Thursday, February 24, 2011

Legenda Mimaland ni... ingat tak..?

Malam ni sibuk2 blogwalking, tiba2 terjumpa plak story pasal Mimaland. Legend betul... tempat ni masa zaman 90an dulu kiranya setaraf dengan Sunway lagoon. Mimaland ni letaknya kat area gombak tp kat mana pun aku tak tahu...

Ianya tempat rekreasi seisi keluarga.. ada tempat mandi, ada bnyk patung dinasour yang beso2.. and yang paling aku ingat sekali ialah maze dari pokok2.. that one is my favorite. Kalau korang tengok Alice in Wonderland 2009 ke 2010 tak ingat lah..  kan ada pokok2 maze... korang searchlah internet on hedge maze plants. Masa tu memang seronok nak cari jalan keluar dari maze tu.. sampai sesat2.. memang lah namanya pun maze sesat kann..

Lebih kurang macam nilah Maze tu. tapi pokok dia tinggi sampai tak nampak jalan. Kalau sesat kitorang menjerit sebab nak cari jalan keluar. Selalu pergi dengan cousin2.. tak tahulah diorang ingat lagi ke tak...

Mimaland map... tempat ni memang besar..


Bayangkan betapa besaunya dinasour ni...
Seronok kalau anakku dapat peluang bergambar dengan dinasour ni....
Malangnya tempat ni tak wujud lagi....



So adik2 ku.. I'm sure you never heard about Mimalnd kan.. rugi woo tak pergi.. so sebab tempat tu dah tak wujud lagi you all search ajelah dalam internet ye...

ni some information pasal Mimaland... :

Taman Mimaland ni suatu ketika dulu adalah satu taman tema yang top di sekitar KL. Masa tu Mimaland memang popular gila. Genting time itupun tak popular sangat macam sekarang. Sunway Lagoon lagilah takde masa tu. ~ http://sukns.blogspot.com/2010/12/taman-mimaland.html

http://bubblescherryphoenix.blogspot.com/2007/06/remember-mimaland.html

Gambar2 family fotopages Mimaland
http://25th-anniversary.fotopages.com/?entry=946446

Arib negara X
http://arkibnegara.blogspot.com/2011/02/pembinaan-mimaland-1971.html

Wednesday, February 23, 2011

Mama's 1st day at work…

Yesterday was my 1st day at office after my maternity leave selama 60 hari.. ye.. aku bukan orang gomen boleh dapat cuti bersalin 90 hari. Anyway 60 hari pun ok for me, i really have a good and bad time with my lovely newborn baby and my cute eldest daughter. If you ask me, how was motherhood, I will say that I survived it! I can proud of myself as this time confinement, i manage to take care of myself & baby without anyone help except cooking confinement food!

Enough with my connfinement story... As I expect, there is a bomb in my office email.. yes!! itu pun bnyk yang dah di unsubscribe before long leave dulu. Tutup mata and delete sume ok tak? hehee! But then until today, i'm not yet checking my email as everyone in the office keep cari-ing and give me a long list of new request! yarksss bila nak siap kerja ni.. ke kena buat OT to settle all.

Not to forget, kena lengah2 kan masa jugak for gossip office, sesi2 interview kemana-mana pergi semua menegur.. macam selebriti pulak!
"eh dah balik...? Sihat?" ~ Sihat alhamdulillah.. hari ni baru start keje..
"Baby sihat? Baby girl ke boy?" ~ baby girl..
"Deliver Normal ke caesar? " ~ caesar.
"Kenapa caesar?" ~ baby besar...
and so on.. on and on...

Well nak balik cepat.. Kerja siap ke tidak kena balik on time.. tak sabar nak jumpa baby...!

Saturday, February 19, 2011

Tilam Zhulian ~ untuk tidur yang lebih baik...

Pukul 3.25 pagi.. aduhai mata kenapa tak mengantuk.. tak boleh lelap, makin segar dan segar pulak. Ape aku nak buat pagi-pagi buta ni. Kalau nak tahu ini lah penangannya dari Tilam zhulian atau nama komersialnya LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO. Tilam ni actually hadiah dari mak mertua ku. Dia dah beli lama tapi tak pakai pulak, so dihadiahkan lah pada kami.. Terima kasih mak.

Pertama kali berbaring atas tilam magik ni, 2 jam lepas maghrib sbb badan rasa penat dan letih sangat. Huhu... panas satu badan. Aku berselimut lagi supaya rasa effective. Tapi tak de lah berpeluh sangat macam bersauna tu. Terasa badan panas macam lemak-lemak ku sedang membakar. Habis 2 jam memang badan terasa segar. so boleh lah buat kerja rumah sikit..

Lepas tu aku sambung lagi tidur atas tilam tu for the whole night. Tilam tu ada timer, boleh set for 2, 4, 8 jam. Esoknya rasa segar.. tapi seharian tu terasa badan ku panas. buat kerja sikit aje dah berpeluh. Bagus.. bagus.. macam boleh slimlah macam ni kan.. heheh

So malam ni adalah kali ke-3 aku menggunakannya. alaaa cuma sejam aje.. dari pukul 12 am sampai pukul 1 am. Ingat lepass tu nak terus tidur... tp mata aku terkebil-kebil memandang siling dalam samar2.. pukul berapa nak tidur ni. Terasa amat segar pulak, tp malas nak buat kerja rumah malam ni.. Tulis blog lagi best kannn...

SAUNA & TILAM ZHULIAN
Buat masa ini, nak cakap effectnya pada kesihatan atau ke'slimming'an tu aku tak dapat nak ceritakan. aku ada sauna & tilam. Aku rasa tilamm ni lagi best.. membakar lemak semasa tidur. tak payah duduk bertapa dalam sauna tu tanpa buat ape-ape.. heheh..

Haruskan aku let go my sauna.... iye ke..? Sauna pun best gak sebab basah satu badan. Tilam ni cuma rasa kepanasan dalam badan, seolah-olah lemak terbakar. mana lebih effective?  aku rasa tilam ni lagi effective sbb rasa panas tu seharian. Sekarang ni dah pukul 3 pagi, masih terasa hot hot dalam badan.. nak tahu resultnya? Tungguuuu... Nanti aku update ye...

Anyway sesiapa nak beli boleh contact aku... Ini detailsnya...


Apa pentingnya tilam pada kita?
Kerana tidur yang berkualiti memberi kesan kesihatan yang baik pada tubuh badan.
http://sihat-zhulian.blogspot.com/2011/01/lapik-tilam-terapiutik-bio-ion-contiago.html

Bangun dari tidur dengan badan yang lebih sihat..
http://zhuliansihat.blogspot.com/2008/12/pelapik-tilam-contiago.html

Rekaan Generasi Ke-2 ~ Teknologi yang membantu anda tidur lebih baik
http://www.mybabyku.com/2011/01/tilam-contiago-zhulian.html

Friday, February 18, 2011

Duit.. duit yang bakal keluar!

Hari ni saja nak cerita pulak pasal duit.. hmm.. bukan nak cerita pasal berapa banyak duit yang aku ada. tapi berapa banyak duit yang akan keluar dan akan ku belanja kan dalam tahun 2011 ni bagi memenuhi kehendak semasa, keperluan, impian dan keinginan ku.. Anyway ni bukan lah SANGAT KEPERLUAN so antara nak beli ke tidak.. nak beli ke tidak..

1. Tukar Spek... Anggaran RM500


Tak ingat bila last tukar spek ni.. kedai mana aku last tukar spek pun tak ingat dah. nampak benor lamanyaa. Rasanya last sekali 6-7 tahun lepas kot.. masa tu fhda pun teramat kecil dan comelnya.

2-3 tahun lepas tukar frame aje.. tp glass & power tak tukar. Harus tukar ni, sbb dah senget sbb hari tu Faris dok hempuh kepala mak longnya sampai terkena spek. Ganas betul budak kecik itu...!


2. Baby Neck Float.. Anggaran RM 69.90 kat http://www.mymambobaby.com/

Comelkan baby ni.. relax aje...
Ni special untuk Baby Adelia.. Saja nak stimulation kaki tangannya bergerak2 dalam air tu. Bagi kuat tulang kaki tangannya. Baby pun seronok duduk dalam air... macam kakaknya Fahda. Pantang nampak air.. swimming pool or wetworld.. Nampak baby pun macam tak takut air. tiap kali mandi seronok aje dia. Tak menangis pun air sejuk atau pun air suam2 panas.

satu lagi cerita dari mummy yang lain tentang Baby Neck Float ~ http://baby.thescarfer.net/?p=449

http://www.yourbabycanswim.blogspot.com/

3. Baju raya.. Anggaran RM200.. .
Ini semestinya keperluan.. tapi pakai baju lama apesalahnya kan.. Mindset.. mindset kata baju raya ialah keperluan sebab nak berlawa-lawa di pagi raya.. semestinya!

Hehee.. Lama lagi nak raya dah fikir pasal baju raya.. Memang aaa.. ni bajet setahun tauu. kena masuk gak dalam bajet. Ni baju raya termasuk lah baju raya mama, baba, & Fahda. For Baby tak payah lah.. sebab dah habis shoppng dah masa warehouse sales Pureen tahun lepas. Masa tu baby belum keluar lagi... hehee

4. New handphone..? Anggaran RM500.. bnyak sangat RM400 dah lah kot.. RM300 kot..

Hp lama...
 Sony Erricson warna purple..
arrghhh ini yang paling tak mampu  lagi aku beli. Bukan keperluan.. lebih kepada impian dan kehendak aje.. Dulu pernah beli handphone mahal.. Sony Erricson.. sekali tu fahda campak ke luar apartmentku tanpa kusedar.

Panjang ceritanya... nanti aku bukak post baru... heheh... Anyway sejak tu aku dah takut nak beli handphone mahal2.. handphone sekarang pun murah RM100 aje.. x de gambar, x de camera, x de mp3, segala2nya tak de... segala beri-beri tu lagi lah tak de.. Terpkir gak nak tukar hp tapi sayangnya duit aku...!! semua tu bukan keperluan... orang nak cakap ape.. cakap lah.. tp rasa cam nak beli hp baru gak..! nak tak nak tak nak tak nak nak tak nak nak tak nak nak tak nak ...!

Tu ajelah setakat ini. Sejak ada baby Adelia ni memang aku berhati-hati soal duit. Sekarang semuanya berkira walaupun dengan Fahda yang selalunya dapat ape yang dia nak. Terpaksa... beli yang mana perlu saja...

nanti sambung lagi yee.. baby dah nangis...!

Friday, February 11, 2011

I love you Baby Farah..!

Wahh.. this is good.. cuba tengok video clips ni... baru 2 bulan tapi he really wants to talk & responds to his mother. Comelnyaaa..!!

Aarrhh.. tak sabar nak cuba kat Baby Farah..! Tapi dia tidur pulak....

Tuesday, February 8, 2011

1st time shopping lepas pantang..

Hari ni hari terakhir baba cuti CNY. lama betul dia cuti.. tak macam orang lain. heehe.. so Mama pun ambik kesempatan keluar shopping kejap. Amboii macam baru dapat kaki. penat jalan.. rasanya padahal 2 jam ajer.. bukan gi mana pun. Gi alam sentral ajer, tp dah lama tak windows shopping tu yang terasa penat tu. Cuti di rumah masa pantang pun ala setakat jalan ke dapur, ke bilik, ke depan sbb nak tengok TV tu aje..

So ni lah yang mama sempat rembat. semuanya persediaan untuk kembali kerja. Back to work 2 minggu lagi.
- seluar slack warna hitam
- 2 helai tudung hitam & pink.
- 2 biji jam... untuk mama & Fahda. murah ajer.
- 14 biji epal & pear.. haaa ni nak diet punya pasal lah ni. Baju & seluar dah upgrade size lerr.. tak patut.. tak patut. kena ada kesungguhan nak kuruskan 5-6 inci lagikk..
- barang baby & sepasang baju baby. Banyaknya baju cantik2.. rambang mata.. tapi tak borong lah.. sbb sale CNY baru ajer habis. tak nak lah abiskan duit cam tu...

belinya tak seberapa, berjalan, membelek yg lama.. dah ambik, letak balik. pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak... tp yang pelik tu.. kalau barang untuk fahda & baby tak berkira sangat. tp kalau mama punya barang sendiri, pikir 10 kali sebelum beli.. adoyai.. padahal barang tu lagi penting dari barang anak.

anyway ni adalagi tak beli..
- kasut sarung untuk gi kerja
- tukar spek.. spek skarang dah senget. kena hempuk dek Faris..

Daa....!

Iqra'.... Bacalah Anakku Fahda...

Fahda & Iqra'... Mama akui Fahda agak slow dalam bacaan iqra'. tetapi ini semua adalah berpunca dari diri Mama sendiri. Terlalu  berharap pada cikgu di sekolah. Tak patut kan...? mana tak nya.. masa darjah 2, sedang berbadan 2, mengandungkan Farah Nur Adelia. So selalu Mamanya kepenatan. balik kerja aje mesti terbaring atas katil. tak larat serba serbi.

Tapi alhamdulillah, Allah seeakan mendengar bisik hati mama yang selalu merungut tak de masa nak ajar Fahda Iqra'... sepanjang cuti bersalin 60 hari ni Mama manfaatkan sepenuhnya masa untuk mengajar Fahda. Kebetulan pulak cuti sekolah, jadi ada masa terluang ajer terus Mama panggil Fahda untuk baca Iqra. Kalau di sekolah Fahda sudah Iqra' 4 katanya. Tapi Mama ulang semula daripada iqra'3. Dari situ baru Mama dapat kesan kelemahan fahda. Selalu confuse dengan huruf sod, dhod .. tho, zho.. jim, kho..

Jangan terburu2 nak baca huruf seterusnya. Cuba kenalpasti huruf ape, bunyinya macammana, baca dalam hati dulu, lepas tu baru keluarkan ikut mulut. Alhamdulillah dengan teknik ni Fahda dapat belajar dengan cepat. selepas tu laju aje dia boleh baca.. cuma tergagap sikit, baca terputus, tak tarik nafas dengan betul, tak pe lah nak.. lama2 kang pandai lah baca ayat quran dengan lancar.. siap berlagu2 dan bertaranumm.. amiinn. Insya-allah. Nak baca Iqra' pun kena ada teknik jugak..

Sekarang Fahda sudah masuk iqra' 5. Makin lama makin mencabar. Mama ni tak de experience belajar mengaji dengan Iqra'. Dulu2 guna Muqaddam. Banyak bezanya. Muqaddam banyak mengeja.. alif dia atas a, alif dia bawah ii, alif di depan uu.. a i u.. Iqra' pulak lebih kepada menghafal setiap bunyi.. macam belajar membaca bahasa pulak.. Cuma dalam Iqra' ni dia cover semua tajwid.. Memang mencabar..

Anyway Mama kena cuba jugak, kalau tidak sampai bila pun Fahda tak pandai baca Quran. Fahda memang menunjukkan sikap ingin terus baca dan baca iqra', semakin lancar & fast learner. Mama tak paksa pun Fahda baca 3-4 muka surat sekali baca. Yang penting 1 muka surat pun tak pe, janji masa tu Fahda memang betul2 concentrate belajar. kalau tak concentrate, jam tu jugak Mama stopkan Fahda baca. Tak de gunanya terus baca iqra' kalau Tuan punya badan tak de hati nak baca.

Target Mama, Fahda terus baca iqra' hingga habis. Insya-allah hujung tahun ni dah boleh masuk belajar Quran. Tak perlu tergopoh-gapah masuk ke Quran kalau bacaan tak mantap lagi... Di sekolah Fahda masih membaca Iqra'4. Tak pe nak, teruskan ulangan bacaan Iqra'4 itu.. setiap kali mengulang, setiap kali itu Fahda akan lebih ingat dan ingat, dan dapat memantapkan bacaan ayat Quran.

Mama doakan Fahda seterusnya Fahda dapat menghayati & memahami bahasa al-quran pulak.. Permudahkan urusan anakku ini Ya-Allah...

Untuk Rujukan Mama dalam pembelajaran Iqra' :
bintfatma ~ Hiduplah bermati-matian untuk mati.
http://bintfatma.blogspot.com/2009/08/belajar-dan-mengajarkannya.html

catatan peribadi ustaz zamri
https://ibnrajab.wordpress.com/2008/08/14/warden-asrama/

imranshamsir ~ cemerlang dengan Al-Quran
http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran-al-quran-siri-1/

Halaqah ~ Islam untuk semua
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7788.0

Gemakan alQuran dalam jiwanya…
http://baitulrahmah.wordpress.com/2009/06/11/hafiz/

http://alifbata123.com/panduan-mendidik-anak/siri-cepat-membaca-al-quran-al-furqan/

Monday, February 7, 2011

been away...

Dear my blog,

I have been away for too long!

So many things had happened in my life and I have nnot had the time to update my blog.

Will continue again soon!