Wednesday, November 24, 2010

Pregnant @ 34th weeks

Salam.. Minggu ni masuk minggu ke-34. alahai lagi 6 minggu aje lagi...

Pagi ni checkup di Hospital Sg Buloh. First time dapat doktor lelaki. tapi sempoi abis. ber aku-engkau aje..  doktor lelaki tak cerewet. rileks aje. intervew sikit, scan perut. dah habis.. kejap nya.. tak sampai 20 minit.. lagi pun BSP aku ok. dah bnyk sangat control makan ni... Cuma pesannya, minum air banyak.. kencing kotor..

lepas tu terus ke Klinik Umra pulak. ingat nak bersalin kat sini pulak. dekat aje dengan rumah. fees pun tak mahal. tempatnya cantik.. kalau takk silap dulu dia ambik 1 lot kedai aje.. sekarang dah ambik 3 lot pulak. pas tu leh datang for outpatient biasa. Alhamdulillah, makin berkembang maternity house bangsa kita. Servis tip top.. very fleksible. jumpa Doktor Rafi, interview agi.. yang best dia banyak bagi advice especially bila mana my due date tak sure lagi antara 31/12/2010 atau pun 7/1/2011. Last2 dia tak nak take risk sbb aku ada kencing manis, dia advice induce 3-4 days before 31/12/2010. So baby nak keluar berapa hari bulan ekk... my own special date may be is 26/12/2010.. sebab fahda pun 26/10/2010. :-) Tunggu aje lah yeee...

tadi check up berat 76kg maintain dah 2 weeks, berat baby  2.4kg. Lepas tu mlm nya pukul 8 mlm ada appointment untuk buat details scan or nama komersialnya 3D scan. Details scan tu boleh check sama ada baby normal atau tidak, cacat, atau may be penyakit2 tertentu macam down sindrom ke.. Yang kitorang excited sbb nak tengok muka baby tu aje.. hehe..

Alhamdulillah dapat jugak tengok rupanya.. chubbynya, bulatnya.. doktor kata montok lah baby ni.. haaaa.. memang pun.. ada rupa fahda masa dia lahir dulu.. kembang air. Lagi satu, baby sangat active, doktor nak check jantung, tulang, pun kena tukar posisi banyak kali untuk cari angle yang sesuai. masa nak tengok muka pun tak nampak sbb tangan atas muka. Overall growthnya memang average. tapi tang berat tu mungkin boleh cecah 3kg ke atas.. pas tu dapat CD yang discan 3D tadi.. tk tengok lagi.. total fee kena bayar RM120. masa doktor shila dulu dia letak RM200.

daaa.. nanti sambung lagi.. ngantuk sudah.. seharian keluar masuk hospital, klinik. badan sudah letih.

Thursday, November 4, 2010

Senarai barang/keperluan yang perlu dibawa ke hospital bersalin

 Baby’s
• sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
• 2 helai diapers
• 2 pasang booties & mittens
• selimut baby (untuk bedung)
• sehelai tuala mandi
• sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
• baby’s toiletries
• 2 helai barut
• sapu tangan (takut muak)




Diri Sendiri• 1 helai tuala mandi
• kertas doa semasa bersalin
• 3 keping tuala wanita bersalin
• 2 helai baju blaus butang depan
• 2 helai kain batik
• 2 pasang stokin
• skirt labuh (untuk waktu balik)
• 3 helai coli khas untuk menyusu
• 3 pelapik coli
• 5 helai seluar dalam pakai buang
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• sabun mandi, bedak, deodoran
• tudung
• bengkung
• flask air
• minyak panas


 Abang
• kamera + charger bateri
• sijil nikah (original & fotostat)
• ic (original & fotostat suami isteri)
• sepasang baju salin
• kain pelikat + kopiah
• duit bayar bil hospital
• berus gigi, deodoran
• handphone + charger

Breastpump dilemma...

Argghh hati ini dalam dilemma.. Bukan dilemma sebab nak/tak nak menyusukan baby nanti. Breastfeed is a must!! Banyak benefitnya yang ramai orang tahu. Yang menjadi dilemma nya ialah nak beli breastpump ke tidak..? Sebabnya masa Fahda dulu. tak de guna breastpump pun.. pump guna tangan ajer.. Masa tu bodoh2 lah.. dalam internet pun tak banyak info pasal breastfeeding masa tu. So perah susu guna tangan, once a day kat office. tak de simpan stock bagai. Stock tu pun just for a daily use, perah hari ni untuk Fahda minum esoknya. Just ngam2.

So kali ni macam nak kena beli kalau nak buat stock & dpt pump 3 kali.. ye ke? kena survey lagi ni.. harga breastpump pun bukan murah...

Bicara Hati
~ Breastfeeding: Panduan untuk ibu yang bekerja
breastfeeding

http://www.diyaluna.com/diary/2008/08/19/air-susu-ibu/

http://lynie80.blogspot.com/

Review on Warmer
~ http://www.diyaluna.com/diary/2008/11/07/warmer/

http://mybreastpumpshop.fotopages.com/

Si Penjual Breastpump
~ http://www.mybreastpumpshop.com/

Experience mom
~ http://lovemummydaddy-rashliana.blogspot.com/

Wednesday, November 3, 2010

Result BSP...

Ini Result blood sugar yang aku test sendiri, setiap kali breakfast ;-
  • Kopi Radix + 2 wholemeal bread = 4.8,
  • 1 wholemeal bread and planta + 1 wholemeal bread and 5 keping biskut marie cicah kopi radix = 6.2
Lain yang masuk perut, lain resultnya. Take care mama.. risaunya.. baru masuk 5 keping biskut marrie dah naik sampai 6. kena diet lagi ni... minggu ni tak buat BSP, malas nak diet.. heheh ngelat.

Anyway patutnya minggu ni aku ada BSP lagi.. Tapi malaslah minggu ni. nak kena cuti, ulang alik gi clinic.. adoii. so aku tukar appointment. Walaupun doktor seksyen 7 tak bg, tp aku nekad call Dr sg buloh. nasib baik OK. Lagipun this week cuti deepavali, company aku start cuti hari khamis+jumaat. kalau mcm tu aku cuma kerja 1 hari aje, hari Isnin sebab selasa+rabu kena gi checkup.. Gilerr bnyk sangat kerja tertunggak...

So next week start BSP balik hari Selasa, Rabu review, hari Jumaat pulak ada antenatal class.. wahh dah lama teringin nak pergi... dah sarat sangat baru dapat pergi. tak pe lah at least ada ilmu yang nak dikejar di situ... Amiin...

perut semakin membesar, perasaan pun rasa lain macam aje lately.. tak sabar keee? hehee..

Monday, November 1, 2010

Pregnant @ 31st weeks


Tengok ape kata Lylipie.. 60 days more to go..

Tak sabar tapi takut...

Check up last week berat aku turun 0.5kg. Sebab aku follow diet untuk orang diebetes. Tak ambik nasi pun. Banyak makan buah & sayur. Alhamdulillah, aku pun actually tak boleh ambik nasi sangat, perut cepat rasa penuh & aku akan letih semacam. Nanti sure berat aku naik bnyk.

Harap boleh melepasi minggu ini dan minggu akan datang dengan lebih baikk... amiin...

Pengalaman itu lebih berharga dari apa yang dibaca dari sebuah buku

2-3 minggu ni aku agak sibuk dengan BSP (Blood Sugar Profile). asyik keluar dari office & duduk menunggu di klinik kesihatan ni.. Macam mana aku boleh terjebak dengan klinik kesihatan nih? dulu tak pernah jejak pun. Tapi kali ni demi anak yang dikandung ni, aku jadi lebih bersabar, alert dan mahu special treatment daripada klinik kerajaan khususnya dari klinik ibu mengandung.

Last week aku kena buat BSP lagi. 2nd ttime.. tension giler aku sbb reading after breakfast sama gak dari 4.7 ke 8! Padahal aku makan oat 8 sudu as advised by dietitian. itu pun dia suh tambah lagi 1 sudu. aku confident jer makan oat pagi tu dengan hati yg gembira.. rupanya result yang menghampakan. Apetah lagi bila jumpa daoktor esoknya dia terus refer aku ke hospital Sg Buloh!! Am i that serious??

Petang tu abah yang teman aku sampai ke Hosp. Sg Buloh. Dah besar panjang, nak beranak pun masih nak menyusahkan orang tua tu.. tulah yang aku rasa.. Si suami kerja KL payah pulak nak balik. Nak pinjam kereta An, dia drive gi kerja pulak sbb pagi tadi hujan lebat. Ape nak buat.. Aku harap satu hari nanti aku dapat balas jasa abah, membahagiakannya.. aku tak tahu dari segi ape aku dapat balas jasa abah tu.. seumur hidup pun aku tak dapat nak balasnya.

OK. kat Hosp tu, aku ingatkan kena hospitalised ke.. rupanya just nak set appointment ajerr..!! Tension! Penat2 travel dari Shah Alam ke Sg Buloh ni semata2 nak buat appointment ajerr? Memang lah tak jauh tapi dengan keadaan aku yang sarat, petang Jumaat yang panas, aku pulak letih menunggu kat Klinik pagi tadi, tu yang buat aku tak puas hati. Aku letih...! Itupun nurse buat appointment, dgn call jer doktor tu.. adoii..

Next week kena datang lagi. Buat BSP di Shah Alam and next day appointment kat Sg Buloh untuk review result.. Kalau tinggi jugak aku kena inject insulan.. What?? hampanya aku... so terus ajak abah balik rumah mak.. tidor sbb letih sangat & dalam kepala rasa risau sangat. sampai aku tak boleh tido. Aku kacau nurul tengah2 malam sebab nak mengadu nasib aku... So dia nasihatkan aku test dulu makanan ape yg boleh dan tak boleh...

Esoknya aku pinjam mak punya blood sugar tools tu. aku nak check kenapa aku problem reading after breakfast tu. So resultnya adalah seperti berikut.. :-

DateFood intakeResult 
1st BSP2 biji karipap, sandwhich, 2 cups air suam8.3
2nd BSP8 sudu oat, 1/2 biji epal, air 500ml8
30/10/2010mee goreng, 2 cawan milo, air 500ml5.9
31/10/2010Kopi Radix, biskut hi-fiber 3 keping, air 500ml4.9

Wahh.. resultnya sungguh bagus sekali.. oooyeeee...!! Kopi Radix + biskut fiber tu memang breakfast aku sebelum tahu kena diabetes ni. Lepas jumpa dietitician ni aku terus berenti minum kopi radix ni sbb doktor kata tak bagus. Kadang2 aku rasa Radix ni macam manis sikit. Tapi bila tengok result OK SANGAT kali ini, aku kena continue gak ambik Radix ni. Cuma kali ni aku buat 1 peket Radix tu untuk 2 hari. So happynya aku. Rasa hilang segala rasa kecewa, down, upset..

Satu pengalaman berharga untuk aku. Ikut sangat kata dietitician tu..! Teringat kat klinik hari tu ada kawan preggy tu cakap kalau makan ikut dietitician tu tu mesti reading naik. Betullah kak.. dietitician tu belajar ikut buku.. Masa 1st BSP tu aku makan 2 biji karipap, kakak tu makan mee hoon goreng, telur goreng, teh tarik lagi. Tp BSP dia OK aku yang tak ok..!

Nurul cakap pengalaman itu lebih berharga dari apa yang dibaca dari buku... It's true.. Aku setuju sangat! So as Nurul cakap diet oat memang tak sesuai untuk aku.. agaknya lah. tapi aku akan ambik jugak, cuma kuantiti yang sikit lah kot.. So sesiapa yang kena buat BSP tu, aku nasihatkan try dulu buat BSP sendiri kat rumah. cuba makanan ape yang boleh dan tak boleh. Lepas tu on the BSP day tu just makan ikut ape kita dah test OK.

Hah.. panjang sangat entry kali ni. Daa...!