appreciate aku ni..
dia tahu mcm mana nak manipulate org mcm aku.
all data dlm tangan aku.
just tell me what do you want, aku akan workout the data.
semua dlm kepala..

arghh mengantuknya..
lately mood ada swing sikit..
apehal..........
Sorry neee, no intention to marah2 orang..

Gomennasai.. Sumimasen..